Berita Harian: Hip
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Hip |
Posted: 27 Jun 2013 05:52 PM PDT Tahun lalu, wajah Aaron Aziz mendominasi hampir semua saluran Astro. Pendek kata, saban hari ada saja rancangan membabitkannya disiarkan di saluran berbayar itu. Bagaimanapun, ketika Astro mengumumkan program terbitan mereka yang bakal menemui penonton sempena Ramadan, kelmarin, agak mengejutkan apabila tiada satu pun produk dijayakan Aaron kelihatan. Secara tidak langsung, ia menimbulkan spekulasi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2011 itu seperti dipinggirkan stesen terbabit.
Tegas Aaron, ketiadaannya dalam program Ramadan Astro bukan kerana dipinggirkan, tetapi ia disebabkan kesibukan sehingga menyukarkan dirinya memberi komitmen dalam apa juga rancangan sempena bulan mulia itu. Memang saya sibuk dengan jadual kerja, penggambaran pula tak henti-henti. Jadi mana ada masa untuk saya terbabit dalam mana-mana program Ramadan? Bagaimanapun, untuk Hari Raya nanti, program saya bersama Zizan Razak, Raya Sampai Pengsan, akan ditayangkan. Ia adalah sambungan kepada program sama, tahun lalu, katanyai. Diperap sebelum muncul produk baru Begitupun, Aaron tetap menganggapnya satu hikmah. Secara tidak langsung, ia bagaikan jawapan buat mereka yang sebelum ini sering mempertikaikan kekerapannya muncul dalam program terbitan stesen itu.
Bukan saja tiada dalam program Ramadan Astro, tetapi selepas drama Adam & Hawa berakhir, kelibatnya juga tidak kelihatan dalam mana-mana drama selepas itu. Menjawab pertanyaan itu, Aaron berkata, ia strategi Astro yang sengaja memerap dirinya sebelum kembali dengan produk baru. Selepas Adam & Hawa, ada sebuah lagi drama 80 episod yang bakal saya bintangi. Memandangkan drama itu akan ditayangkan berbulan-bulan lamanya, jadi lebih baik mereka simpan saya terlebih dulu, supaya orang tak jemu. Ia tidak bermakna saya berehat daripada berlakon. Saya ada juga terbabit dengan penggambaran drama untuk RTM. Terbaru, saya berlakon untuk drama bersiri berjudul Tentang Hati bersama Fasha Sandha, terangnya. Pernah jadi samseng? Bercerita mengenai program istimewanya di saluran E!, Aaron berkata, ia bakal mendedahkan beberapa kisah tidak pernah disiarkan mana-mana media sebelum ini. Antaranya, kehidupan Aaron sewaktu kecil yang disifatkan sebagai sangat nakal. Selain temu bual biasa, mereka juga sangat agresif dan membuat kaji selidik terutama kehidupan saya ketika zaman kanak-kanak. Terkejut saya apabila mereka mendapat tahu saya cukup nakal ketika remaja, sehingga ada yang menganggap saya samseng. Sebenarnya, saya berkawan dengan semua orang. Kalau berkawan dengan polis, takkanlah saya kena menjadi polis dan begitulah sebaliknya. Mereka terkejut kerana saya cukup dikenali di kawasan Geylang. Perkara lain yang mengundang kejutan mereka apabila melihat kehidupan ringkas saya walaupun selepas bergelar selebriti. Mereka menyangkakan kehidupan saya sama seperti selebriti Hollywood, iaitu sentiasa dijaga rapi dan dikelilingi ramai pengawal keselamatan. Hakikatnya, saya seorang yang sangat ringkas, ujar Aaron mengulas inti pati program temubual eksklusif terbabit. Turut dipaparkan ialah perkembangan kerjayanya, kontroversi yang melanda dan kisah cinta bersama isteri, Diyana Halik. Sebagai artis pertama Asia diberi peluang mempunyai program khas di saluran hiburan terkenal itu, Aaron mengakui teruja dan menganggapnya hadiah amat berharga sepanjang kerjaya sebagai anak seni. Program E! Special: Aaron Aziz akan bersiaran pada 7 Julai, jam 8.30 malam di saluran E! (Astro 712). |
Posted: 27 Jun 2013 05:49 PM PDT Tidak kurang yang menuduhnya sebagai anak emas Metrowealth Pictures atau MIG apabila hubungan cintanya bersama pelakon yang juga bekas artis syarikat berkenaan, Kamal Adli, tidak pun dihalang oleh majikan. Sedangkan, bakat lain yang menandatangani kontrak bersama syarikat penerbitan filem serta drama dan pengurusan artis terbabit tidak dibenarkan bercinta.
Sebaliknya wanita cantik yang dinaungi syarikat berkenaan selama lima tahun ini menegaskan, dirinya dan Kamal diberikan pengecualian, apatah lagi hubungan mereka tidak mendatangkan masalah kepada MIG Talent. Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo berkata, syarikatnya menetapkan syarat tidak membenarkan mana-mana individu yang bernaung di bawah pengurusan syarikatnya bercinta kerana ia dikhuatiri boleh merosakkan kerjaya seni artis itu sendiri, terutama yang baru menceburi bidang seni. Ketika saya menyertai MIG dulu, iaitu sebelum Kamal pula berbuat demikian, memang pihak MIG tahu kami bercinta. Bos (David) sendiri mengatakan kes kami ialah kes istimewa, jadi kami dapat pengecualian. Hubungan serius
Bos pun ada pertimbangkan, kalau kami nampak seperti main-main, mungkin dia tidak akan beri pengecualian itu. Malah, saya sendiri pun faham, dia tidak benarkan artisnya bercinta sebab ingin menjaga nama baik individu itu sendiri. Saya juga tidak pernah mempunyai masalah bersama MIG. Jika ada sekali pun, ia cuma masalah kecil dan boleh diselesaikan dengan cara baik, katanya yang tidak pernah lekang dengan senyuman. Intan berkata demikian ketika ditemui sewaktu menghadiri majlis sidang media Seindah Ramadan TV3 di ibu negara baru-baru ini. Tiada niat ubah angin Tidak pernah terfikir untuk berubah angin dengan bernaung di bawah syarikat pengurusan lain, Intan mengaku dirinya selesa sepanjang berada di bawah naungan MIG. Syarikat berkenaan juga, dakwanya, tidak pernah menghalang dirinya menerima tawaran berlakon daripada produksi luar. Sebenarnya saya lebih banyak berlakon dengan syarikat luar berbanding produksi MIG sendiri. Kalau nak cakap pasal ubah angin dari segi kerja pula, memang saya ada melakukannya dengan mengambil tawaran produksi luar, tetapi dari segi mengubah pengurusan, saya tiada rancangan untuk berbuat demikian buat masa ini. Andai saya keluar daripada MIG sekali pun, ia bukanlah atas sebab mahu menukar pihak pengurusan, tetapi ia lebih kepada keinginan untuk bergerak sendiri. Bagaimanapun, sepanjang saya bersama MIG kira-kira tiga tahun ini, saya baik saja, ujar Intan yang akan tampil dengan telefilem Korban Kasih, sempena Ramadan ini di TV3. Drama bersiri lakonan Intan pula, Dewi Lasak, baru saja ditayangkan di saluran sama mulai 26 Jun lalu, manakala filem terbarunya, Adnan Sempit 3, akan menemui peminat di pawagam pada 8 Ogos nanti. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |