Harian Metro: Arena
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Arena |
20,000 tiket habis tak sampai 3 jam Posted: 28 Jun 2013 09:50 AM PDT Kuala Lumpur: Sebanyak 20,000 tiket menyaksikan perlawanan final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil habis 'disambar' peminat dalam tempoh tidak sampai tiga jam, semalam. Jualan tiket terbabit sebahagian tiket diperuntukkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) buat peminat Kelantan dan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, masih terdapat lebih 2,000 penyokong kedua-dua pasukan menunggu sehingga jam 1 petang dengan harapan mendapat tiket tambahan, pulang hampa.
PEMINAT bola sepak gembira selepas peroleh tiket final. Seorang peminat, Fauzi Nawi dari Kota Bharu berkata, dia terkilan kerana tidak mendapat tiket perlawanan itu walaupun menunggu dari jam 6 pagi.
|
Posted: 28 Jun 2013 09:45 AM PDT Kuala Lumpur: Kapten skuad Kelantan Mohd Badhri Radzi menggesa rakan sepasukan supaya memberikan aksi terbaik untuk mempertahankan kejuaraan Piala FA sebagai tanda membalas pengorbanan yang dilakukan penyokong setia The Red Warriors. Menurut pemain perancang berusia 31 tahun itu, sokongan penyokong yang tidak berbelah bahagi sehingga sanggup berbelanja lebih untuk membeli tiket dan menempuh perjalanan jauh dari Kelantan ke Stadium Nasional Bukit Jalil wajar dijadikan pencetus semangat pemain.
"Jadi, kejuaraan Piala FA amat penting sebagai membalas segala pengorbanan dan kesetiaan penyokong kepada pasukan Kelantan," katanya yang ditemui Arena Metro sebelum sesi latihan rasmi semalam.
Badhri yang turut mesra dengan panggilan Piya yakin mereka boleh mengekalkan kejuaraan biarpun menyedari pasukan lawan turut berhajat besar untuk melakar sejarah selaku kelab pertama memenangi Piala FA. Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/29 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |