{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Kementerian Kesihatan tarik balik penggantungan import 23 produk makanan Taiwan

Posted: 28 Jun 2013 03:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan menarik balik penggantungan import ke atas 23 produk makanan keluaran beberapa syarikat Taiwan yang dilapor tercemar dengan asid maleik, berkuat kuasa Isnin ini.

Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan, Noraini Mohd Othman berkata, bagaimanapun, pengimport masih perlu mengemukakan sijil analisis daripada makmal yang diiktiraf oleh Food and Drug Administration (FDA) Taiwan yang mengesahkan produk itu bebas daripada asid tersebut.

"Pihak FDA Taiwan telah mengambil tindakan menarik balik dan melupuskan semua produk makanan yang tercemar dengan asid maleik dari pasaran Taiwan.

"Di samping itu, semua pembekal makanan berasaskan kanji dari Taiwan perlu mengemukakan surat akuan atau sijil analisis kepada penjual produk makanan keluaran syarikat mereka yang mengesahkan produk makanan itu bebas asid maleik," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenainya dengan menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652 atau 03-88833653 atau melayari laman sesawang http://fsq.moh.gov.my. - BERNAMA

Tentera rampas 162,000 pil kuda RM4.8 juta di Rantau Panjang

Posted: 28 Jun 2013 03:14 AM PDT

KOTA BHARU: Sebanyak 162,000 biji pil kuda dianggar bernilai RM4.8 juta yang cuba diseludup masuk ke negara ini ditemui dalam dua beg plastik di tebing Sungai Golok, Rantau Panjang, kelmarin.

Panglima Markas Lapan Briged Brig Jen Datuk Muhammad Zaki Hamzah berkata, penemuan dan rampasan dadah itu dilakukan dua anggota Rejimen Sempadan pada jam 10.30 malam ketika melakukan rondaan.

Dadah terbabit, katanya, dipercayai ditinggalkan dua lelaki warga asing yang kemudian melarikan diri dengan menaiki sampan di kawasan yang menjadi sempadan Kelantan dan Thailand itu.

Beliau ditemui selepas Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik Angkatan Tentera Malaysia di sini, hari ini.

Muhammad Zaki berkata, rampasan itu adalah yang terbesar tahun ini dan kedua terbesar selepas rampasan tahun lalu yang membabitkan dadah bernilai RM8 juta.

Muhammad Zaki berkata, pil kuda yang dirampas itu diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Pada majlis itu, 83 anak pegawai dan anggota tentera daripada Markas Lapan Briged menerima sumbangan berjumlah lebih RM78,000 susulan pencapaian cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat