{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


IPU Kota Tinggi kekal sederhana, Bukit Rambai catat penurunan

Posted: 29 Jun 2013 11:19 PM PDT

KUALA LUMPUR: Bacaan Indeks Pencemaraan Udara (IPU) di Kota Tinggi, Johor kekal 80 iaitu pada tahap sederhana setakat 9 pagi ini.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) keadaan di Bukit Rambai, Melaka terus menunjukkan perkembangan positif apabila bacaan IPU berkurang daripada 84 kepada 82.

Selain Bukit Rambai dan Kota Tinggi, 21 lagi kawasan mencatat tahap sederhana antaranya Pasir Gudang (72), Larkin (66), Muar (54) di Johor; Bandaraya Melaka (63) di Melaka; Port Dickson (64), Seremban (62), Nilai (58) di Negeri Sembilan; SK Jalan Pegoh (55), Seri Manjung (51) di Perak dan Putrajaya (55).

Sebanyak 28 daripada keseluruhan 52 kawasan yang dipantau JAS mencatat bacaan IPU baik antaranya Langkawi (48) di Kedah; Jerantut (25) di Pahang; Tanjung Malim (35) di Perak; Kangar (42) di Perlis; Petaling Jaya (44), Shah Alam (43) di Selangor; manakala bacaan IPU di Batu Muda dan Cheras di KualaLumpur masing-masing 49.


Bagaimanapun, bacaan IPU di Indera Mahkota, Pahang tidak dapat direkod kerana masalah teknikal.


Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/30

Lelaki maut ketika lintas jalan di Gombak

Posted: 29 Jun 2013 11:16 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di Kilometer 20, Jalan Gombak di sini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata dalam kejadian 1.30 pagi itu, mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di seluruh badan. Pemandu kereta cedera ringan.

"Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat dan pemandu kereta dirawat di hospital itu," katanya kepada Bernama hari ini.

Siasatan polis mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/30

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat