{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Sukan

Posted by Awanama

Kosmo Online - Sukan


Pengakuan Karathu

Posted:

Pengakuan Karathu

Pengakuan Karathu

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

PIYA layak memainkan watak penting dalam skuad Harimau Malaya.


"PIYA (Mohd. Badhri Mohd. Radzi) telah membuktikan keupayaannya dan sudah tiba masanya untuk dia diberikan peluang mengemudi jentera tengah skuad Harimau Malaya."

Demikian tegas bekas jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu (gambar kecil) selepas menyaksikan kapten Kelantan itu membantu The Red Warriors (TWR) mempertahankan Piala FA dengan menewaskan Johor Darul Takzim (Johor DT) 1-0 pada final di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.

Pada perlawanan tersebut, Piya muncul watak penting dengan melakukan banyak hantaran tepat kepada jentera serangan Kelantan dan umpanan pertamanya kepada Mohd. Norfarhan Muhammad telah berjaya menghasilkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-16.

Kelincahan yang dipamerkan pemain tengah kelantan itu membolehkannya dinobatkan sebagai Pemain Terbaik perlawanan akhir.

"Piya merupakan seorang 'jeneral padang' yang hebat. Lihat sahaja gandingannya dengan Mohd. Shakir Shaari yang berjaya menguasai bahagian tengah berbanding Johor DT.

"Sebenarnya, saya juga hairan dengan corak permainan yang ditunjukkan oleh Johor DT. Dalam aksi sebelum ini, pemain-pemain tengah mereka lebih banyak pegang bola.

"Namun, pada aksi semalam (kelmarin), mereka dilihat lebih kerap turun dan melakukan serangan melalui bahagian tepi.

"Piya dilihat semakin selesa dengan gaya permainannya. malah mampu melepasi dua tiga pemain tengah Johor DT. Ini bermakna Johor DT memberikan ruang yang selesa kepada Kelantan untuk bergerak.

"Hasilnya, Kelantan berjaya mengambil kesempatan itu dengan menjaringkan gol kemenangan sekali gus mempertahankan kejuaraan Piala FA," katanya ketika dihubungi Kosmo!, semalam.

Tambah bekas pengendali Perak itu, beliau menepis dakwaan bahawa Piya hanya mampu menyinar dengan Kelantan dan tenggelam ketika bersama Harimau Malaya.

Ini kerana Karathu menganggap pemain berusia 31 tahun itu memiliki kelebihan dari sudut pengalaman beraksi di pentas final dan Piala AFC.

"Sebenarnya, perkara itu bergantung kepada jurulatih dan saya pernah membimbing Piya dan saya tahu keupayaan pemain ini.

"Sudah tiba masanya dia diberikan peluang untuk mengemudi pasukan Harimau Malaya," katanya.

Sea Keong lakar sejarah

Posted:

Sea Keong lakar sejarah

Sea Keong lakar sejarah

Oleh NORZASRUDIN
MOHAMED NOR
norzasrudin@kosmo.com.my


TIGA pelumba negara yang tampil cemerlang pada Jelajah Malaysia 2013, (dari kiri) Harrif, Sea Keong dan Zamri Salleh.


PELUMBA negara, Loh Sea Keong melakar sejarah tersendiri pada edisi ke-50 Kejohanan Lumba Basikal Jelajah 1 Malaysia (J1M) 2013.

Sea Keong, 27, dari Kelantan yang mewakili pasukan benua dari Singapura, OCBC Singapore Continental Cycling Team, muncul pelumba kebangsaan pertama yang dinobatkan selaku juara keseluruhan individu (Jersi Kuning) pada jelajah tertua di Malaysia itu.

Selain Jersi Kuning, Sea Keong turut mengotakan janjinya untuk mempertahankan Jersi Biru (Pelumba Terbaik Asia) dan Jersi Putih (Pelumba Terbaik Malaysia) yang dimenanginya sejak peringkat kedua pada Khamis lalu meskipun menjadi pelumba ke-32 yang melepasi garisan penamat pada peringkat terakhir semalam.

Perlumbaan dari Bukit Katil, Melaka ke Putrajaya sejauh 169.8 kilometer (km) itu dimenangi Samir Yilov Jabra dari pasukan Synergy Baku Cycling Project (4.01:23s), manakala pelumba LBC-MVPSF Cycling Pilipinas, Roland Oranza dan Galedo Mark Lexer dari Team 7 Eleven Presented By Roadbike Philippines, masing-masing menamatkan saingan di tempat kedua dan ketiga dengan catatan masa yang sama.

"Saya berasa sangat gembira. Ini adalah kemenangan peringkat yang pertama dalam karier saya. Perlumbaan hari ini (semalam) sangat lancar seperti mana yang dirancangkan," kata Yilov Jabra dari Azerbaijan yang baru berusia 18 tahun itu.

Pasangan adik-beradik, Mohd. Harrif dan Mohd. Zamri Salleh dari Terengganu Cycling Team masing-masing menduduki tempat keempat serta kelima dengan catatan masa yang sama iaitu 4.01:34s)

Bagaimanapun, Harrif dan Zamri melengkapkan hari paling cemerlang buat pelumba Malaysia pada J1M 2013 apabila masing-masing dinobatkan selaku Raja Pecut (Jersi Hijau) dan Raja Bukit (Jersi Merah).

Kejayaan Sea Keong, Harrif dan Zamri menyaksikan pelumba Malaysia merangkul kesemua lima jersi yang dipertandingkan pada edisi kali ini.

"Kemenangan ini adalah untuk rakan sepasukan yang telah bekerja keras sepanjang perlumbaan ini. Selain itu, ia juga adalah untuk barisan pelumba Malaysia yang turut membantu saya untuk memenangi jersi ini (Jersi Kuning).

"Saya tidak pasti sama ada saya adalah pelumba pertama tempatan yang memenangi jersi ini tetapi apa yang saya tahu, saya memenanginya hari ini. Ia adalah sesuatu yang menggembirakan saya dan ini adalah pencapaian terbaik dalam karier saya," kata Sea Keong.

Bagi perebutan Jersi Kuning, Sea Keong yang mengumpul masa keseluruhan 20 jam 11:58s menewaskan pencabar terdekat, Sergey Kuzmin dari Polygon Sweet Nice Team (20.12:12s) dan pelumba Synergy Baku Cycling Project, Kiril Pozdnyakov (20.12:39s).

Sea Keong mengecewakan Kuzmin (20.12:12s) dan pelumba pasukan kebangsaan Malaysia, Mohd. Adiq Hussainie Othman (20.12:51s) dalam perebutan Jersi Biru.

Bagi persaingan Jersi Putih pula, Sea Keong sekali lagi menewaskan Adiq dan Mohd. Fauzan Ahmad Lufti dari Polis DiRaja Malaysia (20.13:06s).

Sementara itu, selain mengakui gembira dengan kejayaan merampas kembali Jersi Hijau, Harrif turut berbangga dengan pencapaian abangnya, Zamri yang dinobatkan selaku Raja Bukit pada tahun ini.

"Kejayaan hari ini cukup bermakna buat saya. Selain merampas kembali Jersi Hijau yang dimenangi pada 2011, saya juga gembira dengan kejayaan abang saya memenangi Jersi Merah. Buat pertama kalinya, kami berjaya menaiki podium bersama-sama dan menyarung jersi yang berlainan," kata Harrif.

Harrif mengumpul keseluruhan 66 mata untuk menewaskan Adiq (45 mata) dan Ploeg Van Der Paul dari Polygon Sweet Nice Team (37 mata) dalam perebutan Jersi Hijau.

Bagi perebutan Jersi Merah pula, Zamri yang mengumpul 9 mata mengecewakan Rustom Lim dari LBC-MVPSF Cycling Pilipinas (6 mata) dan Adiq (4 mata).

Dalam pada itu, Synergy Baku Cycling Project yang mengumpul masa 60.40:18s menewaskan OCBC Singapore Continental Cycling Team (60.40:21s) dan Huon Salmon-Genesys Wealth Advisershgp (60.41:11s) muncul Pasukan Terbaik Keseluruhan, manakala Matrix Powertag (60.42:40s) menjadi Pasukan Terbaik Asia dan Polis DiRaja Malaysia (60.53:13s) muncul Pasukan Terbaik Malaysia.

Farhan balas kepercayaan Hodak

Posted:

Farhan balas kepercayaan Hodak

Farhan balas kepercayaan Hodak

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my


FARHAN (kanan) membalas kepercayaan Hodak dengan menjaringkan gol kemenangan Kelantan pada final Piala FA 2013 menentang Johor DT kelmarin.


PENYERANG Kelantan, Mohd. Norfarhan Muhammad yang muncul wira skuad The Red Warriors (TWR) apabila menjaringkan gol kemenangan pasukan itu ketika menewaskan Johor Darul Takzim (Johor DT) 1-0 pada perlawanan akhir Piala FA malam kelmarin, berasa puas kerana dapat membalas kepercayaan yang diberikan oleh jurulatihnya, Bojan Hodak.

Pada final Piala FA menentang Sime Darby FC tahun lalu, Norfarhan sekadar menyaksikan rakannya beraksi daripada bangku pemain simpanan kerana Hodak lebih berminat menggunakan gandingan Norshahrul Idlan Talaha serta Mohammad Ghaddar ketika itu.

Kira-kira lima bulan selepas itu, dalam final Piala Malaysia menentang Angkatan Tentera (ATM) pula, penyerang berusia 29 tahun itu sekali lagi menjadi penonton apabila menjalani penggantungan perlawanan akibat menerima dua kad kuning.

Namum, segala kenangan pahit itu terus lenyap di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin apabila Norfarhan yang menerima umpanan sempurna daripada kapten, Mohd. Badhri Mohd. Radzi menampilkan aksi tenang untuk menyudahkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-16 sekali gus membantu Kelantan mengekalkan kejuaraan Piala FA yang dimenangi mereka tahun lalu.

"Saya sangat gembira serta berbangga kerana menjadi sebahagian dalam sejarah gemilang pasukan Kelantan dan saya anggap kejayaan ini hasil usaha keras semua pihak yang terlibat dalam membangunkan bola sepak Kelantan.

"Saya tidak kisah siapa pun yang menjaringkan gol, namun apa yang paling penting bagi saya adalah dapat bermain dalam perlawanan akhir ini.

"Bagi saya, kemenangan ini adalah hasil permainan berpasukan dan kerjasama semua pihak," kata Norfarhan ketika ditemui Kosmo! selepas perlawanan akhir Piala FA malam kelmarin.

Kejayaan Kelantan itu membolehkan mereka mengekalkan kejuaraan Piala FA yang dimenangi tahun lalu manakala bagi pasukan Johor DT, kegagalan itu telah menangguhkan hasrat mereka untuk mencatat kejuaraan buat pertama kali dalam kejohanan kalah mati itu.

Ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badhri pula telah dipilih sebagai Pemain Terbaik perlawanan akhir Piala FA tersebut selepas berjaya mengemudi dengan baik jentera tengah pasukan Kelantan serta berjaya menenggelamkan arkitek Johor DT, Mohammad Safiq Rahim.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar