Utusan Online - Keluarga
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Keluarga |
Posted: 29 Jun 2013 02:00 AM PDT ![]() GENERASI muda yang terbabit dalam politik harus bijak memilih supaya tidak diperbodohkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. - Gambar Hiasan ASSALAMUALAIKUM Apa yang menarik perhatian saya ialah, seramai 89 Ahli Parlimen pembangkang turut mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Parlimen. Bukankah tindakan mengangkat sumpah itu jelas membuktikan bahawa mereka telah bersetuju dan menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu yang melayakkan mereka menjadi Ahli Dewan Rakyat? Lalu untuk apa lagi penganjuran beberapa siri perhimpunan haram anjuran mereka yang mendakwa untuk menyampaikan mesej kononnya PRU13 lalu penuh dengan tipu daya muslihat. Peserta perhimpunan yang berhimpun di luar Parlimen bagi membantah sidang itu sepatutnya berasa malu dengan tindakan hipokrit Ahli Parlimen 'kesayangan' mereka ini. Sejujurnya, saya rasa perbuatan peserta perhimpunan haram ini sebagai satu perkara yang sia-sia dan langsung tidak membawa apa-apa kebaikan kepada negara tercinta. Lebih dikesalkan lagi apabila rata-rata peserta yang 'hanyut' dengan dakyah pemimpin parti pembangkang terdiri daripada kelompok anak muda yang kebanyakannya menganggotai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Tidakkah mereka rasa seolah diperbodoh-bodohkan? Sedarlah wahai anak muda. Kalian telah dipergunakan demi kepentingan mereka yang terlalu tamakkan kuasa. Usah mudah terpengaruh lagi dengan 'gula-gula' yang dijanjikan mereka. Jangan sia-siakan semangat dan tenaga muda anda pada pemimpin talam dua muka. ANIS ZULAIKHA Kota Tinggi, Johor |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Keluarga To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |