Harian Metro: Global
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Global |
Posted: 28 Jun 2013 08:49 AM PDT Jogjakarta: Sepasang suami isteri tetap reda menerima ketentuan Ilahi apabila dikurniakan anak istimewa yang memiliki dua kepala. Menurut bapa bayi terbabit, Usman, pada peringkat awal dia memang terkejut dan panik apabila mengetahui keadaan fizikal anaknya itu tidak normal.
"Bagaimanapun saya dan isteri ikhlas menerima keadaan anak ini kerana ia adalah takdir Tuhan," katanya.
ANAK istimewa pasangan Usman dan Munjiah masih dirawat di hospital. Kata Tatang, ia adalah anak kedua kepada pasangan Usman, 36, dan Munjiah, 27, yang menetap di Purwosari.
"Dalam istilah perubatan, ia dikenali sebagai 'dicephalus parapagus on joined twins' atau kembar mulai dari leher hingga kepala.
|
Bayi 3 ibu bapa lahir pada 2015 Posted: 28 Jun 2013 08:43 AM PDT London: Bayi pertama yang dihasilkan melalui campuran benih tiga ibu bapa mungkin dapat lahir seawal 2015 selepas mahkamah membuat keputusan penting membenarkan rawatan genetik kontroversi. Britain mungkin menjadi negara pertama meluluskan kelahiran bayi daripada tiga ibu bapa genetik itu walaupun dikhuatiri ia bakal mewujudkan 'bayi rekaan.' Kerajaan akan menerbitkan peraturan draf itu akhir tahun ini dan membolehkan teknik menghasilkan bayi seperti itu semakin hampir.
Untuk kali pertama, benih genetik daripada seorang ibu akan diubah suai dalam proses dianggap pengkritik sebagai titik penting kepada etika amalan bayi tabung uji. Bagaimanapun, ketua pegawai perubatan kerajaan, Prof Dame Sally Davies berkata, pengubahsuaian itu tidak memberi kesan kepada DNA asas yang menentukan kewujudan seseorang seperti ciri pada wajah dan warna mata. Dame membandingkan teknik baru dengan dengan penggantian pek bateri rosak dalam sel yang mengelak seseorang bayi mewarisi penyakit berbahaya. "Saintis membangunkan prosedur baru yang mungkin dapat menghalang sesuatu penyakit diwarisi sekali gus memberi harapan kepada orang ramai," katanya. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/28 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |