{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Rencana Utama


Kepuasan bayaran kepada kerja sukarela

Posted:

Kepuasan bayaran kepada kerja sukarela

Kepuasan bayaran kepada kerja sukarela

IBU kepada dua orang anak lelaki, Nurhasliza Hussin, 36, percaya jika tidak diberikan pendedahan yang betul, kedua-dua anak lelakinya mungkin mudah terpengaruh dengan gejala negatif di luar. Justeru, ibu muda itu mengambil keputusan melibatkan diri dalam sebuah persatuan yang membabitkan belia-belia dengan kerja sukarelawan.

Dikenali Pertubuhan Gerakan Belia 4B Malaysia (PGB4BM) cawangan Bukit Sentosa 3, Zon Timur, Rawang, Selangor persatuan itu merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1965.

Ia bertujuan menyatu, menyusun dan menggembleng tenaga belia untuk mengambil peranan positif dalam pembangunan negara.

Nurhasliza memberitahu, dia hanya bermula dengan mengumpul anak-anaknya serta jiran tetangga untuk melakukan kerja sukarela di sekitar surau seperti membuat kerja membersih, kerja-kerja menjelang bulan Ramadan dan untuk keperluan komuniti sekitar kawasan sahaja.

Namun, selepas mendapat tahu mengenai PGB4BM yang bernaung di bawah Rakan Muda sekarang, Nurhasliza percaya penglibatan dirinya sendiri mungkin membantu secara lebih efisien dalam pembangunan kendiri anak-anaknya serta remaja lain.

Bersih kandang haiwan

Berikutan itu, Nurhasliza terlibat secara aktif, termasuk bersama anak sendiri, rakan-rakan anaknya serta belia di komuniti tersebut. Kini persatuan cawangan itu mempunyai lebih daripada 80 orang sukarelawan berkhidmat secara serius.

"Saya percaya, kita memerlukan satu saluran yang betul untuk memimpin anak-anak remaja ke jalan yang sebenar. Oleh yang demikian, saya memilih PGB4BM dan kerja-kerja sukarelawan bagi mendedahkan mereka kepada persekitaran yang sihat," kata Nurhasliza ketika ditemui di program Be A Volunteer yang dikendalikan oleh pihak Zoo Negara, Kuala Lumpur.

Nurhasliza membawa 80 orang belia daripada persatuannya yang terdiri daripada belia remaja pelbagai latar usia dan pendidikan.

Mereka berada di sana selama setengah hari untuk membantu pihak zoo dalam membuat kerja-kerja seperti membersih, mengemas dan mencuci kandang haiwan selain menyediakan bekas makanan, menyapu sampah dan mengecat tembok.

"Saya tidak sekalipun merasakan penglibatan dalam kerja sukarela sebagai satu beban. Ia termasuk sebagai satu gangguan pembelajaran. Ini kerana melatih diri membuat kerja tanpa balasan pasti akan membantu kita menjana lebih banyak ilmu secara semula jadi," kata Muhammad Afiq Asman, 17.

Jelas dengan keputusan menjadi sukarelawan atau lebih tepat membuat kerja tanpa bayaran mahupun apa jua jenis pulangan, Afiq, anak kepada Nurhasliza memberitahu dia terlibat sebagai sukarelawan sejak berusia 13 tahun lagi.


BELIA dari PGB4BM bersemangat membersihkan kawasan sekitar Zoo Negara.


Walaupun bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi, dia berkata, ia bukan alasan untuk tidak terlibat dalam urusan sukarelawan kerana yang penting bijak menguruskan masa.

Seorang lagi pelajar yang ditemui, Intan Syafinaz Salihuddin, 20, juga dari PGB4BM kawasan Bukit Sentosa 3 berkongsi pendapat yang sama dengan Afiq. Katanya, kerja-kerja sukarelawan tidak sedikit pun mengganggu pembelajarannya.

Pelajar Diploma jurusan Akauntansi di Universiti Selangor (Unisel), Syafinaz mengakui keputusannya untuk menjadi sukarelawan didorong dengan niat untuk mempelajari sesuatu yang baharu sebagai pengalaman hidup.

"Misalnya seperti hari ini, saya belajar bagaimana untuk membersihkan kolam singa laut dan keperluan singa laut. Jika saya mahu tahu lebih mengenai hidupan ini, saya akan mencari maklumat tambahan di internet. Pengalaman seperti ini memimpin saya untuk berusaha mengenali sesuatu secara lebih mendalam," katanya.

Mula melibatkan diri sejak berusia 16 tahun lagi, Syafinaz memberitahu, antara kerja sukarela yang tidak dapat dilupakannya sehingga hari ini apabila dia terpaksa mengendalikan beberapa pelajar bermasalah dalam satu kursus.

"Mereka adalah pelajar yang berhadapan dengan masalah disiplin. Semasa saya menegur mereka, pelbagai reaksi yang ditunjukkan. Tetapi saya belajar bersabar, memahami situasi mereka dan tidak merungut," katanya.

Semua kemahiran itu, menurut Syafinaz, dipelajari daripada sukarelawan lain yang turut membantu dan menyokong Syafinaz.

Dia menyertai PGB4BM selepas menerima ajakan daripada seorang pak ciknya yang mengendalikan persatuan tersebut.

Program Be A Volunteer yang dianjurkan oleh Zoo Negara adalah sebuah program yang bermula sejak lebih 15 tahun dahulu.

Tujuan program itu dijalankan adalah untuk mendedahkan para sukarelawan yang terdiri daripada badan korporat, persatuan, sekolah serta individu terhadap kerja-kerja di zoo.

10,000 sukarelawan

Salah seorang pegawai Perhubungan Awam dan Pemasaran, Norafizah Mohsin, 27, memberitahu, setakat tahun 2012, program Be A Volunteer di Zoo Negara telahpun merekodkan penglibatan lebih 10,000 orang sukarelawan.


MALAYSIA antara negara yang aktif dengan kerja-kerja sukarelawan di peringkat antarabangsa terutamanya di negara-negara yang dilanda bencana. - Gambar hiasan


Mengikut statistik tahun 2013 sehingga bulan Jun, kira-kira 3,000 orang telah mendaftar sebagai sukarelawan.

"Sesiapa sahaja yang berusia 16 tahun ke atas boleh menyertai program ini. Kami menawarkan dua sesi iaitu sesi separuh hari dari pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari atau sepenuh hari hingga pukul 4.30 petang," kata pegawai tersebut.

Pihak Zoo Negara membuka 80 tempat untuk sukarelawan setiap hari dan mereka yang mahu bertugas, perlu berada di lokasi pada pukul 7.45 pagi untuk mendapatkan tugasan.

Kerja sukarelawan tentunya tiada bayaran atau elaun. Segala-galanya ditampung sendiri, kecuali sekeping sijil penghargaan, itu pun selepas menghabiskan 40 jam kerja sukarelawan di Zoo Negara.

Seorang lagi remaja belia, Muhammad Izzat Johari, 21, dari Bukit Beruntung, Rawang tahu itu adalah asas yang perlu ditanam sebelum menjadi sukarelawan.

"Kita tidak mengharapkan apa-apa. Kepuasan yang dirasai adalah balasannya," kata Izzat.

Menjadi sukarelawan sepenuh masa, Izzat juga memberitahu, dia berbesar hati kerana direstui ibu bapa serta ahli keluarga dalam melaksanakan pelbagai tugas tanpa sebarang pulangan.

Malah, keluarganya turut menyokong Izzat dari segi kewangan dan dorongan sepanjang dia bertugas menjadi sukarelawan.

Antara tugas sukarelawan yang pernah digalas anak muda itu termasuklah membantu mangsa banjir di Alor Setar, Kedah, bertugas di Rumah Ehsan di Kuala Kubu Bahru, Selangor dan kerja-kerja gotong-royong di beberapa surau.

Kem senaman ala tentera

Posted:

Kem senaman ala tentera

Kem senaman ala tentera



SEWAKTU matahari pagi mula terbit dan suasana masih lagi sejuk di Pantai Bondi, Sydney, Australia terdapat kira-kira 30 individu bersemangat melakukan rejim senaman yang agak berat.

Mereka melambungkan badan sebelum menghempasnya ke pasir, berlari-lari anak sebelum memecut, melompat melepasi halangan, mengangkat beban serta meregangkan tali ke atas dan ke bawah.

Kumpulan itu merupakan sebahagian daripada kelompok golongan pencinta kecergasan dikenali kem latih tubi. Konsep senaman sebegini sering digunakan oleh jurulatih gaya tentera untuk senaman berintensiti tinggi.

"Saya fikir saya tidak akan melakukan perkara ini lagi. Ia membuatkan saya muntah. Saya benci setiap minit daripadanya. Tetapi, kepuasan yang dirasai, sukar untuk digambarkan," kata Kristie Webster selepas menamatkan sesi tersebut di Bondi.

Apabila ditanya apa yang menyebabkan dia sanggup bangun dari katil seawal pagi beberapa kali seminggu hanya untuk merasai pengalaman ketidakselesaan fizikal, Kristie menjawab: "Bukan sebab saya gila. Tidak, ia semata-mata untuk tampil cergas dan sihat."

Sementara itu, jurulatih Dan Clay yang berasal dari Essex, Britain memberitahu, mereka akan melatih setiap peserta mengikut kemampuan masing-masing.

"Kami mendorong mereka sehingga ke tahap maksimum yang boleh dilakukan. Tetapi kami lakukannya dengan cara yang bermotivasi. Kami bukan seperti sarjan yang bersifat memaksa, tetapi berfungsi untuk memberi galakan pada mereka," jelas Clay.


KEM latihan yang lasak berkonsepkan ala tentera semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Sydney.


Clay yang menguruskan syarikat Dangerous Fir, telah melihat populariti kem latih tubi berkembang pantas di Sydney sejak lima tahun lalu, sama seperti tempat lain di dunia.

"Orang ramai tidak mahu sentiasa terjebak di gimnasium. Mereka mahu melakukan perkara yang bermanfaat di waktu pagi seperti berada di pantai, melihat matahari terbit dan menghirup udara yang segar.

"Rutin sebegini sangat baik untuk mendapat ketenangan jiwa dan kesihatan bagi tubuh badan. Disebabkan itu, ia menjadi semakin popular," tuturnya.

Tambah Clay, mengikuti latihan secara berkumpulan lebih memberi motivasi kepada peserta berbanding bersenam sendirian.

"Mereka mahu berada di luar dan berlatih bersama kawan-kawan," ujarnya.

Tanpa rangkaian kos utama dan beberapa overhed, kem latih tubi telah muncul di seluruh Australia, manakala cabaran fizikal lain seperti Tough Mudder iaitu kursus latihan keras berhalangan seperti mendaki tebing dan dinding curam juga terbukti popular.

Latihan lasak seperti tentera

James Brabon, bekas infantri tentera Australia dianggap sebagai perintis industri kem latih tubi di Sydney.


PELBAGAI teknik dilakukan dalam kem latih tubi ala tentera di Pantai Bondi, Sydney.


Selepas membangunkan rejim latihan untuk rakan-rakan askar yang kemudian mendatangkan rasa kagum dalam kalangan isteri dan teman wanita masing-masing, James kemudian menjenamakan semula program tersebut pada 2003. Dia menggunakan Pantai Coogee sebagai destinasi awal bagi menganjurkan latihan tersebut.

Katanya, dia bersikap skeptikal terhadap trend latihan kecergasan masa kini yang menjadi semakin lembut seperti senaman yoga.

"Justeru, kami tampil dengan disiplin senaman sebegini yang berintensiti tinggi dan berpeluh sehingga ke akhirnya. Kemudian, orang ramai mengatakan, ia mungkin tidak akan berhasil, tidak kekal dan tiada sesiapa yang mahu melakukannya.

"Tetapi, apa yang kami dapati adalah semua orang mahu mencuba untuk melakukannya," tegas James yang digelar sebagai chief.

Apa yang pasti, kumpulan tersebut gembira kerana berpeluang melakukan rejim latihan yang sukar bersama-sama.

"Kesakitan adakalanya boleh menjadi sangat baik, tetapi ia sentiasa berbaloi pada akhirnya," kata Stafford Hamilton yang memuji Dangerous Fit kerana melalui rejim latihan itu, dia mampu menurunkan berat badan sehingga 11 kilogram sejak mengikutinya sembilan bulan lalu. - AFP

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat