{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Varia

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Varia


Buku seorang guru

Posted:

Buku seorang guru

Buku seorang guru

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my

WAN ZAYUHISHAM menunjukkan buku-buku yang telah ditulisnya sejak tahun 2009.


MEMILIH kerjaya sebagai seorang pendidik, Wan Zayuhisham Wan Yusoff, 41, mengakui, beliau amat bersyukur dengan perjalanan hidupnya yang telah diatur Ilahi.

Selama 17 tahun bergelar guru, banyak pengalaman pahit manis yang diperoleh dalam dunia persekolahan yang saban tahun semakin mencabar. Ini kerana perkembangan teknologi juga menjadikan para pelajar lebih ke hadapan dalam pelbagai aspek.

Situasi itu sekali gus memberi cabaran besar buat guru bagi menangani masalah tersebut. Menyedari hakikat itu, Wan Zayuhisham terpanggil untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat melalui penulisan buku-buku remaja.

Terbaharu, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Kebangsaan PPR Taman Lembah Subang itu tampil dengan karya bertajuk Cikgu, Anak Saya Okey? yang memaparkan pelbagai dilema yang dihadapi pelajar.

Ia merupakan sebuah buku motivasi kedua beliau selepas menghasilkan buku Suami Yang Teruji berdasarkan catatan pengalaman, pengisahan rakan-rakan guru serta pemerhatian sendiri mengenai isu-isu pendidikan dan persekolahan.

Menurut Wan Zayuhisham, selain menulis mengenai masalah yang dihadapi, beliau juga memberi pandangan untuk mengatasinya. Tidak ketinggalan, tip-tip ringkas untuk ibu bapa dalam mendidik anak-anak turut diselitkan.

"Jujur saya katakan, bahawa apa yang dipaparkan dalam buku ini bukan untuk mengajar ibu bapa mendidik anak-anak tetapi sekadar berkongsi pengalaman dan kaedah yang pernah dipelajari melalui kelas pengajian, seminar, diskusi dan pembacaan.

"Buku ini juga mampu memberikan gambaran keseluruhan kepada para ibu bapa mengenai dunia persekolahan anak-anak," ujar Wan Zayuhisham sambil memberitahu, buku itu disiapkan sewaktu cuti persekolahan pada bulan November dan Disember tahun lalu.

Lapan buah buku

Mula terjun dalam dunia penulisan sejak Mei 2009, anak kelahiran Setiu, Terengganu itu sudah menghasilkan lapan buah buku.

Buku pertamanya bertajuk Impian Juara diterbitkan pada 2010. Ia diikuti Ops Menjejak Pencuri, juga pada tahun yang sama, Impian Juara 2 (2011), Ops Conteng dan Suami Yang Teruji (2012) serta Erti Persahabatan dan Ulat Buku (2013).

Tambah beliau, kesibukan tugas sebagai seorang guru bukan penghalang untuknya aktif menulis. Apa yang penting, pengurusan masa yang bijak mampu membantu mencapai kejayaannya dalam bidang penulisan.

"Saya biasa menulis selepas asar tetapi pada kebanyakan masa, waktu yang paling ideal bagi saya adalah selepas isyak dan awal pagi. Ada ketika, saya juga pernah tertidur di hadapan komputer gara-gara terlalu letih," luah bapa kepada lima cahaya mata itu lagi.

Ditanya mengenai kepuasan yang dirasai dalam bidang penulisan, Wan Zayuhisham pantas menjawab: "Perasaan itu sukar diterjemahkan dengan kata-kata. Bagi saya, bila seseorang penulis dapat menghasilkan sebuah buku, ia boleh diibaratkan seperti melahirkan bayi. Itu yang saya rasa."

Selain SK PPR Taman Lembah Subang, Wan Zayuhisham pernah mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tungku (1994-1998), diikuti SK Sains Dominic (1999-2002), kedua-duanya di Lahad Datu, Sabah dan SK Taman Medan, Jalan Klang Lama (2003-2010).

Bagi mereka yang ingin mengikuti perkembangan Wan Zayu- hisham, layari laman blognya ilhamwan.blogspot.com.

Kedai dobi asingkan baju pelanggan Islam

Posted:

Kedai dobi asingkan baju pelanggan Islam

Kedai dobi asingkan baju pelanggan Islam

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my


NUR AZLIWATI (kiri) menunjukkan kedai Mydobi.com yang diusahakannya bersama suami, Nazrul Hisham.


SIAPA sangka rungutan daripada ibu yang kurang mempercayai kebersihan pakaian yang dibasuh di kedai dobi menjadi sebab utama Nur Azliwati Lazam, 41, terfikir untuk memulakan perniagaan dalam bidang tersebut.

Tambahan pula, ketika mahu mengerjakan haji pada tahun 2011, beliau turut berdepan pengalaman menghantar pakaian yang mahu digunakan di Tanah Suci di sebuah kedai dobi.

"Sewaktu menghantar pakaian itu untuk dicuci, saya melihat pekerja di kedai tersebut terus mencampurkan ia dengan pakaian pelanggan lain yang mungkin tidak terjamin kesuciannya.

"Justeru, sebaik pulang dari Mekah, saya nekad untuk memulakan perniagaan kedai dobi semata-mata untuk menawarkan khidmat cucian yang diyakini bersih dan suci oleh pelanggan terutama yang beragama Islam," terang Nur Azliwati ketika ditemui Kosmo! di Kota Damansara, Petaling Jaya baru-baru ini.

Beliau akhirnya memilih untuk menyertai francais dobi di bawah jenama Mydobi.com dengan modal permulaan sebanyak RM150,000. Ia merupakan perniagaan di bawah Master Business Concept Shop yang dikendalikan oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara).

"Saya hanya perlu menyediakan tapak kedai dan selebihnya termasuk peralatan serta latihan mengurus perniagaan dibantu oleh pengurusan Mydobi.com.


KONSEP mengasingkan pakaian pelanggan Islam dan bukan Islam adalah untuk menjamin kesucian pakaian, terutamanya ketika beribadah.


"Kedai dobi ini telah mula beroperasi pada bulan Mei 2012 dan Alhamdulillah sambutan yang diterima dari semasa ke semasa amat menggalakkan. Walaupun wujud persaingan dalam perniagaan dobi tetapi saya sentiasa optimis dengan rezeki kurniaan Allah," ujar ibu kepada dua cahaya mata berusia 14 dan 10 tahun ini.

Letak jawatan pensyarah

Menurut Nur Azliwati lagi, beliau bersyukur kerana mendapat sokongan padu daripada suami, Nazrul Hisham Abdul Hamid, 42, yang sentiasa membantu untuk melancarkan perniagaan mereka.

"Kebetulan pula, saya dan suami mempunyai latar belakang dalam bidang perakaunan dan pernah menyiapkan satu projek berkaitan kedai dobi sewaktu mengikuti pengajian di peringkat sarjana.

"Jadi, memang beliau banyak membantu memberi idea terutama dalam aspek pengurusan kewangan," jelas Nur Azliwati yang kini mempunyai dua orang pekerja tetap dan beberapa pekerja separuh masa.

Sebelum bergelar pengusaha dobi, Nur Azliwati merupakan seorang pensyarah perakaunan di sebuah kolej swasta di ibu kota. Namun, beliau nekad untuk berhenti kerja dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan.

Tambah beliau, antara keistimewaan Mydobi.com dan rangkaian kedai di bawah jenama itu adalah kaedah cucian kering yang menggunakan air.


RAMAI pelanggan Islam yang memuji konsep yang digunakan Nur Azliwati dalam mencuci pakaian yang dihantar pelanggan.


"Untuk makluman kepada masyarakat di luar sana, mana-mana kedai dobi yang mempunyai perkataan lagoon, maka ia bermakna cucian kering dilakukan menggunakan air.

"Ia bagi menjamin kesucian dan kebersihan pakaian yang dihantar ke kedai lebih bersih," katanya.

Bagi Sabariah Yunus, 43, sepanjang setahun bekerja di kedai dobi ini, dia gembira kerana mempunyai majikan yang baik dan bertimbang rasa.

"Saya rasa seronok bekerja di sini. Tugas saya lebih kepada membasuh dan melipat baju. Jika menggosok pula, setiap hari sekurang-kurangnya kami akan menggosok 80 helai baju dan jika pelanggan ramai adakalanya melebihi 150 helai," kata Sabariah.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat