{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Nasional

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Nasional


Final Piala FA: Red Warriors benam JDT

Posted: 29 Jun 2013 02:30 PM PDT

  • Norfarhan Muhammad jaringkan gol tunggal minit ke-15
  • Kelantan layakke Piala AFC 2014
  • Kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi pemain terbaik

  • Kuala Lumpur: Kesesakan jalan raya sepanjang 10 kilometer menghala Stadium Nasional Bukit Jalil tidak menghalang kira-kira 100,000 penyokong Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT) hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala FA membabitkan kedua-dua pasukan itu, malam tadi.

    Penyokong mula membanjiri perkarangan stadium seawal jam 10 pagi bagi mendapatkan tiket pada saat akhir dan mengelakkan kesesakan, manakala penjaja mula menjalankan operasi mereka sejak awal pagi lagi.

    Untuk berita lanjut, dapatkan naskhah BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

    Program transformasi tarik perhatian negara Afrika

    Posted: 29 Jun 2013 02:20 PM PDT

    Program Transformasi Nasional yang dilaksanakan Malaysia bagi mencapai wawasan negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020, turut menarik perhatian negara Afrika.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Tanzania akan menjadi negara pertama di Afrika mengguna pakai agenda transformasi ekonomi Malaysia.

    Katanya, selepas pemimpin mereka diberi taklimat berhubung Program Transformasi Nasional pada Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) lalu, beberapa negara Afrika menyatakan hasrat untuk dijadikan panduan transformasi mereka.

    4 kali jemput Idris Jala

    "Tanzania menjemput Idris (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala) sebanyak empat kali untuk menerangkan apa yang Malaysia lakukan.

    "Negara lain seperti Botswana pun berminat. Kita sudah membantu Tanzania merangka program transformasi ekonomi sendiri. Kita juga akan menghulurkan bantuan sama kepada negara Afrika lain," katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia di sini, semalam.

    "Ini adalah penghormatan kepada Malaysia, tiada negara lain dijemput membuat pembentangan kepada seluruh Kabinet Tanzania.
    Tak guna model Barat

    "Dalam erti kata lain, mereka tidak menggunakan model Barat tetapi model transformasi Malaysia untuk membantu penggubalan dan pelaksanaan dasar pembangunan mereka," katanya.

    Sementara itu, Idris berkata pelan induk Program Transformasi Ekonomi Tanzania sudah siap dan akan dipamerkan kepada rakyat negara berkenaan.

    Katanya, atas persetujuan kerajaan Tanzania, pihak beliau mula merangka program itu, termasuk melaksanakan enam makmal berkaitan.

    Leave a Reply

    Raja Alias

    Segamat

    Kuantan

    G. Musang

    Trolak

    J. Bahru

    Terengganu

    Mempaga

    A. Setar

    Jengka

    Sahabat