{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Sukan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Sukan


Harimau Selatan sedia mengaum

Posted:

Harimau Selatan sedia mengaum

Harimau Selatan sedia mengaum

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

JURULATIH Kelantan, Bojan Hodak (kiri) dan jurulatih Johor DT, Fandi Ahmad bergambar bersama Piala FA selepas sidang akhbar menjelang final Piala FA 2013 di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.


JURULATIH Johor Darul Takzim (Johor DT), Fandi Ahmad mengakui skuad kendaliannya sudah bersedia untuk mengejutkan pasukan pilihan, Kelantan pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Pengendali kelahiran Singapura itu optimis bahawa Harimau Selatan mampu menyekat misi The Red Warriors yang berhasrat mempertahankan kejuaraan yang diraih pada tahun lalu.

Fandi menyifatkan pasukan bimbingannya memiliki kualiti dan kesungguhan dalam usaha melakar kejuaraan pertama buat Johor DT pada musim ini.

Jelasnya, beliau akan memutuskan kesebelasan terbaik Harimau Selatan petang ini.

"Buat masa ini, saya masih belum memutuskan kesebelasan utama dan perkara paling mustahak adalah menyaksikan persembahan pemain pada sesi latihan terakhir hari ini (semalam).

"Saya perlu memastikan pemain-pemain bersedia 100 peratus kerana perlawanan ini merupakan pertarungan penting dan kita harus berjuang untuk habis-habisan.

"Misi kami adalah untuk menjulang Piala FA walaupun menyedari ia bukan tugas yang mudah. Saya tahu Kelantan adalah pasukan pilihan tetapi kami sudah bersedia untuk mengecewakan mereka esok (hari ini).

"Ramai mengatakan kami cukup bertuah dalam saingan Piala FA, tetapi saya berpendapat kami memiliki semangat juang yang tinggi.

"Kami bermula dengan menentang Perak, Kedah, Selangor dan Pahang. Saya fikir, pada perlawanan-perlawanan tersebut, kami telah menunjukkan kualiti dan keupayaan tersendiri selain membuktikan semangat juang yang tinggi.

"Saya harap, berbekalkan komitmen dan disiplin, kami mampu menjuarai Piala FA pada edisi kali ini," katanya pada sidang akhbar menjelang final Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.

Dalam perkembangan sama, Fandi yakin pertembungan pasukan gergasi Selatan dan Pantai Timur itu tidak berlarutan sehingga ke masa tambahan.

Katanya, biarpun menyaksikan barisan pemainnya dilihat keletihan selain masalah berdepan kecederaan, Fandi yakin skuad kendaliannya masih berupaya mempamerkan persembahan positif.

"Bukan mudah beraksi tiga perlawanan dalam masa seminggu. Ada pemain yang cedera dan menunjukkan kepenatan.

"Namun, saya tidak risau kerana saya percaya dan yakin bahawa Johor DT sudah bersedia dengan misi memburu Piala FA.

"Saya juga yakin bahawa perlawanan ini akan diselesaikan dalam masa 90 minit kerana kedua-dua pasukan tidak rela menerima kekalahan menerusi penentuan sepakan penalti," katanya.

Hajat besar Mat Yo

Posted:

Hajat besar Mat Yo

Hajat besar Mat Yo

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my

MAT YO mahu menghadiahkan Piala FA sempena hari keputeraan Tunku Ismail.


PENYERANG Johor Darul Takzim (Johor DT), Norshahrul Idlan Talaha berazam untuk menghadiahkan trofi Piala FA kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sempena hari keputeraan baginda esok.

Norshahrul berkata, selepas mengharungi laluan berliku sebelum aksi final ini, dia berharap rakan sepasukan akan memberikan sepenuh komitmen dan membawa pulang trofi Piala FA buat pertama kali untuk pasukan Johor DT.

"Saya akui, pemain-pemain Kelantan pasti sudah mengetahui di mana kelemahan kami. Kami pun begitu juga, sedikit sebanyak mengetahui di mana kekurangan mereka.

"Apabila kedua-dua pihak mengetahui kelemahan masing-masing, maka perlawanan akhir nanti lebih menarik dan saya jangka Kelantan akan menurunkan kesebelasan terbaik untuk menghadapi perlawanan akhir itu nanti," kata Norshahrul.

Dalam pada itu, Norshahrul atau lebih dikenali dengan nama Mat Yo menegaskan, semua pemain Johor DT kini berada dalam motivasi terbaik dan sudah tidak sabar untuk turun dalam perlawanan akhir itu nanti.

Lebih manis, apabila Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah menjanjikan dua kenderaan mewah, SUV Audi Q7 buat dua pemain terbaik Johor DT jika berjaya menjulang trofi Piala FA malam ini.

"Saya langsung tidak terfikir tentang kereta itu, tetapi bagi kami (pemain) memang sudah bertekad mahu menghadiahkan trofi Piala FA ini kepada Tunku Ismail sempena hari keputeraan baginda pada 30 Jun (esok).

"Saya jangka perlawanan akhir itu nanti pasti sengit kerana Kelantan pasti tampil dengan perancangan baharu serta mahu mempertahankan trofi Piala FA itu kekal milik mereka," kata Norshahrul ketika ditemui Kosmo! semalam.

Musim lalu, Kelantan menjulang Piala FA selepas menewaskan pasukan Sime Darby FC 1-0 dalam perlawanan akhir.

Nwakaeme akan pastikan Johor DT merana

Posted:

Nwakaeme akan pastikan Johor DT merana

Nwakaeme akan pastikan Johor DT merana

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

PRESTASI terumbang ambing juara trebel musim lalu, Kelantan di awal musim dikaitkan dengan kesilapan memilih pemain import apabila Keita Mandjou gagal memberikan impak seperti yang diharapkan sehingga merencatkan perancangan untuk musim 2013.

Bagaimanapun, langkah segera yang diambil pihak pengurusan Kelantan untuk mencari pengganti pemain yang berasal dari Guinea itu merupakan langkah terpuji sehinggalah nama Dickson Nwakaeme dari Nigeria mula meniti di bibir puluhan ribu penyokong The Red Warriors.

Mula menyertai Kelantan April lalu, Nwakaeme terpaksa bergelut dengan kecederaan serta masalah kecergasan biarpun sedikit sebanyak memberi petunjuk positif kepada prestasi Kelantan, namun hakikatnya bintangnya masih belum bebar-benar bersinar.

Jaringannya di Kuala Terengganu ketika Kelantan menewaskan Terengganu pada saingan separuh akhir Piala FA untuk membawa pasukannya sekali lagi beraksi di pentas final menentang Johor Darul Takzim (Johor DT) adalah detik penting untuk dikenang para peminat The Red Warriors.

Memiliki susuk tubuh yang agak besar, beliau tidak mempunyai larian yang laju namun, kawalan bola, ketenangan dan bijak membaca pergerakan pertahanan lawan antara aset penting Nwakaeme untuk berada dalam kesebelasan utama Kelantan malam ini.

Beliau yang ditemu bual baru-baru ini memberitahu, pentas perlawanan akhir ini bukanlah yang pertama sepanjang kariernya kerana sebelum ini beliau pernah beraksi pada perlawanan sebesar itu ketika menyertai kelab di Finland dan Vietnam.

"Ini bukan aksi final pertama saya, cuma mungkin di sini ia menjadi pengalaman pertama saya. Saya rasa bertuah dan gembira terutama apabila pasukan saya berjaya melangkah ke perlawanan akhir kerana semua pasukan dan pemain sentiasa dahagakan saat sebegini (perlawanan akhir) dan memenangi piala.

"Saya sudah bersedia dan tanpa sebarang keraguan untuk turun beraksi pada perlawanan akhir nanti. Kecederaan yang saya alami tidak begitu serius dan saya fikir saya mampu cergas dan sembuh sebelum perlawanan akhir itu nanti," katanya.

Tambahnya, dua kemenangan yang dikecapi Kelantan dalam tempoh beberapa hari sebelum perlawanan akhir merupakan bonus untuk membakar semangat beliau dan rakan-rakan dan yakin ini merupakan minggu yang cukup sempurna untuk diakhiri dengan kemenangan ketiga dan merangkul kejuaraan.

Mengulas mengenai Johor DT, Nwakaeme memberitahu, beliau menyedari kekuatan yang dimiliki oleh pasukan kendalian Fandi Ahmad itu terutama apabila mereka dibarisi pemain-pemain berstatus bintang selain rekod pertemuan musim ini yang jelas memihak kepada pasukan yang terkenal dengan jolokan Harimau Selatan itu.

"Johor DT pasukan yang mantap, memiliki pemain yang hebat, mampu bermain dengan cemerlang, kawalan bola yang bagus dan sudah tentu bukan mudah untuk kita mengatasi mereka.

"Peluang sudah tentu ada, bola sepak bergantung kepada bagaimana kita bekerja, bagaimana kita membuat persediaan dan bagaimana kita melawan. Jika semuanya sempurna, kita mempunyai peluang untuk menang.

"Bola sepak tidak semudah yang dijangka. Pasukan yang bijak menyambar peluang berpotensi muncul juara," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat