Harian Metro: Hati
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Hati |
Posted: 30 Jun 2013 12:23 PM PDT Senaman ketika mengandung mampu meningkatkan stamina bakal ibu, malah, ia turut membantu memudahkan proses bersalin. Apabila bersenam aliran darah menjadi lebih lancar kerana banyak oksigen dihantar ke otak dan seluruh badan yang membuatkan wanita berasa segar dan bertenaga. Senaman wanita hamil memberi penekanan kepada latihan menguatkan otot, khususnya otot perut dan golongan ibu hamil turut diajar teknik pernafasan yang betul. Menurut ahli fisioterapi kanan, Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Azimah Jamaluddin, asas senaman ketika hamil ialah ia perlu dilakukan secara bersederhana. 1. POSISI BARING. Pastikan tulang belakang ibu mengandung rata dengan bahagian lantai dan rapatkan peha serta lakukan senaman Kegel ataupun lantai pelvik. Ia juga dipanggil senaman kemut. Ianya mudah dilakukan, iaitu dengan cuba 'mengecutkan' otot seperti sedang menahan kencing. Lakukan dalam kiraan 10. Selain itu, untuk senaman pernafasan pula kekal pada kedudukan yang sama kemudian tarik nafas panjang melalui hidung dan hembus menggunakan mulut sebanyak tiga kali kemudian rehat. RENDAHKAN badan seperti melutut dengan menggunakan sama ada lutut kiri atau kanan sebagai penahan. KEMUDIAN barulah barang terbabit diambil dan bangun perlahan-lahan. 2. UNTUK melegakan kaki dan perut. Berada dalam posisi baring, bengkokkan kaki dan diselang selikan dengan gerakan kaki ke atas kiri dan kanan dalam kiraan 10. 3. UNTUK melegakan kaki dan perut. Berada dalam posisi baring, bengkokkan kaki dan diselang selikan dengan gerakan kaki ke atas kiri dan kanan dalam kiraan 10. 4. UNTUK melegakan kaki dan perut. Berada dalam posisi baring, bengkokkan kaki dan diselang selikan dengan gerakan kaki ke atas kiri dan kanan dalam kiraan 10. 5. BAGI mengurangkan lenguh kaki. Berada dalam posisi baring dan gerakkan hujung kaki ke atas dan ke bawah secara berselang seli dalam kiraan 10 dan juga buat gerakan mengikut arah dan lawan jam juga 10 kali. 6. BAGI mengurangkan lenguh kaki. Berada dalam posisi baring dan gerakkan hujung kaki ke atas dan ke bawah secara berselang seli dalam kiraan 10 dan juga buat gerakan mengikut arah dan lawan jam juga 10 kali. 7. POSISI DUDUK Apabila duduk pastikan tulang belakang tegak dan bukan melengkung. Bongkok ke hadapan sedikit kemudian tekan otot lantai pelvik pada permukaan kerusi dalam kiraan 10 dan rehat. Jika dirasakan ia terlalu lama boleh kurangkan masa kiraan berkenaan mengikut kesesuaian diri. 8. POSISI BERDIRI Bagi mengurangkan masalah sakit belakang pula pastikan posisi ketika berdiri betul. Untuk melakukannya rapatkan belakang badan pada dinding, berdiri tegak dan pastikan bahu dan perut ditolak ke belakang dan tahan kedudukan terbabit dalam kiraan 10. CARA yang betul jika ingin mengambil barang bagi ibu mengandung:Pastikan berada berdekatan dengan barangan yang ingin diambil.
"Namun, bukan bermakna senaman ibu mengandung menyamai senaman biasa kerana ia perlu disesuaikan dengan keadaan fizikal si ibu," katanya. Antara aktiviti perlu dielakkan ialah berlari atau berjoging, senaman regangan keterlaluan, senaman yang menekan atau memberi tekanan pada perut serta angkat berat. Katanya, paling penting dalam apa juga senaman yang dilakukan adalah memastikan posisi tubuh berada dalam keadaan betul dan baik. Ketika mengandung, bentuk badan wanita biasanya berada dalam posisi sedikit melengkung bagi menampung berat bayi dikandung. Lama-kelamaan ia boleh menyebabkan wanita berkenaan mengalami masalah sakit belakang dan lenguh badan terutama apabila usia kandungan semakin sarat. "Disebabkan itu, senaman boleh membantu mengembalikan posisi badan yang betul bagi mengurangkan masalah sakit belakang yang kerap dialami ramai wanita. "Sama ada duduk ataupun baring, paling utama tulang belakang perlu berada dalam posisi tegak dan bukan melengkung kerana ia menambah tekanan pada badan dan perut," katanya. Di samping itu, untuk mengetahui kaedah senaman betul, sebaiknya ibu mengandung menyertai kelas atau program senaman direka khusus bagi wanita hamil. Selepas mendapat tunjuk ajar mengenai kaedah yang betul, ia boleh dipraktikkan di rumah bagi keselesaan diri dan juga kandungan. Untuk mendapat lebih kepastian rujuk kepada doktor terlebih dulu sebelum memulakan sesuatu aktiviti ataupun dapatkan pandangan pakar fisioterapi bagi melakukannya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/30 |
Orang gemuk mudah sakit kepala Posted: 30 Jun 2013 08:11 AM PDT Bagi mereka yang berbadan 'comel' tetapi masih memberi pelbagai alasan apabila diajak bersenam, ada satu fakta menarik untuk dikongsikan demi kebaikan bersama. Kajian terbaru mendapati orang gemuk mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami masalah sakit kepala yang teruk atau migrain. Hanya orang yang pernah mengalami migrain tahu bagaimana seksanya hendak melepasi saat diserang. Kepala berdenyut, rasa mual, muntah dan menjadi amat sensitif terhadap cahaya sehingga ada yang tidak boleh melakukan sebarang kerja. Berdasarkan maklumat Akademi Neurologi Amerika, lebih 10 peratus penduduk Amerika mengalami migrain.
Dalam kajian terbaru yang membabitkan 3,700 orang dewasa gemuk mendapati kecenderungan mereka mengalami sakit kepala lebih tinggi berbanding individu kurus. Bagaimanapun kajian itu tidak mengatakan bahawa obesiti atau kegemukan menjadi punca kepada masalah sakit kepala tetapi kegemukan boleh meningkatkan kebarangkalian individu yang montel mengalami gangguan ini, walaupun tidak kerap, kata ketua penyelidik, Dr B Lee Peterlin, pensyarah neurologi dan pengarah kajian sakit kepala di Pusat Pengajian Perubatan Universiti Johns Hopkins di Baltimore.
Ada penyelidik yang mencadangkan teori lain iaitu kaitan tisu adipos (yang menyimpan lemak) dengan migrain. Ini kerana tisu adipos mengeluarkan protein yang boleh menyebabkan keradangan dan gejala sakit kepala. Inilah sebabnya individu obes dan golongan muda lebih kerap mengalami masalah migrain berbanding orang tua. Jadi, adakah dengan menurunkan berat badan akan mengurangkan kekerapan serangan migrain? Tidak semestinya, apatah lagi jika penurunan berat badan itu dilakukan dengan kaedah pembedahan atau lain-lain cara alternatif kurang sihat. Pakar berpendapat perubahan gaya hidup seperti mengurangkan pengambilan makanan berproses, makanan berkalori tinggi dan alkohol - yang menjadi perangsang migrain - akan sangat bermanfaat. Walaupun tidak banyak data yang menyokong kepada saranan supaya individu obes melakukan senaman bagi mengurangkan migrain, namun senaman memang akan mendatangkan banyak kesan positif sama ada secara langsung atau tidak. Biasanya orang yang mula mementingkan penjagaan berat badan turut mengambil berat soal pemakanan dan penjagaan kesihatan. Jadi mereka juga akan cenderung untuk mengelakkan pengambilan makanan yang boleh mencetuskan gejala migrain. Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/30 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |