Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
Posted: Tragedi konvoi berdarahOleh FARIK SALLEH KEMALANGAN melibatkan empat buah motosikal berkuasa tinggi dan sebuah lori tangki yang mengorbankan nyawa dua penunggang di Kota Tinggi semalam. KOTA TINGGI – Rombongan konvoi yang disertai 13 buah motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan ke Terengganu dicemari insiden berdarah apabila dua penunggangnya maut selepas terlibat dalam kemalangan semalam. Kejadian yang mengorbankan Abdul Rashid Mansor, 48, dan Mohamad Hisham Salleh, 36, itu berlaku pada pukul 12 tengah hari di Kilometer 38, Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran simpang masuk ke taman perumahan Daiman Jaya di sini. Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah lori tangki dari arah Mersing dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melintang di tengah jalan raya. Keadaan itu menyebabkan empat daripada 13 buah motosikal berkuasa tinggi dari arah Johor Bahru gagal dikawal lalu merempuh lori tangki tersebut. Ekoran rempuhan itu, sebuah motosikal terbakar manakala sebuah lagi terputus dua. Kedua-dua penunggang mati di tempat kejadian akibat cedera parah. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
Posted: Mati selepas keluar berhiburOleh MAZLINA ABDUL MAJID ANGGOTA polis menyiasat kawasan pergaduhan yang mengorbankan Kien Chong di Johor Bahru semalam. JOHOR BAHRU – Cubaan seorang pekerja logistik untuk mempertahankan dua teman wanita yang dibawa untuk minum dan berhibur di sebuah pub daripada dipikat sekumpulan lelaki mengundang padah apabila dia dipukul sampai mati dalam kejadian di Jalan Kebun Teh di sini semalam. Kejadian pukul 1 pagi itu mengakibatkan Ong Kien Chong (gambar kecil), 27, mati kira-kira lima jam kemudian selepas diserang dengan kayu dan parang oleh tiga hingga empat samseng yang berang dengan tindakan mangsa. Difahamkan, selain dua wanita itu, mangsa turut pergi ke pub tersebut bersama dua lagi rakan lelakinya. Kumpulan samseng itu pula minum bersebelahan dengan meja mereka. Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, samseng itu kemudian cuba mengurat dua wanita yang dibawa mangsa menyebabkan Kien Chong cuba menegahnya selepas terganggu dengan sikap suspek. Katanya, ekoran itu, berlaku pertengkaran antara mangsa dengan kumpulan samseng tersebut hingga berlarutan ke luar pub. "Tanpa diduga, beberapa rakan samseng tersebut telah siap menunggu di luar sebelum membelasah mangsa dan dua rakannya menggunakan parang dan kayu. Dua wanita itu tidak diganggu. "Salah seorang rakan mangsa dapat melarikan diri sejauh satu kilometer hingga ke sebuah hotel di Majidee di sini sebelum ditemui oleh orang ramai pada pukul 4 pagi dalam keadaan berlumuran darah," katanya ketika dihubungi di sini. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
Posted: Rumah KJ dimasuki perompakOleh NUR AISHAH AMIN RUMAH Khairy Jamaluddin yang terletak di Bukit Damansara, Kuala Lumpur dimasuki empat penjenayah petang kelmarin. KUALA LUMPUR – Empat lelaki menceroboh kediaman Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Jalan Setiabestari, Bukit Damansara di sini kelmarin dan melarikan beberapa unit komputer riba dan jam tangan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, semasa kejadian pada pukul 5.30 petang itu hanya pembantu rumah menteri itu berada di rumah tersebut. Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan itu dikatakan tiada di rumah semasa kejadian kerana menyaksikan final Piala FA antara Johor Darul Takzim dan Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini. Menurut beliau, suspek-suspek yang dikatakan menaiki sebuah kereta Proton Waja itu masuk ke rumah orang kenamaan itu dengan memanjat tembok pagar di tepi rumah dan masuk menerusi pintu kayu depan yang tidak berkunci. "Semasa itu pembantu rumah menteri itu berada di dapur dan menyedari kejadian itu semasa keluar ke ruang tamu sebelum terkejut melihat pintu depan terbuka. "Selepas itu pembantu rumah terbabit melihat empat suspek sedang menyelongkar bilik tidur utama majikannya," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |