{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Saya layak jadi Menteri Sumber Manusia, kata Riot

Posted: 29 Jun 2013 02:07 AM PDT

SERIAN: Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot berkata beliau layak dilantik sebagai menteri Persekutuan, yang menjadi hak mutlak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ekoran gesaan pembangkang bahawa beliau seharusnya diminta meletak jawatan kerana didakwa memiliki ijazah universiti palsu.

Riot, yang juga Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berkata tuduhan pembangkang itu tidak sepatutnya dibuat tambahan pula mereka mempersoalkan integriti dan kebijaksanaan perdana menteri dalam melantik beliau sebagai menteri dalam Kabinet baharu beliau.

"Sebagai Perdana Menteri, beliau (Najib) menggunakan kebijaksanaannya untuk menentukan sama ada saya layak menjadi menteri, dan ini termasuk kelayakan akademik saya, dengan memberi tanggungjawab kepada saya portfolio sumber manusia, sebuah kementerian yang sangat mencabar dengan 13 agensi di bawahnya," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Pesta Birumuh 2013 dan program '1Malaysia Support For Housewives' dan Azam Kerja peringkat negeri di sini.

Sambil mengecam dakwaan itu, Riot, yang juga Anggota Parlimen Serian, berkata beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, jika perlu, terhadap tiga Ahli Parlimen daripada DAP iaitu Ong Kiang Ming (Serdang), Zairil Khir Johari (Bukit Bendera) dan Julian Tan (Stampin) kerana membuat dakwaan itu yang mencemarkan imejnya, di luar Parlimen.

Ia dipetik oleh laporan online bahawa mereka menggesa Najib untuk meminta Riot dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ewon Ebin supaya meletak jawatan kerana memiliki ijazah palsu sekiranya perdana menteri serius terhadap integriti Kabinetnya.

Bagaimanapun, Riot berkata beliau berada di Kementerian Sumber Manusia kerana ijazah pertamanya yang diperoleh dalam Sumber Manusia adalah dari University of Hertfordshire, United Kingdom manakala ijazah Sarjananya juga dalam bidang yang sama. - BERNAMA

Dua lelaki ditahan menyamar anggota polis untuk menyamun

Posted: 29 Jun 2013 01:15 AM PDT

PETALING JAYA: Polis menahan dua lelaki termasuk seorang warga asing di Damansara Perdana, Khamis lalu, kerana menyamar sebagai anggota polis untuk menyamun orang ramai.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata mereka yang berumur lingkungan 20-an itu ditahan pasukan peronda polis pada 4.45 pagi setelah menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

"Ketika ditahan warga asing itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan memakai pakaian seragam kadet polis sekolah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesedaran Keselamatan dan Ronda Berbasikal anjuran Rukun Tetangga SS2B Petaling Jaya di sini.

Arjunaidi berkata motosikal yang ditunggangi mereka juga didapati dicuri dan menggunakan nombor pendaftaran palsu.

"Daripada siasatan awal, polis mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah namun mengaku ada menyamun beberapa mangsa semasa menyamar.

Mereka kini ditahan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana menyamun dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam serta Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal, katanya.

Terdahulu dalam ucapannya di majlis itu, beliau meminta setiap Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Petaling Jaya mengaktifkan semula Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi menurunkan indeks jenayah.
"Ada beberapa kawasan kejiranan tidak memberikan kerjasama yang baik kepada jiran-jiran sendiri sehinggakan tidak mampu untuk menubuh atau mengaktifkan pasukan ronda.

"Justeru itu, apabila berlaku jenayah kita tidak dapat membantu kerana perkara pokoknya ialah tiada penduduk yang menjadi telinga dan mata kepada pihak polis," katanya. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat