{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Kesihatan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Kesihatan


Hipoglisemia ancam penghidap diabetes

Posted:

Hipoglisemia ancam penghidap diabetes

Hipoglisemia ancam penghidap diabetes

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN
afzan.kasiman@kosmo.com.my

KURANG dua minggu lagi, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan Ramadan sekali gus melaksanakan rukun Islam ketiga iaitu berpuasa.

Pastinya, ramai yang berazam untuk berpuasa penuh.

Namun, lantaran isu kesihatan yang tidak mengizinkan, ada beberapa golongan yang diberi kelonggaran untuk tidak melaksanakan kewajipan tersebut.

Menurut Pakar Perunding Perubatan di Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, Dr. Wan Himratul Azliza Wan Harun, sesetengah individu berpenyakit kronik terutamanya penghidap diabetes, darah tinggi, kegagalan fungsi buah pinggang ataupun mengalami kecederaan fizikal serius masih tetap bersemangat dan nekad untuk berpuasa penuh seperti orang sihat.

"Tidak dinafikan, sungguhpun mempunyai keadaan kesihatan yang tidak begitu mengizinkan, mereka tetap ingin berpuasa walaupun sedar ada risiko lain yang menanti.

"Sebaiknya, menjelang Ramadan, mereka perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pandangan dan pemantauan sebelum mereka dibolehkan berpuasa.

Gejala

"Keadaan itu berlaku kerana golongan yang bergantung dengan ubat-ubatan boleh mengalami hipoglisemia.

"Hipoglisemia merupakan paras glukos darah yang menurun secara mendadak sehingga mengakibatkan kesan buruk dan mungkin memerlukan rawatan kecemasan," ujarnya.

Menurut Dr. Wan Himratul, walaupun bacaan gula selepas penurunan itu masih pada tahap normal iaitu antara 5 hingga 7 milimol/liter (mmol/l), namun penurunan yang drastik boleh menyebabkan hipoglisemia.

"Ramai yang beranggapan penghidap diabetes yang sinonim dengan kadar gula tinggi dalam darah tidak akan mengalami hipoglisemia.

"Pendapat itu silap sama sekali kerana pesakit diabetes adalah golongan yang paling besar mengalami masalah ini.

"Contohnya, apabila seorang pesakit diabetes dengan bacaan gula 13mmol/l berpuasa, jumlah pengambilan makanan yang diambilnya adalah terlalu sedikit. Keadaan ini menyebabkan paras gula dalam darahnya jatuh mendadak sehingga 8mmol/l.

"Walaupun bacaan 8mmol/l itu dianggap tinggi, namun penurunan paras gula secara mendadak boleh menyebabkan individu tersebut berdepan dengan simptom hipoglisemia yang boleh dirasai dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki.

"Antaranya ialah pening kepala, mengantuk, rasa lapar, jantung berdegup laju, badan berpeluh terlalu banyak, letih, gelisah, gementar, penglihatan kabur dan sendi menjadi lemah.

"Terdapat beberapa kes yang menunjukkan pesakit jatuh pengsan sehingga koma. Keadaan itu boleh membawa kematian.

"Disebabkan kesan hipoglisemia ini, penghidap diabetes perlu berjumpa dengan doktor dan mendapatkan bacaan gula yang optimal sebelum dibenarkan berpuasa," jelasnya.

Selain penghidap diabetes, individu yang menggunakan terlalu banyak insulin, makan terlalu sedikit, mengamalkan ubat diet, melakukan aktiviti berat tanpa mengambil karbohidrat serta peminum alkohol tegar juga boleh berdepan dengan masalah ini.

"Penggunaan ubat diet seakan-akan menjadi trend bagi wanita muda sekarang. Jika anda salah seorang daripadanya, nasihat saya, berhentilah mengambil apa jua ubat, pil, serbuk, minuman atau apa jua makanan yang bertujuan untuk menurunkan berat badan.

"Pada kebiasaannya, para pengguna ubat diet akan mengelak daripada mengambil sumber karbohidrat sedangkan 30 peratus daripada karbohidrat yang kita makan, akan disalurkan ke otak.

"Jika bekalan karbohidrat dalam tubuh tidak mencukupi, tubuh akan membakar simpanan gula dalam badan. Jika keadaan itu berterusan, bekalan gula akan menyusut dan tidak mampu menyalurkan karbohidrat ke otak. Keadaan ini menjadikan individu tersebut berisiko untuk mendapat hipoglisemia," kata Dr. Wan Himratul.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar