Berita Harian: Dunia
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Dunia |
Posted: 10 Jul 2013 02:53 PM PDT Beijing: Sekurang-kurangnya 52 orang terbunuh disebabkan banjir di barat China yang disifatkan terburuk dalam tempoh 50 tahun di beberapa kawasan dan menjejaskan lebih setengah juta penduduk. Banjir besar itu menyebabkan tanah runtuh yang menimbus 40 orang di satu kawasan meramalkan menyebabkan 12 lagi lemas di kawasan lain dan 12 pekerja lombong tertimbus apabila tempat kerja mereka runtuh. Tidak diketahui sama ada 40 orang yang tertimbus itu sempat diselamatkan di bandar Dujiangyan tetapi anggota penyelamat bersama anjing pengesan sudah berada di sana, kata pegawai kepada Xinhua. Lumpur runtuh dan banjir biasa melanda kawasan pergunungan China dan angka korban dilaporkan mencapai beratus-ratus orang setiap tahun. Kawasan hutan berkurangan Kawasan hutan yang semakin berkurangan juga menyebabkan hakisan berlaku lebih mudah dan menyebabkan tempat tertentu di China semakin biasa dilanda lumpur runtuh selepas hujan lebat. Gempa itu menyebabkan 90,000 penduduk terbunuh atau hilang. Bandar utamanya sudah lengang dan kawasan seluas 27 kilometer persegi dijadikan muzium dan tempat peringatan tragedi. Jambatan runtuh Banjir juga menjadi punca sebuah jambatan runtuh di daerah Panjiang yang berhampiran menyebabkan enam kenderaan dihanyutkan arus dan 12 orang hilang. Sejak Ahad lalu, banjir di Sichuan menjejaskan 508,000 orang dan merosakkan atau memusnahkan 300 kediaman selain memaksa 6,100 perpindahan kecemasan membabitkan 36,800 orang, lapor media. Tiga lagi jambatan turut runtuh kerana banjir di bandar Jiangyou dan Deyang, |
Posted: 10 Jul 2013 02:47 PM PDT Kaherah: Negara kaya di Teluk menjanjikan AS$8 bilion (RM24 bilion) untuk membantu pemimpin baru Mesir menstabilkan keadaan politik kurang seminggu selepas tentera menyingkirkan Presiden Mohamed Morsi. Ia menyusuli pelantikan pakar ekonomi, Hazem el-Beblawi sebagai Perdana Menteri dan Mohamed ElBaradei sebagai timbalannya.
Mesej itu menunjukkan sejauh mana kuatnya pemimpin tentera menggerakkan proses berkenaan meskipun pergerakan pembaharuan yang menyokong penyingkiran Morsi kini mengadu tidak diminta memberi pandangan mengenai dasar seterusnya. Ikhwanul Muslimin mengutuk pelan peralihan kuasa itu dan berikrar teruskan protes hingga Morsi mendapat semula kuasa. Tentera teruskan rancangan Pelantikan el-Beblawi, bagaimanapun, menunjukkan tentera juga berusaha meneruskan rancangannya sekalipun mencetuskan kemarahan dengan pembunuhan lebih 50 penyokong Morsi, Isnin lalu.
Dua negara itu yang menentang Morsi dan Ikhwanul Muslimin menyambut kejatuhan pemimpin itu dengan menawarkan AS$8 bilion dalam bentuk geran, pinjaman dan bantuan gas serta minyak. Berikutan itu, mereka menyekat sekutu Morsi, Qatar, sekutu Ikhwanul Muslimin daripada memberi bantuan kepada kerajaannya. Ketika Morsi memerintah, beliau dan pegawainya mengunjungi beberapa negara untuk meminta bantuan kewangan bagi menyekat penurunan berterusan mata wang dan defisit tetapi diberi sambutan dingin.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |