Utusan Online - Hiburan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Hiburan |
Black bakal umum tarikh nikah selepas raya Posted: 10 Jul 2013 01:21 AM PDT Oleh GARRET DAWUM BLACK... Bakal umum tarikh pernikahan dengan Chira Khairi, selepas Aidilfitri ini. - UTUSAN/JEFFRI IRAN KUALA LUMPUR 10 Julai - Penyanyi Black, 26, akan mengumumkan tarikh pernikahannya dengan Chira Khairi, 26, selepas raya ini. Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah berkata, pengumuman tersebut sepatutnya dimaklumkan pada 3 Julai lalu namun terpaksa ditunda selepas raya kerana beberapa masalah. "Saya agak terkilan juga sebab tidak dapat memaklumkan tarikh pernikahan seperti yang dijadualkan. Apa pun saya berharap masalah yang terjadi akan diselesaikan dengan kadar segera. "Buat masa sekarang 50 peratus persiapan sudah siap dilakukan oleh perancang perkahwinan, terutama dari segi rekaan konsep perkahwinan," katanya kepada Utusan Online di sini hari ini. Juara program Mentor musim ke tiga itu telah bertunang dengan Chira pada 26 Januari lalu. - UTUSAN ONLINE |
Posted: 09 Jul 2013 11:07 PM PDT Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI Mahu dikenali sebagai penyanyi versatil yang turut berkemampuan untuk berlakon dan berinteraksi dengan baik sewaktu di pentas. ORANGNYA cukup popular dan dikejar ramai perempuan, tetapi agak menghairankan apabila dalam usia 29 tahun dia masih sendirian. Tidak ada bayang-bayang mengatakan hati lelaki ini sudah dimiliki, jauh sekali bersedia untuk memiliki suri di hati. Kenapakah? Apakah terlalu sukar untuk dia memilih seorang wanita untuk dijadikan suri di hati atau terlalu memilih? Menurut Hazama, ada sebab kenapa dalam usia yang sudah hampir memasuki 30 dekad dia masih tidak mempunyai isteri. Hazama juga menegaskan buat waktu ini dia tidak mahu terlalu berfikir tentang persoalan jodoh dan perkahwinan kerana baginya, dia belum sesuai untuk bergelar suami dalam waktu terdekat. "Saya memang belum sedia untuk pikul tanggungjawab itu. Sungguhpun usia saya kini sudah mencecah 29 tahun, belum lagi layak untuk menjadi seorang suami dalam waktu terdekat ini. "Bagaimanapun ini bukan bermakna saya tidak pernah memikirkan soal berkahwin. Tetapi buat waktu ini saya mahu fokus untuk mengukuhkan karier seni terdahulu, soal nikah kahwin ini perlu ditangguhkan dahulu," katanya. Meskipun belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga, Hazama tidak menafikan yang dirinya kini sudah mempunyai kekasih hati. Secara jujur dia mengaku, seorang wanita kini telah bertakhta di hatinya dan mereka kini dalam fasa percintaan yang indah. Bercakap tentang Hazama, sebenarnya, juara Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9) ini adalah antara penyanyi yang mudah didekati dan tidak kurang kelakar orangnya. Namun dalam sifat yang terpuji itu,agak mengecewakan apabila dia juga dikaitkan sebagai seorang yang suka melebih-lebih ataupun dalam bahasa pasar yang digemari anak muda, seorang yang menjengkelkan. Hazama mengakui sebelum ini pernah mendengar cerita-cerita kurang manis seperti itu berhubung dirinya, tetapi tidak merasakan perbuatannya selama ini membolehkan dia tergolong dalam individu yang dibaca dalam bahasa slanga sebagai 'poyo'. "Banyak kali juga saya dengar orang mengatakan Hazama seorang yang 'poyo', tetapi secara jujur saya hanya menjadi diri saya dan bukannya mahu menjadi orang lain. "Tidak dinafikan mungkin ada segelintir masyarakat luar yang kurang menyenangi cara saya, tetapi secara individu itu adalah cara saya berkomunikasi dengan mereka, khususnya peminat-peminat. "Lagipun saya sertai bidang ini dengan tujuan untuk berhibur dan menghiburkan orang lain. Saya percaya, perlakuan saya selama ini lebih banyak mendatangkan hiburan yang elok berbanding yang negatif," katanya pada majlis pelancaran album sulungnya berjudul Penglipur Lara, baru-baru ini. Jelas Hazama lagi, mungkin sesetengah masyarakat mempunyai tanggapan yang salah terhadap dirinya berhubung perkara tersebut sebenarnya dia seorang individu yang mudah didekati. "Mungkin mereka beranggapan sedemikian kerana tidak pernah bersemuka dengan saya dan hanya mengetahui perihal saya daripada media-media massa sahaja. "Tetapi sekiranya mereka pernah bertemu dengan saya, mereka akan mengerti siapakah diri saya dan inilah cara saya berkomunikasi dengan peminat," katanya yang turut mengadakan sebuah konsert mini sewaktu melancarkan album barunya itu. Album Penglipur Lara sudahpun berada di pasaran sejak seminggu lalu dan memuatkan sekitar sembilan buah lagu bergenre pop-rock Melayu antaranya lagu-lagu seperti, Ulek Sayang, Dengarlah, Majnun, Akhir Ceritera dan Penglipur Lara. Mahu jadi penghibur serba boleh Bagi Hazama, selain menyanyi sudah tentu dia mahu menampilkan persembahan pentas secara langsung dengan begitu baik demi memuaskan hati peminat. Ternyata, perkara tersebut sedang diusahakan oleh anak muda kelahiran Ipoh, Perak ini agar dia dapat memberikan yang terbaik bukan sahaja buat peminatnya, tetapi juga buat dirinya sendiri. "Selama tujuh tahun saya berusaha untuk menapak dalam industri ini, dan kini setelah mendapat peluang tersebut, saya mahu memberikan yang terbaik. "Terbaik yang saya maksudkan di sini bukan hanya sekadar bernyanyi, tetapi juga sewaktu berkomunikasi. "Ini kerana saya bercita-cita mahu menjadi seorang penyanyi yang versatil, yang akan meninggalkan kenangan manis kepada peminat yang hadir menyaksikan persembahan saya," katanya lagi. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |