{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Tahanan lolos dari mahkamah dipercayai masih berada di Pulau Pinang

Posted: 19 Jul 2013 03:03 AM PDT

GEORGETOWN: Polis percaya warga emas yang meloloskan diri dari Mahkamah Majistret di sini Selasa lalu masih berada di negeri ini dan operasi mengesannya giat dijalankan.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Abdul Rashid Abdul Rahman, 61, supaya menghubungi Bilik Gerakan Polis Daerah Timur Laut di talian 04-2282222.

Pihak polis juga sedang berhubung dengan ahli keluarganya di Gelugor di sini.

"Kami yakin suspek akan ditahan dalam tempoh terdekat," katanya kepada Bernama.

Abdul Rashid yang direman mengikut Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya 1952 meloloskan diri dari sel tahanan mahkamah ketika proses membebaskan seorang lagi tahanan sedang berjalan.

- BERNAMA

Iskandar Malaysia dijangka terima peningkatan pelaburan asing

Posted: 19 Jul 2013 02:34 AM PDT

JOHOR BAHRU: Pelaburan asing di Iskandar Malaysia dijangka meningkat, terutama dari Indonesia dan Singapura, berikutan promosi yang giat dilakukan oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) ke negara terbabit.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Ismail Ibrahim, berkata sejak kebelakangan ini IRDA sendiri banyak melakukan kunjungan ke Indonesia, khususnya ke Surabaya, Semarang dan Jakarta, bagi mempromsi wilayah berkenaan.

"Kita berharap dapat perhatian peniaga Indonesia yang ingin mengembangkan perniagaan dan seterusnya melabur di wilayah itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Bagi pelaburan dari Indonesia, beliau berkata IRDA menggalakkan pelaburan khusus dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan seperti pelancongan, pendidikan dan kesihatan.

Selain dua negara berkenaan itu, tumpuan menarik pelabur dari negara maju seperti Jepun dan Korea yang dilihat turut menunjukkan minat untuk menanam modal di Iskandar Malaysia, turut dilakukan.

"Jepun dan Korea serta negara maju yang lain sentiasa berminat melabur dalam sektor pembuatan serta perkhidmatan, dan kita juga mempunyai perancangan masa panjang untuk itu," katanya.

Ismail berkata, pelabur yang berminat melabur di wilayah itu digalakkan mengguna teknologi tinggi selain tenaga kerja profesional dan berkemahiran tinggi, terutama dalam sektor pembuatan.
Iskandar Malaysia setakat ini berjaya memperoleh RM7.56 bilion pelaburan baru pada suku kedua 2013 berbanding RM5 bilion pada suku pertama tahun ini.

Ia menjadikan pelaburan komited terkumpul sejak 2006 hingga akhir bulan lalu mencecah RM118.93 bilion.

- BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat