Harian Metro: Setempat
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Setempat |
Posted: 18 Jul 2013 11:40 AM PDT Kuala Lumpur: Berbekalkan kunci pendua kereta keluaran Proton dan Perodua, satu sindiket dikenali Geng Awe Kelate akan mengumpil kereta yang menjadi sasaran melalui pintu belakang sebelum menghidupkan enjin menggunakan kunci itu dan terus melarikan diri. Malah, kereta yang berjaya dilarikan itu akan terus dibawa ke Kelantan sebelum mereka meleraikan komponen kenderaan itu untuk dijual sebagai alat ganti terpakai. Bagaimanapun, taktik tiga lelaki berusia 26 dan 35 tahun itu tumpas selepas kelekaan mereka mengumpil sebuah kereta Proton Wira di tempat letak kereta sebuah kondominium di Taman Melati, di sini disedari anggota polis yang sedang melakukan rondaan, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, anggota terbabit bertindak memaklumkan kejadian itu kepada anggota lain sebelum bertindak mengepung kawasan berkenaan dan menahan suspek.
TIGA lelaki ditangkap selepas cuba melarikan kereta. DADAH turut dijumpai dalam kenderaan suspek. "Seorang lagi lelaki berusia 30 tahun yang ditahan di dalam keretanya pula tidak mempunyai rekod jenayah lampau, namun dia dipercayai pengedar dadah manakala teman wanitanya yang juga remaja berusia 18 tahun, tiada rekod jenayah" katanya.
"Siasatan lanjut turut merampas enam batang tiup lut sinar ketulan kristal dengan anggaran berat 2.14 gram, dua paket lut sinar ketulan kristal anggaran berat 0.58 gram dan 5.67 gram dan 50 papan dadah jenis Eramin 5 berjumlah 500 biji.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |