{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Harga saham dijangka mendatar minggu depan

Posted: 19 Jul 2013 09:03 PM PDT

KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia dijangka mendatar minggu depan berdasarkan kedudukan lebihan belian semasa yang akan mencetuskan aktiviti pengambilan untung.

Keputusan mesyuarat Menteri-menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat G20 selama dua hari di Moscow, mulai Jumaat, dijangka memberi tekanan kepada sentimen pasaran.

Mesyuarat itu dijangka memberi tumpuan terhadap sumber pelaburan dalam pertumbuhan ekonomi, ketelusan percukaian, dasar perniagaan dan reformasi Dana Kewangan Antarabangsa serta langkah-langkah monetari bagi menyokong ekonomi.

Penganalisis RHB Research Institute Technical, Mohammad Ashraf Abu Bakar, berkata indeks perlu melepas halangan 1,800.

"Jika gagal, bursa tempatan mungkin tidak banyak bergerak," katanya.

Sementara itu, Ketua Penyelidik Mercury Securities Edmund Tham berkata pergerakan bursa tempatan minggu depan bergantung kepada prestasi Wall Street.

Bursa tempatan ditutup pada paras tertinggi baharu pada 1,797.74 mata pada Jumaat berikutan belian kukuh daripada pelabur runcit dan institusi.
Kaunter kewangan terus menaikkan indeks ke wilayah positif manakala kaunter-kaunter perladangan terjejas akibat penurunan harga minyak sawit mentah.

Berdasarkan perbandingan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI ditutup 12.09 mata lebih tinggi pada 1,797.74 berbanding 1,785.65 mata Jumaat sebelumnya.

Indeks Kewangan melonjak 338.6 mata kepada 17,260.75, Indeks Perusahaan menokok 38.19 mata kepada 3,045.96 namun Indeks Perladangan susut 100.85 mata kepada 8,417.93.

Indeks FBM Emas meningkat 117.91 mata kepada 12,543.22, Indeks FBMT100 melonjak 102.65 mata kepada 12,274.78, Indeks FBM Mid 70 meningkat 203.36 mata kepada 14,455.62 dan Indeks FBM Ace menokok 223.87 mata kepada 4,993.86.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 7.518 bilion saham bernilai RM11.102 bilion berbanding 6.47 bilion saham bernilai RM8.74 bilion minggu lepas.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 6.385 bilion unit bernilai RM10.823 bilion berbanding 5.23 bilion unit bernilai RM8.57 bilion, yang direkodkan sebelumnya.

Waran melonjak kepada 361.269 juta saham bernilai RM62.869 juta berbanding 122.51 juta saham bernilai RM16.84 juta diurusniagakan minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut 760.091 juta unit bernilai RM210.674 juta berbanding 1.11 bilion unit bernilai RM151.89 juta sebelumnya. - BERNAMA

Ringgit dijangka terus lemah berbanding dolar AS minggu depan

Posted: 19 Jul 2013 09:01 PM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka terus lemah minggu depan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Ini kerana mata wang AS itu kemungkinan mengukuh terutamanya dengan tinjauan ekonomi negara berkenaan yang telah bertambah baik, kata peniaga.

Unit tempatan kemungkinan turun hingga ke bawah paras 3.20 untuk setiap dolar AS dengan jangkaan yang Amerika Syarikat akan mengurangkan program pembelian bon lewat tahun ini.

Bagaimanapun, para peniaga percaya yang kemungkinan ada perubahan rancangan bergantung kepada situasi ekonomi di negara itu.

Untuk minggu baru berakhir, mata wang tempatan merosot kepada 3.1910/1940 berbanding dolar AS daripada 3.1775/1785 Jumaat lepas seiring dengan kelemahan mata wang Asia yang lain.

Bagaimanapun, ringgit mengukuh berbanding yen kepada 3.1818/1864 daripada 3.2053/2090 Jumaat lepas.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.5201/5235 daripada 2.5125/5156 sebelumnya, lega berbanding pound Britain kepada 4.8666/8724 berbanding 4.8052/8107 dan lebih rendah berbanding euro kepada 4.1834/1880 daripada 4.1402/1451 Jumaat lepas. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat