Harian Metro: Setempat
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Setempat |
Posted: 19 Jul 2013 12:32 PM PDT Shah Alam: Seorang wanita penganut agama Kristian akhirnya terbuka hati untuk mengucap dua kalimah syahadah selepas sekian lama memendam perasaan berbuat demikian hanya selepas 30 minit menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) rakan yang memaklumkan dia sudah memeluk Islam. Beneda Dayabil Bontuyan, 41, dari Filipina berkata, niatnya untuk memeluk Islam dipendam sejak 2006, tetapi belum bersedia menukar agama sehinggalah jiwanya berasa kosong sejurus mengetahui rakannya itu sudah mengucap dua kalimah syahadah.
"Ketika di Dubai pada 2006, saya pernah pergi ke sebuah masjid di situ untuk mengucapkan dua kalimah syahadah, tetapi saya tangguhkan.
BENEDA (tengah) dipeluk jemaah wanita sebaik mengucap dua kalimah syahadah, semalam. Beneda berkata, dia memilih Nurul Hidayah sebagai nama Islamnya kerana bersesuaian dengan maksudnya iaitu cahaya petunjuk. "Saya anggap ini petunjuk Allah. Tidak pernah saya rasa setenang ini tatkala menyebut nama sang pencinta alam, Allah," katanya.
Katanya, pengetahuan dan pengamalan asas mengenai Islam seperti fardu ain, mandi wajib, berwuduk dan menunaikan solat lima waktu akan diberikan penekanan. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/20 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |