Berita Harian: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Mutakhir |
Pemantauan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan ditingkatkan Posted: 27 Jul 2013 02:03 AM PDT BENTONG: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) akan meningkatkan pemantauan di premis perniagaan di negeri ini sepanjang 17 hari tempoh pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan ini. Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Pahang, Datuk Shahiruddin Ab Moin, berkata setakat ini harga barangan di negeri ini dilihat berada pada paras memuaskan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau skim kawalan harga musim perayaan Hari Raya Aidilfitri 2013 di sekitar Bentong di sini. Shahiruddin berkata, sejak skim itu dikuatkuasakan semalam, tiga peniaga dikenakan kompaun iaitu dua daripadanya kerana tidak meletakkan tanda harga manakala seorang lagi menjual barang kawalan melebihi harga siling. Dalam perkembangan lain, beliau berkata bekalan bahan api iaitu diesel dan petrol di Pahang dijamin mencukupi dan meminta orang ramai supaya tidak mudah panik berhubung kononnya akan berlaku kekurangan bahan itu pada musim perayaan nanti. - BERNAMA |
Pemilihan MT UMNO bakal jadikan parti lebih terbuka, demokratik, inklusif - Najib Posted: 27 Jul 2013 01:36 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemilihan ahli Majlis Tertinggi UMNO yang berdasarkan perlembagaan baru parti bakal menjadikan UMNO lebih terbuka, demokratik dan inklusif, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO berkata demikian dalam posting terbarunya di laman Facebook, sebentar tadi. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |