{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Sanggup terima kekalahan antara asas sistem demokrasi: Tun Mahathir

Posted: 06 Jul 2013 02:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata asas kejayaan sistem demokrasi, antara lain, perlu merangkumi aspek kesanggupan menerima kekalahan, bukan kemenangan semata-mata.

Merujuk kepada penggulingan pemimpin Mesir oleh pihak tentera dan protes besar-besaran di negara itu, Dr Mahathir berkata, ia tidak harus berlaku kepada sebuah kerajaan yang dipilih melalui sistem demokrasi seperti di Mesir.

"Dalam kerajaan demokratik ada pemilihan, ada menang dan kalah, kalau kalah tak nak terima kekalahan, lepas itu buat angkara cuba jatuhkan kerajaan yang dipilih majoriti rakyat melalui aktivis demonstrasi, maka tidak ada demokrasi," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Biasiswa Tun Dr Mahathir-Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) sempena majlis Konvokesyen Kesembilan Kolej Teknologi YPC-iTweb di sini, hari ini.

Menegaskan nilai yang sama perlu diguna pakai di negara ini, Tun Mahathir mempersoal dakwaan pembangkang kononnya sistem pilihan raya negara ini tidak telus.

"Kalau di negara yang betul-betul menipu, kita dapati parti kerajaan akan menang 99 peratus tapi di Malaysia tidak pernah berlaku macam itu.

"Setiap kali pilihan raya umum (PRU), parti lawan tetap akan dapat kemenangan...kalau nak tipu takkan nak bagi lima negeri kalah (seperti) sebelum ini," kata Tun Mahathir yang merujuk kepada keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 2008.

Mengulas lanjut, beliau berkata: "Barisan Nasional (BN) terima tempat (kerusi) dia kalah, parti lawan tak nak terima, nak terima bila dia menang sahaja.

"Ini tak faham demokrasi, kalau kalah tunggu la sampai PRU satu lagi," katanya pada majlis yang turut dihadiri isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Pengerusi Kolej Teknologi YPC-iTweb, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Mengulas calon sesuai yang patut diletakkan BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Terengganu pada 24 Julai ini, Tun Mahathir berkata, individu berkenaan perlu dipilih dengan bijak dan diterima masyarakat setempat.

"Kalau pilih adik-beradik, kroni, orang yang...semua orang tau tak popular, kalahlah," katanya.

Dalam pada itu, Syed Ali berkata, biasiswa itu akan dianugerahkan kepada 300 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah setiap tahun untuk mengikuti kursus asasi di Kolej Teknologi YPC-iTweb di Cheras.

Majlis hari ini menyaksikan 338 pelajar kolej berkenaan menerima diploma dan ijazah dalam pelbagai bidang pengajian. - BERNAMA

88 keluarga mangsa kebakaran di Kampung Datu dapat rumah sementara sempena Ramadan

Posted: 06 Jul 2013 01:53 AM PDT

SIBU: Sebanyak 88 keluarga yang hilang tempat kediaman dalam kebakaran di Kampung Datu di sini bulan lepas berpeluang menjalani ibadat puasa dalam keadaan selesa Ramadan ini kerana mendapat rumah sementara.

Daripada jumlah itu, 68 keluarga menerima kunci bagi rumah masing-masing di

Rumah Pangsa Perbadanan Pembangunan Perumahan di SibuJaya, kira-kira 27 kilometer (km) dari sini, manakala selebihnya akan tinggal di rumah pangsa serupa di Rantau Panjang, kira-kira 48km dari sini. Menteri Perumahan negeri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg menyerahkan kunci

kepada 88 keluarga terbabit pada satu majlis hari ini.

Selepas berlaku kebakaran yang memusnahkan 60 rumah pada 19 Jun itu, mangsa
ditempatkan sementara di SK Lakis.

Bercakap kepada pemberita sebelum majlis itu, Abang Johari berkata, 88
keluarga terbabit dijangka tinggal di rumah pangsa berkenaan selama dua tahun. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat