{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Nasional

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Nasional


Dua ugutan bunuh

Posted: 25 Jul 2013 03:32 PM PDT

Isu makan di bilik persalinan: Guru Besar buat laporan polis bimbang keselamatan diri, keluarga

Sungai Buloh: Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana (SKSP), Mohamad Nasir Mohd Noor membuat laporan polis selepas menerima dua ugutan bunuh, dipercayai berkaitan isu penggunaan bilik persalinan dijadikan kantin sementara di sekolah berkenaan.

Laporan dibuat di Balai Polis Saujana Utama, di sini pagi semalam.

Mohamad Nasir memberitahu BH beliau menerima dua ugutan bunuh oleh individu tidak dikenali selain dikecam dengan kata-kata kesat di laman sosial yang mengganggu emosinya dan keluarga.

"Laporan polis dibuat demi keselamatan saya dan keluarga. Malah, orang ramai turut menghukum saya melalui laman sosial berdasarkan maklumat yang tidak benar.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Dasar Pandang Ke Timur diperluas

Posted: 25 Jul 2013 03:27 PM PDT

Putrajaya: Malaysia dan Jepun sepakat memperkukuhkan hubungan dua hala menerusi gelombang kedua Dasar Pandang Ke Timur (DPT), yang menyaksikan kejayaan pelbagai usaha sama antara kedua-dua negara sejak 30 tahun lalu.

Datuk Seri Najib Razak berkata, gelombang kedua itu tidak wajar terhad kepada latihan dan pendidikan, sebaliknya perlu lebih berdaya maju dengan tumpuan berasaskan kepada keutamaan serta perubahan struktur ekonomi semasa.

Perdana Menteri dalam kenyataan bersama selepas pertemuan tertutup dengan rakan sejawatnya dari Jepun, Shinzo Abe berkata, gelombang kedua itu akan diselaraskan supaya serasi dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilaksanakan Malaysia sekarang.
Gelombang kedua itu diselaraskan supaya serasi dengan ETP yang dilaksanakan Malaysia sekarang" Najib Razak, Perdana Menteri

"Dalam ETP kita tumpukan pada kawasan strategik dan berharap bantuan Jepun, terutama dalam bidang teknologi hijau, sistem pelupusan sisa pepejal, rawatan air dan kereta api berkelajuan tinggi.

"Tunjang utama DPT ialah Institut Teknologi Malaysia-Jepun (MJIT) di Kuala Lumpur. Ini kita akan teruskan, rakan sejawatan saya dari Jepun bersetuju menghantar lebih ramai pelajar Jepun belajar di sini dan kita juga akan terus hantar pelajar ke Jepun terutama dalam jurusan sains dan teknologi.

"Rundingan hari ini (semalam) turut membabitkan pelbagai perkara berkaitan hubungan dua hala kita yang sudah terjalin lebih 50 tahun dan kini akan bertambah kukuh menerusi gelombang kedua ini," katanya ketika membacakan kenyataan bersama dengan Abe di sini, semalam.

Terdahulu, Abe, yang mengadakan lawatan rasmi dua hari ke negara ini diberi sambutan rasmi di Dataran Bangunan Perdana Putra di sini. Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri Kabinet.
Sempena pertemuan mereka, kedua-dua pemimpin turut menyaksikan majlis menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) termasuk antara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Japan Bank for International Cooperation (JBIC) berhubung pengeluaran bon Samurai.

MoU kedua adalah antara 1MDB dan Toshiba Corporation bagi meneroka peluang rawatan barah.

Abe turut diraikan pada majlis makan malam dihoskan Najib di Sri Perdana, malam tadi.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat