{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Rencana Utama


Penghafaz kitab suci pilihan Allah

Posted:

Penghafaz kitab suci pilihan Allah

Penghafaz kitab suci pilihan Allah

PADA usia 11 tahun, Dr. Masyitah Musa sudah menunjukkan minat untuk menjadi hafizah Quran. Perasaan itu muncul dalam dirinya lantaran melihat kesungguhan abangnya, Muhammad Arif menghafaz kitab suci tersebut.

Muhammad Arif yang berusia 14 tahun ketika itu, mengikuti pengajian tahfiz di sebuah sekolah pondok di Kelantan.

Justeru, Masyitah mula menyuarakan keinginan untuk berbuat demikian kepada kedua-dua ibu bapanya. Namun, niat anak keempat daripada tujuh beradik itu pada awalnya kurang dipersetujui si ayah.

Ini kerana Masyitah merupakan anak perempuan dan ayahnya bimbang dia tidak dapat menyesuaikan diri apabila dihantar ke sekolah pondok bersama abangnya kelak. Tetapi, melihat semangat yang dipamerkan anak gadisnya, si ayah akhirnya akur.

"Saya kemudian dihantar ke tempat abang belajar iaitu di Sekolah Maahad Tahfiz Antarabangsa Al-Imam, Kubang Kerian, Kelantan. Saya berada di sana selama dua tahun setengah. Pembelajaran hanya fokus kepada hafazan al-Quran sepenuhnya, namun ada juga subjek teras disediakan.

"Walaupun kemudahan asrama di sekolah tersebut kurang sempurna, namun saya tidak mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri. Apa yang dihidangkan, saya makan seadanya. Alhamdulillah, pada usia 13 tahun, saya berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran," ujar Masyitah yang kini bertugas sebagai Pegawai Perubatan Siswazah di Hospital Melaka ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Sebaik menamatkan pengajian di tahfiz, Masyitah bercita-cita pula untuk menjadi seorang doktor. Ini kerana beliau teruja selepas melihat isteri mudirnya di sekolah itu juga seorang doktor.


PELAJAR Maahad Tahfiz Tahsin al-Quran yang diasaskan Muhammad Nasir menghafaz al-Quran secara berkumpulan.


Ingatan lebih kuat

Maka, pada usia 14 tahun, beliau mendaftar di sebuah sekolah swasta iaitu Sekolah Islam Aman di daerah yang sama. Kesungguhannya belajar sendiri di samping mengikuti kelas tuisyen membolehkan Masyitah memperoleh keputusan 7A, 2B dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Begitu juga ketika menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Imtiaz Dungun, Masyitah berjaya mendapat keputusan cemerlang 8A, 4B sekali gus membolehkannya mengikuti pengajian di matrikulasi. Setahun kemudian, beliau menyambung pelajaran dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan, bidang yang pernah diimpikan sewaktu awal remaja.

Bagaimanapun, dalam kesibukannya belajar akademik, beliau tidak pernah lupa untuk mengulang bacaan atau disebut murajaah antara satu ke dua juzuk setiap hari. Perkara itu sentiasa dilakukan sehingga kini, walaupun kerjaya sebagai doktor dipenuhi tekanan tersendiri.

"Bagi saya, antara kelebihan menghafaz al-Quran ialah mampu menjadikan ingatan kita lebih kuat. Maka, apabila kita belajar subjek akademik, ia menjadi lebih mudah untuk dikuasai," kata Masyitah yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan Shaiful Hisham Sharuddin, 31, pada Februari lalu.

Namun, pasangan itu terpaksa hidup berjauhan kerana Shaiful Hisham bertugas sebagai pegawai kewangan di Bank al-Bilad di Riyadh, Arab Saudi sejak lebih dua tahun lalu.

Ketika temu bual ini dilakukan, kebetulan suami Masyitah berada di tanah air kerana pulang bercuti. Apabila ditanya perasaan beristerikan seorang hafizah Quran, beliau pantas menjawab: "Rasa bangga, tetapi dalam masa yang sama rasa tercabar kerana kelebihan yang dimiliki isteri. Apa pun, saya bersyukur atas kurniaan Allah pada isteri tersayang."


KELUARGA besar Raja Aishah bergambar sewaktu perkahwinan Masyitah pada Februari lalu. Daripada tujuh anaknya, empat merupakan hafiz dan hafizah Quran.


Rasa syukur

Bagi wanita yang telah mengandungkan Masyitah selama sembilan bulan 10 hari, tiada apa yang mampu diungkapkan melainkan rasa syukur yang tidak putus-putus pada Ilahi kerana mengizinkannya mengecapi nikmat tersebut.

Menurut Raja Aishah Raja Adnan, 54, sebelum berkahwin lagi, beliau sudah pun memasang niat untuk menjadikan anak-anaknya yang akan dilahirkan sebagai hafiz Quran.

"Subhanallah, segala puji hanya bagi Allah. Tujuh zuriat lahir daripada rahim saya ini, empat daripadanya iaitu dua lelaki dan dua perempuan berjaya menjadi hafiz dan hafizah Quran. Ia merupakan satu anugerah Allah Yang Maha Besar kepada saya dan suami.

"Niat saya hanya satu, untuk menyelamatkan anak-anak daripada terjerumus dalam perkara yang tidak baik. Ini kerana apabila kita sentiasa menerapkan anak-anak dengan al-Quran, ia mampu membentuk peribadi dan akhlak mereka," tutur Raja Aishah yang telah banyak berkorban dalam usaha menjadikan anak-anaknya hafiz dan hafizah Quran.

Menurut Masyitah, ibunya sanggup menetap di Kubang Kerian selama setahun bagi memastikan keperluan mereka dua beradik sepanjang berada di tahfiz ketika itu mencukupi.

Malah, ketika melihat keadaan tandas dan lantai asrama yang agak kotor, Raja Aishah sanggup mencucinya untuk keselesaan anak-anak dan rakan-rakan mereka.

"Tanpa pengorbanan ibu dan ayah, mungkin saya dan adik-beradik yang lain tidak berada di tempat sekarang. Bukan sahaja wang ringgit, tetapi masa dan tenaga juga sanggup dikorbankan semata-mata untuk kejayaan kami," terang Masyitah mengagumi ketabahan si ibu.

Ironinya, al-Quran diturunkan sebagai pedoman buat seluruh umat Islam, namun bukan semua orang mampu menghafaz kitab suci tersebut.


DI Gua Hira' inilah Rasulullah SAW menerima wahyu pertama berupa ayat-ayat al-Quran iaitu kalimah Iqra' yang bermaksud 'Bacalah' melalui perantaraan Jibril a.s.


Manusia pilihan

Perkara ini diakui oleh Ustaz Muhammad Nasir Rustam al-Hafiz, 40, pengasas Madrasah Tahfiz Tahsin al-Quran di Puchong, Selangor. Menurut beliau, mereka yang berjaya menghafaz al-Quran hakikatnya tergolong sebagai manusia pilihan Allah.

Seperti sabda Rasulullah SAW: 'Orang yang paling baik antara kalian adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.'

"Justeru, nikmat tersebut perlu disyukuri para hafiz dan hafizah Quran. Di samping itu, fadilat orang yang belajar dalam bidang tahfiz dan menghafaz al-Quran sangat besar.

"Antaranya ibu bapa yang hantar anak-anak belajar tahfiz, rezekinya akan dimurahkan Allah. Kasih sayang Allah terserlah melalui hubungan keluarga yang baik.

"Di akhirat kelak, Allah akan memakaikan mahkota untuk kedua-dua ibu bapa penghafaz Quran. Paling utama mereka boleh memberi syafaat untuk menyelamatkan ahli keluarganya pada hari timbangan amal di hadapan Tuhan Yang Satu," ungkap Muhammad Nasir yang berjaya khatam menghafaz 30 juzuk Quran pada usia 12 tahun.

Populariti nasyidnaik sekali ganda

Posted:

Populariti nasyidnaik sekali ganda

Populariti nasyidnaik sekali ganda

RAMADAN merupakan bulan yang amat dinanti-nantikan umat Islam. Dalam bulan mulia inilah juga populariti irama nasyid dan lagu ketuhanan meningkat sekali ganda berbanding bulan yang lain.

Buktinya, banyak stesen televisyen dan radio memberi lebih ruang untuk irama nasyid berkumandang.

Bahkan kebanyakan kumpulan nasyid dan penyanyi lagu ketuhanan turut melancarkan album terbaharu pada bulan Ramadan.

Persoalannya, adakah irama nasyid dan lagu ketuhanan hanya popular pada bulan Ramadan?

Bertambah sibuk - Azadan Rabbani

Menurut Azadan Abdul Aziz yang merupakan anggota kumpulan nasyid Rabbani, tidak dinafikan sepanjang Ramadan ini jadual seni mereka lebih sibuk berbanding bulan lain.

Namun, itu tidak bermakna mereka hanya popular pada bulan Ramadan, sebaliknya kumpulan Rabbani sibuk sepanjang tahun.

"Kalau hendak diikutkan pengalaman sepanjang 17 tahun bersama Rabbani, kumpulan kami bukan popular ikut musim.

"Karya kami diterima sepanjang tahun cuma pada bulan Ramadan jadual kami cukup meriah dengan persembahan pentas," katanya.

Tambah Azadan, faktor tersebut dibantu oleh peranan pihak media yang memberi lebih ruang kepada penyanyi nasyid pada bulan penuh berkat ini.

"Bagi saya, bukan penyanyi nasyid sahaja yang sibuk. Penyanyi genre lain pun tidak menang tangan melayan permintaan peminat. Saya melihat publisiti meluas yang diberikan oleh media secara tidak langsung meningkatkan populariti kami," ujarnya.

Ceritanya lagi tentang kumpulan nasyid yang dianggotai lapan orang ahli itu, Rabbani juga mendapat tawaran persembahan pada Minggu Setiausaha, Hari Ibu dan pelbagai acara lain.


RAIHAN merupakan kumpulan nasyid yang memiliki pengaruh dan aura yang hebat.


Cuma, perhatian yang diberikan khalayak agak kurang pada waktu itu.

"Apabila tiba sahaja Ramadan, orang akan ingat kumpulan nasyid. Pihak hotel, media dan peminat muzik mula mencari kami. Maknanya, perhatian yang diberikan agak luar biasa.

"Saya tidak ada sebarang masalah dengan perhatian itu, kami bersyukur kerana rezeki untuk kami sentiasa ada sehingga ada waktunya kami terpaksa menolak tawaran kerana jadual yang sangat padat," katanya yang turut memberitahu bahawa Rabbani bakal muncul dengan album baharu pada Aidiladha tahun ini.

Bulan orang berbuat baik- Isman Hijjaz

Isman Nadim Isam, anggota kumpulan nasyid terkenal, Hijjaz, tidak bersetuju apabila dikatakan irama nasyid popular pada bulan Ramadan sahaja.

Katanya, pada bulan penuh keberkatan ini ramai orang membuat kebajikan dan apabila mereka ingin melakukan sesuatu yang baik, apa yang nampak seiring dengan hala tuju itu ialah irama nasyid.

"Nasyid tidak popular pada bulan Ramadan sahaja. Namun, apabila tiba Ramadan iaitu bulan orang berbuat lebih kebajikan, orang akan nampak kami kumpulan nasyid.

"Penyanyi genre lain pun menyanyi juga pada bulan Ramadan tetapi mereka memilih menyanyikan lagu nasyid atau ketuhanan dalam persembahan mereka. Secara tidak langsung, irama nasyid menjadi popular," katanya.

Menurutnya lagi, Hijjaz turut sibuk pada bulan yang lain, cuma persembahan mereka pada bukan bulan Ramadan tidak diuar-uarkan oleh pihak media.

"Kami sangat sibuk pada bulan yang lain tetapi tidak ada cerita, jadi orang ramai tidak tahu. Kesibukan jadual menyebabkan kami terpaksa melancarkan album terbaharu sehari sebelum Ramadan baru-baru ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Isman membawa perkhabaran bahawa Hijjaz kini muncul dengan album ke-17 berjudul Janji selepas tiga tahun tidak menghasilkan album baharu.

"Sebenarnya boleh sahaja lancarkan album pada bila-bila masa, mungkin berkat Ramadan, publisiti serta respons yang diterima sangat positif. Ramai yang tidak tahu sebenarnya kumpulan kami ditubuhkan pada 10 Januari 1997 bersamaan dengan 1 Ramadan.

"Jadi apabila kami muncul dengan album ke-17 pada usia 17 tahun pembabitan Hijjaz dalam industri muzik, Ramadan kali ini sangat bermakna buat kami," ujarnya.

Bulan dekatkan diri dengan Allah- Hazamin In-Team

Pendapat yang sama turut dikongsi anggota kumpulan In-Team, Hazamin Harun yang menegaskan bahawa nasyid merupakan irama yang malar segar. Ia mempunyai peminat tegar sendiri.

"Pada bulan yang lain pun irama nasyid sentiasa mempunyai peminat, cuma permintaan itu lebih sedikit menjelang Ramadan.

"Tidak dinafikan juga publisiti yang diberikan membantu meningkatkan populariti kami," jelasnya.


JADUAL seni Rabbani lebih sibuk sepanjang Ramadan berbanding bulan lain.


Kumpulan In-Team yang muncul dengan album terbaharu, Iman dan Aman seminggu sebelum Ramadan lalu mengatakan, mengikut tradisi, mereka tidak pernah mengeluarkan album pada bulan Ramadan.

"Sebenarnya, kami langsung tidak pernah mengeluarkan album pada bulan Ramadan. Itu membuktikan kami tidak popular pada bulan Ramadan sahaja.

"Bezanya, tahun ini kami memilih mengeluarkan album beberapa hari sebelum Ramadan. Ini kerana sasaran kami pada bulan Ramadan ialah mempromosikan album ke seluruh negara.

"Bagi saya, sepanjang Ramadan orang ramai lebih mengutamakan keperluan dan kelengkapan raya daripada membeli sebuah album.

"Cuma jiwa mereka lebih dekat dengan Allah, jadi secara tidak langsung membantu mendekatkan muzik kami dengan pendengar dan memudahkan kerja-kerja promosi album," katanya.

Tambahnya, In-Team kekal bertahan sehingga ke hari ini atas sokongan peminat tegar kumpulan itu yang diberi nama Komuniti Teman In-Team.

"Faktor kumpulan kami kekal hidup meskipun kami ditubuhkan ketika zaman belajar di universiti dahulu ialah disebabkan peminat. Kami mempunyai peminat akar umbi yang kuat, mereka menyokong kami sejak zaman belajar sehingga ke hari ini.

"Oleh itu, kami tidak perlu risau kerana permintaan terhadap muzik kami sentiasa ada tanpa mengikut musim.

"Lagu kerohanian sentiasa diperlukan dan alhamdulillah selepas sebulan dipasarkan, album terbaharu kami telah terjual sebanyak 4,000 unit dan kini dalam proses cetakan kali kedua," balasnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat