{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Nasional

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Nasional


Bapa minta tangkap 'Si Tanggang'

Posted: 28 Jul 2013 03:55 PM PDT

Ingkar perintah mahkamah bayar nafkah ibu bapa, anak

Kuala Terengganu: Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam, mengeluarkan waran tangkap terhadap pengurus syarikat cari gali minyak, Nasrun Mustafa, 40, kerana gagal membayar nafkah kepada ibu bapa dan dua anaknya.

Hakim Syarie, Rosdi Harun, mengeluarkan waran tangkap itu selepas meluluskan permohonan bapa Nasrun, Mustafa Ismail, 67, atas alasan anaknya gagal melaksanakan perintah mahkamah sama untuk nafkah dan perbelanjaan yang dibuat pada 28 Ogos lalu.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Pemandu bas ekspres wajib uji air kencing

Posted: 28 Jul 2013 03:50 PM PDT

Batu Pahat: Semua pemandu bas ekspres diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan termasuk saringan air kencing sebelum memulakan perjalanan mereka menjelang Aidilfitri ini.

Selain itu, pemeriksaan ke atas bas ekspres yang akan membuat perjalanan pada musim perayaan ini akan turut dilakukan bagi mengurangkan risiko kemalangan.

Malah latar belakang pemandu bas ekspres juga akan diambil kira bagi memastikan hanya mereka dengan mempunyai rekod bersih dibenar membawa bas sepanjang musim perayaan ini.
Pemeriksaan lebih ketat dan bersepadu, termasuk kesihatan pemandu bas serta keselamatan bas ekspres akan mula dilakukan mulai minggu depan." Datuk Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi, berkata langkah lebih ketat itu dibuat bagi memastikan keselamatan ribuan penumpang bas ekspres lebih terjamin pada musim perayaan.

Katanya, pemeriksaan itu akan dilakukan di semua terminal bas utama seluruh negara dan di lokasi terpilih secara rambang.

"Pemeriksaan lebih ketat dan bersepadu, termasuk kesihatan pemandu bas serta keselamatan bas ekspres mula dilakukan mulai minggu depan sebelum ribuan penumpang mula pulang ke kampung.

"Pemeriksaan akan dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)," katanya selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri Zon Tongkang Pechah, di Sekolah Kebangsaan Sri Tanjong, Kampung Parit Selulun, dekat sini, semalam.
Aziz berkata, pemeriksaan bersepadu kali ini dibuat bagi memastikan pemandu bas bebas alkohol dan dadah, selain memastikan hanya bas yang dalam keadaan selamat berada di atas jalan raya.

"Pemandu positif dadah atau alkohol ketika pemeriksaan, akan ditahan serta-merta, manakala bas tidak mengikut piawaian dihalang membawa penumpang," katanya.

Sementara itu, Aziz yang juga Ahli Parlimen Sri Gading menasihatkan orang ramai menggunakan kenderaan sendiri pulang ke kampung Aidilfitri ini membuat pemeriksaan ke atas kenderaan masing-masing.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat