{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Ratu

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Ratu


Cuti bersalin 480 hari

Posted: 01 Jul 2013 04:08 PM PDT

Di Malaysia, sebaik saja ibu selamat melahirkan bayi, tugas menjaga dan menguruskan cahaya mata adalah hak mutlak wanita yang akan bercuti 60 hari manakala suami cuma menemani isteri beberapa hari saja.

Malah, rata-rata isteri pula ada yang berpantang selama 44 hari dalam tempoh cuti. Selepas dua bulan habis cuti mungkin ada menyambung panjang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji sementara menunggu bayi semakin membesar.

Situasi itu jauh berbeza di Sweden apabila pasangan suami isteri yang menyambut kelahiran bayi baru mereka diberikan Cuti Keibubapaan selama 480 hari atau kira-kira 16 bulan. Malah kerajaan juga memberi elaun kelahiran bayi 100 Euro (RM400) selain perubatan percuma untuk kanak-kanak.

Walaupun cukai pendapatan dibayar sehingga 30 peratus. namun kerajaan mengambil berat soal kebajikan penduduknya dengan memberikan elaun khas tertentu.

Menteri Keselamatan Sosial, Ulf Kristersson dan Menteri Kesamaan Jantina, Maria Arnholm menjelaskan itu ketika membuat liputan mengenai produk bayi terkemuka, BabyBjorn dan di Stockholm, baru-baru ini.

Malah, penulis turut menyelami sendiri situasi itu apabila dibawa berkunjung ke rumah dua orang bapa, iaitu pengurus unit di sebuah jabatan kerajaan, Joakim Noren, 42, dan Pengurus Kempen dan Pengiklanan Media, Christopher Akesson, 34, yang sedang menikmati Cuti Keibubapaan khusus bagi menjaga dan mengurus bayi mereka ketika isteri yang sudah bersalin, mula keluar bekerja.

Cuti panjang dimanfaatkan suami
Cuti Keibubapaan di Sweden diberikan selama 480 hari, bukan saja kepada isteri yang baru saja bersalin tetapi boleh dibahagi-bahagikan dengan suami bersandarkan perbincangan awal antara suami dan isteri.

Rata-rata ibu di Sweden mengambil 60 peratus daripada cuti itu manakala baki 40 peratus diteruskan oleh suami, selain ada juga yang mengambil 30 hingga 70 hari bergantung kepada keadaan.

Cuti khas yang panjang kepada bapa itu sebenarnya memberi ruang dan peluang kepada lelaki menikmati dan menguruskan bayi di rumah.

Bagi Noren, menjaga dan menguruskan anak setiap hari selama lebih setahun selepas kelahiran cahaya matanya adalah tempoh yang amat menakjubkan kerana dapat menyaksikan sendiri si kecil membesar di depan mata.

Sebaik saja anak pertamanya bersama seorang pengurus sebuah muzium, Josephine, 38, dilahirkan, bayi yang diberi nama Liv atau bermaksud 'kehidupan' mendapat sepenuh perhatian dan kasih sayang sepanjang tempoh cutinya itu.

Kami mengambil cuti kira-kira 16 bulan. Isteri ambil 10 bulan manakala cuti selebihnya saya ambil semata-mata untuk menjaga Liv. Sepanjang tempoh itu, naluri sebagai bapa semakin menebal, malah saya amat terharu kerana menyaksikan sendiri bagaimana bayi membesar bermula pada peringkat pertama meniarap, merangkak seterusnya berjalan.

Kepuasan ini mungkin tidak akan dicapai sekiranya kerajaan Sweden tidak melaksanakan tempoh cuti keibubapaan selama 480 hari. Ia adalah satu keistimewaan yang sangat bermakna kepada ibu bapa warga negara ini, katanya ketika ditemui di kediaman ringkasnya di sebuah apartmen mewah terletak di kawasan pedalaman Stockholm.

Bapa jadi suri rumah

Noren berkata, selepas bergelar bapa, beliau sedar tumbesaran bayi amat penting kerana si kecil memerlukan perhatian dan dipantau rapi oleh ibu bapa setiap hari. Perkembangan anak kecil depan mata sendiri ternyata lebih bermakna tanpa perlu mengharapkan orang lain untuk menjaga anak.

Beliau mengakui tidak kekok memandikan, menukar lampin dan beri anak makan kerana sebelum ini mengikuti kelas mempelajari teknik penjagaan bayi di hospital bersama isteri. Sambil itu, Noren juga melakukan tugasan lain seperti mengemas rumah, mencuci pakaian dan memasak sama seperti dilakukan setiap wanita apabila bergelar isteri atau ibu.

Bapa yang menjaga bayi mereka berpeluang menguatkan lagi institusi kekeluargaan, merapatkan hubungan anak dan ayah. Saya akan pastikan membawa anak bersiar dan bermain di taman permainan setiap petang manakala menunggu isteri pulang bekerja pada jam 6 petang.

Bukan suatu yang sukar menjaga anak sambil menjawab panggilan telefon, memeriksa dan menjawab e-mel, katanya katanya yang mula bercuti sejak Hari Natal lalu dan akan memulakan tugas Ogos ini.

Noren berkata, bercuti lama tidak memberi kesan kepada kerjanya kerana majikan selalunya bersedia menggantikan pekerja lain.

Saya sudah berkhidmat selama lima tahun dan tiba masanya untuk saya mengambil cuti panjang seperti ini. Ia mungkin sukar bagi mereka yang masih baru dalam industri, katanya yang gembira apabila kerajaan turut memberi elaun kelahiran bayi 100 Euro (RM400) selain perubatan percuma untuk kanak-kanak.

Katanya, walaupun cukai pendapatan dibayar sehingga 30 peratus namun kerajaan mengambil berat soal kebajikan penduduknya dengan memberikan elaun khas tertentu.

Luang masa berkualiti urus anak

Bagi seorang Pengurus Kempen dan Pengiklanan Media, Christopher Akesson, 34, menjaga bayi, Folke, 8 bulan, adalah satu peluang yang tidak harus dilepaskan.

Setiap hari saya akan bangun seawal pagi untuk menguruskan anak manakala isteri saya, Anna Swensson, 30, bersiap ke tempat kerja dan menghantar Edit ke pusat jagaan harian yang hanya dihantar empat kali seminggu. Sebelum keluar saya menyediakan sarapan pagi untuk mereka.

Selesai menguruskannya, saya mencuci pakaian dan menguruskan Folke pula. Ketika Folke tidur saya akan mula mengemas rumah kerana kakaknya suka bermain dengan permainan dan menyebabkan rumah sering bersepah.

Saya akan mengambil semula Edit di sekolahnya dan masak sebelum Anna pulang dari kerja, itulah rutin harian yang dilakukan Akesson apabila menikmati cuti keibubapaan yang dibahagi sama rata bersama tunangnya.

Walaupun pasangan itu belum sah sebagai suami isteri dan sudah miliki cahaya mata ia adalah perkara biasa di Sweden. Pasangan seperti ini juga tidak terkecuali menikmati kelebihan sama iaitu mendapat cuti keibubapaan 480 hari dengan membahagikannya mengikut persetujuan masing-masing.

Cabaran tanggungjawab

Ketika ditemui di kediaman sewanya di Tranebergs Strand 11, Stockholm, Akesson berkata, beliau selesa membahagikannya sama rata cuti keibubapaan kerana beliau mahu meluangkan masa lebih lama bersama anak di rumah.

Tambah pula percutian panjang itu sangat disokong majikannya.

Beliau banyak cabaran menjaga bayi dan memerlukan kesabaran tetapi seronok apabila anak sudah pandai berjalan serta bermain sendiri.

Antara cabaran pertama saya ketika mengendalikan Folke ialah dia menangis. Ketika itu, saya agak gementar kerana tidak tahu nak buat apa. Saya tidak mengikuti kelas penjagaan bayi berikutan tidak berkesempatan melakukannya.

Bagaimanapun lama kelamaan saya mampu menguruskannya sedikit demi sedikit dengan mendapatkan panduan menerusi bahan bacaan, katanya.

Akesson tidak menafikan cuti keibubapaan yang diperuntukkan kerajaan memberi banyak kelebihan kepada bapa.

Ia nampak manis apabila ayah menjaga anaknya sendiri tanpa ibu. Saya dapati Folke sebelum ini lebih rapat dengan ibunya, tetapi oleh kerana saya juga berpeluang bercuti, semuanya berubah kerana Folke juga rasa lebih selesa dengan ayahnya sendiri, katanya yang juga pemenang pertama peraduan produk bayi, Baby Bjorn.

Akesson menyertai peraduan berkenaan semata-mata untuk Folke kerana mahukan yang terbaik untuk anaknya. Matlamatnya supaya selain dapat berjalan dengan anak dalam keadaan yang selesa, beliau juga menggunakan pendukung bayi Baby Bjorn ketika melakukan kerja di rumah.

Pendukung bayi yang saya ada sebelum ini, agak nipis dan nampak seakan Folke tidak selesa. Saya nekad untuk menyertai peraduan itu dan tidak menyangka memenangi keluaran terbaru Baby Bjorn. Ia ternyata memudahkan perjalanan harian saya, anak juga selesa dan rasa selamat serta paling penting saya dapat memeluknya sentiasa dan kami rasa lebih dekat antara satu sama lain.

Saya juga kurang sakit belakang kerana produknya memang menepati cita rasa dan keperluan ibu bapa, katanya.

Terapi peluk

Posted: 01 Jul 2013 04:08 PM PDT

Pelukan atau dakapan antara terapi terbaik untuk meningkatkan kasih sayang dan menyemarakkan kebahagiaan dalam perhubungan tidak kira antara suami dengan isteri, ibu bapa, anak atau dengan nenek serta datuk.

Selalunya ketika anak masih kecil, mereka sering diulit dan dipeluk bagi melahirkan sifat kasih sayang, tetapi apabila meningkat dewasa, anak sendiri malu untuk memeluk ibu bapa.

Begitu juga dengan suami isteri, saling berpelukan ketika saat bahagia, tetapi apabila bila hubungan dingin atau sudah semakin berusia, pelukan manja memang tiada langsung.

Pengarah Eksekutif organisasi tidak bermotifkan keuntungan di Malaysia, Focus on the Family, Lee Wee Min, berkata sama ada pelukan manja menyambut kepulangan suami dari pejabat atau memeluk anak yang pulang, mungkin itu amalan biasa, tetapi bukan semua orang melakukannya.

Katanya, keluarga adalah unit asas yang paling baik dalam memperkukuhkan unit keluarga akan menjadikan masyarakat lebih kuat, kukuh dan makmur. Pelukan antara elemen penting bagi mencapai matlamat itu.

"Ia mampu membina ikatan kekeluargaan dan membangkitkan rasa sayang kepada orang tersayang, sekali gus membawa kepada keharmonian dalam masyarakat," katanya dalam satu kenyataan, barubaru ini.

Kajian pakar penyelidik dan psikologi antarabangsa juga mendapati, pelukan adalah terapi paling berkuasa dan terbaik untuk sesuatu penyembuhan.
Dakapan diiringi senyuman dan gelak tawa sangat berkesan untuk memulihkan kesakitan, penyakit, kesunyian, kemurungan, kebimbangan dan tekanan perasaan.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat