{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Sukan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Sukan


FAM mahu perkenal pengadil profesional

Posted: 01 Jul 2013 03:30 PM PDT

Petaling Jaya: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bercadang memperkenalkan pengadil profesional sepenuh masa bagi memastikan mutu pengadilan bola sepak negara berada di tahap terbaik.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin (gambar), berkata cadangan itu yang dilontarkan presiden persatuan bola sepak negeri, akan dikemukakan pada mesyuarat Jawatankuasa Pengadil FAM akan datang dan jika bersesuaian, ia akan dilaksanakan.

Beliau berkata, perubahan perlu dilakukan dari segi mutu pengadilan kerana aspek itu memainkan peranan penting dalam bola sepak negara dan jika tidak ditingkatkan, boleh menjejaskan imej badan induk itu.

Tak boleh di takuk lama

"Pengadil sekarang tidak sama seperti dahulu. Sekarang, pengadil memainkan peranan yang amat penting kerana jika pengadil salah membuat keputusan, kerap melakukan kesilapan, ia boleh merosakkan dan menjatuhkan imej bola sepak negara dan FAM.

"Walaupun kita tahu pengadil itu manusia biasa, mereka tidak boleh kerap melakukan kesilapan. Kita perlu meningkatkan keupayaan dan tidak boleh berada di takuk lama," katanya kepada pemberita di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Hamidin yang memulakan tugas baharunya itu semalam, berkata pengadil berkenaan akan dilatih dan dibayar oleh badan induk bola sepak negara itu.
"Kita akan kekalkan pengadil sedia ada. Sekarang, kita lihat ramai pengadil kita yang bukan sepenuh masa kerana ada dalam kalangan mereka yang bekerja sebagai guru, jadi kita mahu pengadil yang memberi sepenuh tumpuan, katanya.

Lepas jawatan naib presiden

Ditanya mengenai hari pertamanya memegang jawatan itu, Hamidin berjanji akan melakukan yang terbaik dan berharap mendapat kerjasama daripada semua pihak dalam menjayakan pembangunan bola sepak negara.

Dalam pada itu, Hamidin berkata beliau akan melepaskan jawatannya sebagai Naib Presiden FAM, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM dan Setiausaha Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), dan akan menghadap Presiden FAM Sultan Ahmad Shah dalam tempoh terdekat untuk memaklumkan berhubung perkara berkenaan.

Hamidin dilantik sebagai Setiausaha Agung FAM yang baharu bagi menggantikan Datuk Azzuddin Ahmad yang dipilih Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) mulai semalam.

‘Lemah tapi mewah’

Posted: 01 Jul 2013 03:30 PM PDT

Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak layak menerima penajaan yang besar daripada pihak swasta kerana prestasi buruk skuad bola sepak negara.

Situasi itu, katanya jelas berbeza dengan Persekutuan Hoki Malaysia (MHF) yang menghadapi masalah dari aspek penajaan biarpun reputasi skuad hoki negara begitu baik dengan kedudukan ranking ke-13 dunia.

"Bukan saya nak kata hoki tidak dapat penajaan yang cukup. Hoki mungkin antara yang tertinggi menerima penajaan tetapi berbanding bola sepak, ia tidak ada apa-apa.

Taja sebab popular

"Kalau kita lihat Astro menaja FAM banyak sebab sukan itu popular.

Pihak penaja tidak memberi duit berdasarkan prestasi tetapi disebabkan sukan itu popular.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat