{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Ratu

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Ratu


Tradisional, klasik

Posted: 09 Jul 2013 04:34 PM PDT

Koleksi pereka tersohor di AEON tampilkan helaian pakaian siap

Langkah anggun umpama puteri zaman silam dalam persalinan tradisi daripada kain tenun bersulam bunga emas, jelas menampakkan ciri ayu wanita Timur. Pesona anggun dan gaya klasik yang ditampilkan membuatkan hati tertawan.

Begitu juga untuk busana lelaki, gaya segak dan kemas menyerlahkan ketampanan. Apatah lagi, persalinan ditampilkan lengkap dengan samping yang diikat rapi dan penuh bergaya.

Sesuai namanya Busana Tradisi, 10 persalinan terdiri daripada rekaan unik seperti baju kurung pesak berpoket, baju kurung Riau, kurang Kedah dan kebaya manakala untuk sang teruna pula baju Melayu cekak musang dan baju Melayu teluk belanga. Semua itu dihasilkan pereka tersohor, Datuk Radzuan Radziwill.

Koleksi dihasilkan hasil kolaborasi bersama AEON sebagai helaian pakai siap sempena Hari Raya dan diperagakan eksklusif untuk tontonan di ruang legar AEON Setiawangsa, baru-baru ini.

Radzuan berkata, ia adalah peluang terbaik kedua-dua pihak memasarkan koleksi pakai siap hasil rekaan pereka tempatan ke peringkat lebih baik.

"Saya berharap semua pencinta fesyen terutama peminat Radzuan Radziwill tidak akan melepaskan peluang mendapatkan koleksi edisi terhad ini untuk digayakan pada Aidilfitri nanti.
"Kami memilih material terbaik digabungkan dengan rekaan sopan dan mengharapkan ia mendapat sambutan menggalakkan," katanya.

Hadir sama di majlis peragaan Busana Tradisi adalah Pengarah Utusan AEON Co (M) Bhd, Nur Qamarina Chew dan penyanyi bertubuh kecil molek, Fauziah Latif.

Berkualiti dan prestij

Koleksi yang bertemakan busana Melayu klasik ini disediakan dalam pelbagai saiz dan warna. Satu peluang keemasan yang tidak harus dilepaskan kerana koleksi ini diperbuat daripada kain tenun, broked berkualiti dan material tekstur mewah.

Secara keseluruhan, koleksi ditampilkan memperlihatkan identiti busana yang berkualiti, berprestij dan mempunyai kelas tersendiri. Pengalaman 16 tahun dalam bidang rekaan, ternyata meletakkan empayar Radzuan Radziwill semakin gah dan pereka kelahiran Kuala Kangsar, Perak ini bukan saja terus berada di kedudukan yang selesa tetapi turut menjadi ikon kepada pereka baru.

Kolaborasi istimewa

Istimewanya koleksi dihasilkan pereka ini adalah harganya yang mampu milik iaitu RM299 bagi busana wanita dan RM199 untuk lelaki.

Koleksi berkenaan sudah pun berada di pasaran bermula 1 Julai lalu, di 15 cawangan AEON terpilih iaitu di AEON Sebarang Prai City, AEON Ipoh Kinta City, AEON Taman Equine, AEON Cheras Selatan, AEON Taman Maluri, AEON AU2 Setiawangsa, AEON Wangsa Maju, AEON Rawang, AEON Bandar Utama, AEON Mid Valley, AEON Bukit Tinggi, AEON Bandar Baru Klang, AEON Seremban 2, AEON Bandaraya Melaka dan AEON Tebrau City.

Sementara itu, Nur Qamarina berkata, sebagai peneraju utama dalam bidang pemasaran runcit, kami sangat komited untuk terus menawarkan produk berkualiti untuk pelanggan kami pada harga terbaik.

"AEON dan Radzuan berkongsi idea yang sama dan ia menjadikan kami sangat teruja untuk menjalin kerjasama seterusnya membolehkan peminat fesyen tempatan memiliki busana dihasilkan pereka fesyen ternama dengan harga jauh lebih rendah," katanya.

INFO: Datuk Radzuan Radziwill
Asal: Kuala Kangsar, Perak
Kerjaya: Pereka fesyen, pemilik butik Radzuan Radziwill
Pendidikan: Sarjana dalam bidang fesyen, Universiti Bunka, Tokyo Jepun (1994); Ijazah Sarjana Muda (Fesyen), Institut Teknologi Mara (kini Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Pencapaian: Tokoh Jarum Berlian Malaysia (2005); Tempat pertama Anugerah Benang Emas - majalah Jelita (1994)

Gaya kontemporari di pagi Aidilfitri

Posted: 09 Jul 2013 04:22 PM PDT

Orked, kolaborasi Tesco dan Jovian Mandagie

Menjadi impian setiap wanita untuk menggayakan rekaan pereka terkenal apatah lagi jika penggayaan itu dilakukan sendiri pereka berkenaan.

Baru-baru ini, berlangsung acara khusus menemukan pereka fesyen, Jovian Mandagie dengan 20 peminat bertuah sempena pratonton koleksi Hari Raya terbarunya, Orked, di Tesco Extra Mutiara Damansara.

Pertemuan dimulakan dengan pertemuan ramah mesra Jovian dan peminat diikuti makan malam istimewa.

Untungnya juga, kesemua 22 wanita yang hadir berpeluang didandan Jovian sendiri sewaktu sesi tukar gaya di bahagian Apparel pasar raya terbabit.

Tidak lokek berkongsi ilmu, Jovian sendiri menata gaya setiap mereka selain memberikan tip untuk kelihatan menarik tatkala menggayakan persalinan daripada koleksi Orked, Aidilfitri nanti.

Tawar harga rendah
Jovian pereka yang namanya sering meniti di bibir-bibir pencinta fesyen baru saja dinobat pemenang anugerah Mercedes Benz Designer of the Year 2013.

Beliau menghasilkan 24 pasang busana anggun dinamakan Orked secara kolaborasi bersama Tesco.

Koleksi menampilkan persalinan moden kontemporari seperti kurung labuh tradisi, mini kurung, kebaya, kaftan dan gaun labuh digarap dengan sentuhan magisnya yang terkenal dengan peplum, teknik lipatan dan silhouette ala duyung.

Melalui kerjasama ini, orang ramai berpeluang mendapatkan koleksi ekslusif Jovian Mandagie pada harga istimewa bermula RM199 bagi setiap rekaan.

Koleksi bernada lembut dalam tona ungu lembut, pink, hijau pudina dan kuning sedia sedia untuk dimiliki bermula 1 Julai ini di 20 cawangan Tecso terpilih.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat