{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Sukan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Sukan


Bonus Aidilfitri!

Posted: 09 Jul 2013 01:31 PM PDT

Hadiah kemenangan, insentif tahunan Liga-Makan dikreditkan dalam akuan pasukan, hari ini

Kelana Jaya: Semua pemenang Liga Malaysia (Liga-M) membabitkan Liga Super, Liga Perdana dan Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menerima hadiah kemenangan serta insentif tahunan yang akan dikreditkan ke dalam akaun pasukan masing-masing, hari ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata sejumlah RM2.025 juta diperuntukkan kepada juara, naib juara dan tempat ketiga Liga Super, Liga Perdana dan Liga FAM, musim ini.

Beliau berkata, sejumlah RM3.17 juta lagi diperuntukkan untuk wang insentif kepada semua 12 pasukan Liga Super dan 12 pasukan Liga Perdana yang mana jumlah diberi adalah mengikut kedudukan terakhir mereka dalam liga.

Selain itu, katanya pasukan tuan rumah dan pasukan pelawat yang mendapat liputan perlawanan secara langsung daripada Astro sepanjang musim lalu turut menerima bayaran pampasan berjumlah RM950,000.

Bayaran kepada pegawai perlawanan kejohanan bawah umur seperti bawah 17 dan bawah 14 hampir RM200,000 turut dikreditkan hari ini termasuk subsidi untuk Liga Futsal Kebangsaan 2012 yang turut berjumlah RM700,000.

Wang tunai RM8 juta
"Semua bayaran itu membabitkan wang tunai kira-kira RM8 juta. Mungkin persatuan negeri dan kelab yang menang mahu memberi bonus kepada pegawai serta pemain mereka menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi," katanya kepada pemberita pada majlis meraikan perpisahan bekas Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad di Wisma FAM, di sini, semalam.

Beberapa pihak termasuk penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa sebelum ini mempersoalkan wang penajaan RM30 juta setahun diterima FAM daripada Astro untuk hak penyiaran Liga-M yang sepatutnya diagihkan kepada pasukan tempatan yang menghadapi masalah kewangan.

Hamidin berkata, juara Liga Super memperoleh RM750,000, naib juara RM450,000 dan tempat ketiga RM300,000 manakala bagi juara Liga Perdana menerima RM300,000, naib juara RM150,000 dan tempat ketiga RM75,000. "Bagi juara Liga FAM pula, hadiah kemenangan yang diterima berjumlah RM60,000 dan naib juara RM30,000," katanya.

MSWP gantung skuad bola baling

Posted: 09 Jul 2013 01:22 PM PDT

Kuala Lumpur: Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) menggantung seluruh pasukan bola baling lelaki negeri itu termasuk pemain, jurulatih dan pegawai daripada menyertai sebarang aktiviti sukan anjuran badan induk berkenaan.

Pengarah MSWP, Mohd Hamidi Abu Bakar, berkata mereka digantung sehingga jawatankuasa siasatan yang ditubuhkan selesai menjalankan siasatan terhadap dakwaan atlet bola baling lelaki negeri itu membawa masuk dan minum minuman keras di perkampungan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-16, di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, baru-baru ini.

Gantung sertai sukan

"Dengan kuasa yang MSWP ada, kami menggantung semua mereka daripada terbabit dengan aktiviti sukan anjuran kami. Namun, daripada pihak Persekutuan Bola Baling Malaysia (PBBM), saya tidak tahu apa tindakan mereka.

"Berapa ramai dan berapa lama yang PBBM gantung, saya tidak pasti. Bagi MSWP, ini adalah kes serius dan kami tidak akan berkompromi sehingga siasatan selesai," katanya ketika dihubungi semalam.

BH Sukan semalam melaporkan bahawa tiga pemain bola baling Wilayah Persekutuan yang didapati bersalah membawa masuk minuman keras ke dalam perkampungan sukan, digantung serta-merta daripada terbabit dalam sebarang aktiviti sukan berkenaan.

Mengenai jawatankuasa siasatan itu, Mohd Hamidi berkata, jawatankuasa ditubuhkan bagi menyiasat perbuatan atlet membawa masuk dan minum minuman keras berkenaan mungkin terpaksa mengambil masa panjang menyelesaikan siasatan.
"Ini kali pertama kami diberi tanggungjawab menyelesaikan kes seperti ini yang mana kebiasaannya persatuan sukan terbabit yang sepatutnya menjalankan siasatan. Saya sendiri tidak pasti mengapa MSN memberi tanggungjawab ini kepada kami," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat