Berita Harian: Ratu
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Ratu |
Posted: 21 Jul 2013 04:33 PM PDT Demi kecantikan, ada yang sanggup jadikan organ sendiri sebagai santapan Makan uri sendiri kerana ingin kelihatan cantik dan menawan? Bunyinya pelik tapi benar. Itulah antara kepercayaan mereka hingga ada wanita yang taksub sanggup makan uri untuk menambah seri muka dan sebagai awet muda. Itu kisah sesetengah selebriti Hollywood, namun di Malaysia dipercayai ada wanita yang makan uri bagi tujuan sama. Cuma ia mungkin menjadi rahsia peribadi. Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Posted: 21 Jul 2013 04:21 PM PDT Rumusan campuran biji matahari, esktrak bali dan timun lembutkan tekstur kulit Kualiti kulit wajah lazimnya, dinilai berdasarkan keadaan kulit yang elok, tidak berjerawat atau tiada sebarang cela yang timbul. Apabila sudah mengenalpastinya, tindakan dilakukan ialah terus menggunakan produk yang biasa di aplikasi pada kulit wajah supaya kesannya tetap kekal sama tanpa sebarang perubahan drastik. Namun, jangan terlupa kerana perubahan kulit wajah juga boleh berlaku disebabkan oleh peredaran masa, situasi, tekanan kerja dan diri, perubahan hormon serta keadaan persekitaran yang sering berubah.
Prihatin dengan masalah yang mungkin dihadapi oleh sesetengah wanita, Clinique memperkenalkan losyen pelembap, Dramatically Different Moisturizing Lotion+ yang memberi perubahan positif kepada kulit wajah. Losyen itu dirumus oleh pakar Clinique dengan kerjasama ahli dermatologi menerusi penyelidikan bahan terbaru dan teknologi berterusan bagi memastikan pengguna mendapat kebaikan yang maksimum. Tekstur lembut Selama hampir tujuh tahun, tiga formula pakar dermatologi, 53 penyelidikan dan 100 percubaan dilakukan bagi mendapatkan hasil produk yang sangat bernilai ini dengan kelebihan meningkatkan kekuatan kulit wajah sebanyak 54 peratus dalam tempoh lapan minggu penggunaan tanpa mengubah teksturnya yang lembut.
Timbalan Presiden Clinique Pembangunan Pendidikan Global, Janet Pardo , berkata bagi membuktikan produk ini berkesan, kebanyakan kulit wanita yang diuji terdiri daripada kulit kusam, kering, kemerahan, gatal dan sebagainya. "Gejala ini boleh diklasifikasikan sebagai kulit yang lemah dan tidak sihat. Ujian dilakukan bukan saja pada skala kecil tetapi diuji pada 1,600 wanita di lima negara yang memiliki pelbagai jenis etnik, masalah kulit, jenis kulit dan peringkat usia di seluruh dunia. Hasilnya sangat menakjubkan. Kebanyakan kulit mereka menjadi lembut, licin, kekal selesa dan lembap sepanjang masa," katanya pada majlis pelancaran produk baru berkenaan. Hadir sama pada pelancaran produk baru-baru ini ialah Pengarah Clinique Pembangunan Pendidikan Global John Miller, Pengarah Eksekutifnya, Pamela Hoffman dan Pengarah Pakar Perkhidmatan dan Pembangunan Pendidikan Global, Erin Burke. Kuatkan daya tahan kulit Bahan kompleks yang digunakan bagi memberi kekuatan kepada kulit wajah pula ialah campuran biji matahari, esktrak bali dan timun yang membantu menguatkan daya tahan kulit serta kesan daripada persekitaran yang kurang elok. Bahan untuk melembap ialah hyaluronic asid yang terbukti efektif membantu melembapkan bagi penghidaratan lebih baik; glycerin mampu menyerap air dan urea untuk memastikan kulit sihat. Kata Janet, pelembap terbaik di dunia boleh didapati, tetapi jika kulit tiada ketahanan rosak, kelembapan itu akan kering begitu saja. "Dua aspek ini sangat penting bagi mendapatkan kulit wajah yang sihat, malah ia boleh menjadikan kulit muda, bercahaya dan tahan lama," katanya. Produk ini sudah diuji dan 100 peratus bebas daripada sebarang wangian. Harganya ialah RM68 (50ml) atau RM145 (125ml). |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Ratu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |