Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 21 Jul 2013 04:05 PM PDT MOSCOW: Penunggang motosikal warga Itali Andrea Antonelli terkorban selepas terlibat dalam kemalangan pada pusingan pembukaan perlumbaan World Supersport Championship di Litar Moscow, hari ini. Antonelli mengalami kecederaan kepala apabila dia terjatuh dari motosikal Kawasakinya ketika dalam kelajuan 250 kilometer sejam sebelum dirempuh penunggang senegaranyanya, lapor media Itali, Gazzetta dello Sport. Penunggang berusia 25 tahun itu meninggal dunia selepas dimasukkan ke pusat perubatan di litar itu. Perlumbaan itu dihentikan oleh pihak penganjur. Andrea Antonelli sedang menguji litar di Volokolamsk,Moscow. Foto AP Andrea Antonelli melambai kepada penonton selepas tamat perlumbaan. Foto AFP
|
Posted: 21 Jul 2013 01:37 PM PDT Melaka: Kegembiraan empat kanak-kanak termasuk pasangan adik-beradik yang dipercayai mencari kepah di Sungai Melaka berdekatan Taman Seri Kerubong Fasa 3, di sini, bertukar tragedi memilukan apabila mereka ditemui lemas di sungai itu, petang semalam. Difahamkan, semua mangsa iaitu Mohd Hazimi Fadzli, 9, dan adik perempuannya, Hanis Balqis, 7, bersama Athafiz Amin, 10, serta Radziatul Nadia Rosnan, 12, berjalan ke kawasan itu, jam 4 petang. Namun, tidak lama kemudian, seorang daripada kanak-kanak itu terjatuh dalam sungai itu menyebabkan mereka saling membantu lalu lemas. Beberapa orang awam menyedari kejadian itu terjun untuk menyelamatkan dua mangsa dipercayai pasangan beradik berkenaan yang bagaimanapun disahkan sudah meninggal dunia pada jam 5.47 petang. AHLI keluarga mangsa dan orang ramai melihat jenazah mangsa yang ditemui, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/22 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |