{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Sukan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Sukan


Liga Super ke Singapura

Posted: 02 Jul 2013 01:06 PM PDT

Kemenangan membenam FELDA United 4-0 menutup terus peluang Selangor dan Johor Darul Takzim (DT) untuk mengejar Lions XII

Singapura: Stadium Jalan Besar yang dianggap gelanggang keramat buat Lions XII bagaikan berpesta tatkala barisan pemain tuan rumah menjulang Piala Liga Super 2013 selepas membelasah FELDA United 4-0, malam tadi.

Kejayaan itu sekali gus menebus kekecewaan Lions XII musim lalu apabila menamatkan saingan liga di tangga kedua.
Sokongan padu penyokong sepanjang saingan liga memberi semangat kepada kami untuk memberi persembahan terbaik." Kapten Lions XII, Shahril Ishak.

Yang pasti, kemenangan itu menutup terus peluang Selangor, Johor Darul Takzim (DT) dan Tentera untuk mengejar Lions XII yang selesa kekal di tangga teratas dengan mengumpul 43 mata dan sukar dicabar ketiga-tiga pasukan itu ketika aksi liga berbaki satu perlawanan.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my

FAM akui belum bayar elaun pengadil liga KPM

Posted: 02 Jul 2013 12:59 PM PDT

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengakui masih belum membuat bayaran elaun kepada sejumlah kecil pengadil tempatan yang bertugas di Piala Liga Bola Sepak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kerana tuntutan yang dihantar tidak lengkap.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Kol Abdul Rani Abdul Rahim, berkata masalah itu menyukarkan pihaknya untuk membuat bayaran dan kini sedang berusaha menghubungi mereka untuk mendapatkan butiran.

"Kita sudah membuat bayaran, cuma ada sekumpulan kecil daripada mereka yang masih belum menerima bayaran kerana tuntutan yang dibuat tidak lengkap.
Sepatutnya, mereka terus tanya FAM melalui jawatankuasa pengadil dan bukannya menerusi media." Kol Abdul Rani Abdul Rahim, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM

"Ia bukan disengajakan dan masalah itu sedang kami selesaikan sekarang. Kami sedang berusaha menghubungi mereka untuk mendapatkan butiran yang diperlukan," katanya ketika dihubungi semalam.

Tidak berani bertanya

Beliau mengulas dakwaan seorang pembaca menerusi ruangan R@kan BH semalam mengenai pengadil yang bertugas di Piala Liga Bola Sepak KPM pada 2012 masih belum menerima bayaran elaun daripada FAM.

Pembaca itu berkata semua ketua pengadil negeri tidak berani bertanya sebab bimbang dikenakan tindakan.
Sehubungan itu, katanya sebelum FAM berhasrat melaksanakan pengadil profesional sepenuh masa, badan induk bola sepak negara itu perlu menyelesaikan bayaran elaun pengadil Piala Liga Bola Sepak KPM terlebih dahulu.

Abdul Rani berkata, pihaknya tidak pernah lepas tangan dan bersedia menerima sebarang pertanyaan daripada pengadil yang masih belum menerima bayaran.

"Majoriti sudah dapat bayaran dan kita juga sedang berusaha menghubungi mereka yang belum mendapat bayaran.

"Sepatutnya, mereka terus tanya FAM melalui jawatankuasa pengadil dan bukannya menerusi media," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat