Harian Metro: Arena
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Arena |
Posted: 11 Jul 2013 11:29 AM PDT Shah Alam: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memastikan tarikh perlawanan antarabangsa yang diberikan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) akan digunakan skuad negara untuk mengadakan perlawanan berstatus A dan mengingatkan sebarang keputusan yang dicatatkan mustahak. Itu komitmen Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin mengenai hala tuju skuad negara yang sering kali dilihat mengadakan pertemuan menentang kelab berbanding pasukan kebangsaan sehingga mencetuskan rasa kurang senang di kalangan peminat tempatan.
"Ingin saya tegaskan kami di FAM terutamanya Jawatankuasa Pertandingan Tempatan akan memberi ruang kepada skuad negara untuk memenuhi kalendar FIFA dengan aksi antarabangsa.
HAMIDIN (kiri), Subahan (dua dari kiri) meninjau kualiti rumput untuk perlawanan persahabatan menentang Chelsea. Media kelmarin melaporkan Myanmar, Laos dan Kemboja menolak hasrat skuad negara untuk mengadakan aksi persahabatan sekali gus menyaksikan kelab Thailand, Chonburi FC menjadi galang ganti dan sepanjang sesi latihan pusat selama sebulan kali ini, belum ada pengumuman rasmi dilakukan FAM untuk menentang mana-mana skuad negara lain.
|
Posted: 11 Jul 2013 11:22 AM PDT Kuala Lumpur: Kegagalan membawa pulang pingat emas dalam acara lebuh raya pada tiga temasya Sukan SEA berturut-turut membuatkan jurulatih lebuh raya negara, Aminuddin Sulaiman perlu merancang strategi baru bagi menaikkan kembali maruah pelumba negara. Biarpun hasrat untuk membawa pelumba ke Kunming, China dan Naypyidaw, Myanmar tidak mendapat pelepasan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Aminuddin mempunyai rancangan tersendiri dalam usaha membentuk barisan pelumba terkuat.
Berdasarkan barisan pelumba sedia ada, Aminuddin menaruh keyakinan tinggi untuk skuad negara membawa pulang sekurang-kurangnya dua pingat iaitu dalam acara lebuh raya dan juga ujian masa berpasukan selepas acara trek tidak dipertandingkan.
"Saya akan mengadakan satu pemilihan awal membabitkan kesemua pelumba negara ini pada awal Oktober. Pemilihan ini terbuka kepada semua pelumba dan ia perlu dilakukan dengan teliti kerana hanya lapan pelumba boleh disenaraikan untuk ketiga-tiga acara, lebuh raya, ujian masa berpasukan dan ujian masa individu," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/12 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |