Harian Metro: Arena
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Arena |
Posted: 01 Jul 2013 11:01 AM PDT Rio de Janeiro: Bintang Brazil Neymar (gambar) memikul tugas besar apabila dilabel sebagai 'pengganti Pele' sejak membuat penampilan pertama untuk negaranya pada 2010 di East Rutherford, New Jersey. Pemain yang dilahirkan dengan nama Neymar da Silva Santos Junior itu berjaya menjaringkan gol buat negaranya yang amat mengharapkan wira bola sepak sekali gus harapan diletakkan kepadanya semakin memuncak.
"Saya amat gembira. Kami berjaya menggembirakan ramai orang tapi kami tidak boleh leka dengan kejayaan ini," katanya.
BINTANG Brazil meraikan kemenangan mereka. Bagaimanapun semalam, pemain muda kelahiran Mogo Das Cruzes di Sao Paolo itu membuktikan dirinya boleh diharapkan untuk memenangi kejuaraan antarabangsa selepas mempamerkan aksi menakjubkan menentang Sepanyol apabila menyumbang gol selain turut mencipta gerakan gol buat Fred.
Sebelum kejohanan bermula, dia menyatakan skuad yang dibentuk itu tidak cukup bagus untuk muncul juara namun dengan dibarisi ramai pemain berbakat, Selecao kini dianggap pasukan terbaik apabila menjadi tuan rumah Piala Dunia tahun depan.
|
Posted: 01 Jul 2013 10:58 AM PDT Kuala Lumpur: Selepas lima pusingan berakhir dan memasuki musim rehat bersempena Ramadan tidak lama lagi, buruan mahkota juara Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 kini semakin sengit. Memasuki pertengahan musim, saingan kelas perdana CP130 menyaksikan lima pelumba berbeza sudah bergelar juara dan sukar meramalkan siapa yang bakal dinobat juara keseluruhan pada hujung musim.
Rakan sepasukan Azlan, Mohd Affendi Rosli pula memenangi perlumbaan pusingan ketiga di Kuala Terengganu diikuti Mohd Zamri Baba pada pusingan keempat di Muar, Johor.
Berbekal pencapaian konsisten menaiki podium pada empat daripada lima pusingan perlumbaan, pelumba berusia 17 tahun, Mohd Ramdan Mohd Rosli kini mendahului carta keseluruhan dengan 75 mata, dua mata mengatasi Mohd Zaqhwan dan Ahmad Fuad Baharudin yang berada di tangga kedua dan ketiga dengan 73 mata, namun dibezakan melalui jumlah kemenangan.
Pungutan mata tidak begitu konsisten dilihat menjadi penghalang utama buat pelumba senior dalam kelas ini. Selain Ahmad Fuad, Azlan Shah terpaksa mengejar mata selepas tidak dapat beraksi pada Pusingan 4 akibat masalah kecederaan dan kini menghuni tangga keempat dengan 67 mata. Walaupun masih bergelut dengan kecederaan saraf tangan, rakan sepasukan Azlan, Mohd Affendi masih berupaya berada di kedudukan kelima keseluruhan dengan 63 mata. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/02 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |