Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 16 Jul 2013 12:40 PM PDT Shah Alam: Kemuliaan Ramadan dicemari dengan tindakan pihak tertentu yang menganjurkan konsert mini 'menghidangkan' artis wanita genit berpakaian seksi di kawasan berhampiran sebuah pangsapuri di Seksyen 31, di sini, malam kelmarin. Amat mengecewakan apabila penganjur langsung tidak menghiraukan sensitiviti umat Islam kerana konsert mini itu diadakan ketika penduduk Islam pangsapuri berkenaan menunaikan solat Tarawih di surau yang terletak hanya 150 meter dari situ. Bunyi muzik kuat diselangi nyanyian dan gelekan artis wanita berpakaian seksi secara terbuka mengundang rasa tidak senang penduduk Islam di pangsapuri itu. Walaupun konsert mini itu dihadiri 100 penonton bukan Islam, tetapi ada warga Bangladesh yang mengambil kesempatan melihat aksi seksi penyanyi wanita terbabit, selain turut menarik perhatian pengguna jalan raya yang jaraknya kira-kira 20 meter dari pentas. GELAGAT dua artis wanita berpakaian seksi pada mini konsert terbabit.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/17 |
Posted: 16 Jul 2013 12:40 PM PDT Kuala Lumpur: Anak saya bukan untuk dijual! Biar kami hidup susah dan merempat, asalkan kami bertiga dapat bersama," kata Maya, 23, yang selamat melahirkan bayi lelaki Isnin lalu. Maya sebelum ini sarat mengandung dan suaminya ditemui wartawan Metro Ahad ketika menjadikan jejambat Jalan Kinabalu bersebelahan Sungai Klang sebagai tempat berteduh bertekad tidak mahu 'menjual' anak mereka yang baru dilahirkan Isnin lalu di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Menurut Maya, sejak kisahnya dilaporkan akhbar ini Ahad lalu, dia tidak henti-henti didatangi individu yang menawarkan diri untuk mengambil anaknya sebagai anak angkat. Malah, ada beberapa individu yang datang menawarkan wang RM8,000 hingga RM10,000 semata-mata untuk mendapatkan anaknya. "Letaklah berapa tinggi nilainya, anak saya tetap anak saya. Dia bukan untuk dijual. Dialah satu-satunya harta kami. Biarlah kami susah sekalipun, kami akan tetap menjaganya dan tidak akan sesekali memberinya kepada orang lain. ZAKI dan Maya bersama bayi mereka.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/17 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |