Berita Harian: Sukan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Sukan |
Posted: 16 Jul 2013 12:39 PM PDT Hairuddin mahu FAM minta pegawai perlawanan wajib isytihar harta Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sewajarnya turut mewajibkan pengadil perlawanan mengisi borang pengisytiharan harta seperti pemain dan pegawai pasukan mulai saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan. Bagi pemain, saya rasa tiada masalah mengisi borang berkenaan. Cuma pada pandangan saya, pengadil juga perlu diwajibkan mengisi borang yang sama kerana musim ini saja macam-macam isu timbul mengenai pengadil," Hairuddin Omar, Presiden PFAM "Bagi pemain, saya rasa tiada masalah mengisi borang berkenaan. Cuma pada pandangan saya, pengadil juga perlu diwajibkan mengisi borang yang sama kerana musim ini saja macam-macam isu timbul mengenai pengadil," katanya ketika dihubungi di Madinah, Arab Saudi, semalam. Langkah cegah rasuah Kelmarin mesyuarat Jawatankuasa Integriti FAM dipengerusikan Tan Sri Aseh Che Mat memutuskan mewajibkan semua pemain dan pegawai pasukan Liga-M mulai musim depan mengisi borang pengisytiharan harta sebagai langkah mencegah gejala rasuah dan mengatur perlawanan. Jawatankuasa itu sudah memuktamadkan satu borang khas untuk diisi pemain dan pegawai setiap pasukan Liga-M termasuk pemain import. Beres gaji dulu, elak rasuah: Hairuddin Hairuddin berkata, persatuan itu berharap Jawatankuasa Integriti FAM lebih tegas dalam usaha membendung gejala rasuah ini kerana ketika dia menghadiri mesyuarat kongres Persekutuan Pemain Bola Sepak Profesional Antarabangsa (FIFPro) Asia di Melbourne, Australia, bulan lalu, ia ada membicarakan isu rasuah di Malaysia. "Saya juga mencadangkan kepada FAM atau jawatankuasa berkaitan supaya mencari jalan terbaik dalam membantu kelab atau pemain yang mempunyai masalah gaji tertunggak bagi mengelak daripada wujudnya gejala rasuah ini," katanya. Hairuddin, 34, yang sedang mengerjakan ibadah umrah dan ziarah sempena Ramadan akan pulang ke tanah air, Jumaat ini untuk kembali menyertai sesi latihan bersama pasukan Tentera bagi menghadapi saingan Piala Malaysia bermula 17 Ogos ini. Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menyambut baik cadangan PFAM supaya pengadil diwajibkan mengisytiharkan harta mereka. "Kita akan ambil perhatian cadangan ini. Saya fikir ia bagus dan perlu dilaksanakan. Kita akan bawa perkara ini untuk dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Pengadil FAM. Mungkin ia boleh dilaksanakan juga mulai musim depan," katanya. |
Posted: 16 Jul 2013 12:20 PM PDT Terpaksa ketepi hajat juara EPL kerana kita ada perancangan: Julian Bangkok: Permintaan juara Liga Perdana Inggeris untuk datang ke Malaysia tahun ini terpaksa ditolak syarikat pengendali Jelajah Asia kelab-kelab Liga Perdana Inggeris, ProEvents. Manchester United ada meminta untuk datang ke Malaysia tahun ini tetapi kami terpaksa tolak kerana sudah ada perancangan awal yang ketat." Julian Kam, Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents "Situasi ini cukup berbeza berbanding beberapa tahun dulu. Sebelum ini sukar untuk dapatkan pasukan besar datang ke Malaysia, tetapi sekarang kebanyakan kelab berasa Malaysia salah satu destinasi yang perlu dikunjungi. "Manchester United ada meminta untuk datang ke Malaysia tahun ini tetapi kami terpaksa tolak kerana sudah ada perancangan awal yang ketat. "Malah, Chelsea turut meminta untuk tinggal sehingga Rabu pagi sebelum bertolak ke Jakarta bagi perlawanan terakhir dalam siri Jelajah Asia tahun ini. "Ini bagus untuk industri bola sepak tempatan." kata Julian kepada media Malaysia yang dibawa ke Bangkok untuk perlawanan sulung pertama Chelsea bertemu Thailand All Star, malam ini. "Kehadiran Jose Mourinho menjadi pencetus kepada sambutan menggalakkan tahun ini. Selain malam perlawanan, pembeli tiket juga berpeluang melihat corak latihan Jose yang dikatakan cukup berbeza dengan jurulatih lain pada sesi latihan pada Sabtu," katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |