Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 07 Jul 2013 11:03 AM PDT Kota Bharu: "Saya spontan memberhentikan kenderaan untuk membantu, tetapi tak sangka pula dua mangsa kemalangan yang bergelimpangan atas jalan itu rakan setugas sendiri," kata Koperal Nik Hazan Nik Wok, 40. Dua anggota tentera yang juga rakan setugas Nik Hazan, Lans Koperal Firdaus Abd Rani, 23, dan Prebet Mohd Nor Hamidi Ismail, 23, terbunuh selepas kereta Honda Accord yang mereka naiki merempuh sebuah treler yang diparkir di tepi Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh, Kampung Chica, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, Firdaus dari Machang, dekat sini dan Mohd Nor dari Sungai Petani, Kedah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. Seorang lagi penumpang kereta itu, Lans Koperal Abdul Halim Husin, 24, dari Kodiang, Kedah cedera parah dan dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian. KEADAAN nahas ngeri yang meragut nyawa dua anggota tentera Kem Pengkalan Chepa, kelmarin.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/08 |
Posted: 07 Jul 2013 11:01 AM PDT Alor Gajah: Bukan saja hasrat untuk menamatkan zaman bujangnya berkecai, malah seorang kontraktor perumahan kerugian RM36,000 selepas diperdaya 'bakal isteri' yang menghilangkan diri selepas mengikis wangnya, tanpa sekali pun bersua muka. Mangsa yang mahu dikenali Azlan Md Rani, 39, berkata, wanita berusia 25 tahun itu mendakwa dirinya doktor pelatih dan mereka berkenalan melalui laman sembang sosial di Internet sejak enam bulan lalu. Menurutnya, pada awal perkenalan, wanita itu mendakwa baru menamatkan pengajian di sebuah universiti tempatan di Pulau Pinang Februari lalu, berstatus anak yatim piatu dan berdepan masalah kewangan. "Dia menaburkan pelbagai janji termasuk bersedia menjadi isteri saya dan itu menyebabkan saya terpedaya serta simpati kepadanya, apatah lagi selepas dia memberitahu baru saja kematian ayah dan ibu," katanya. AZLAN menunjukkan sebahagian daripada 64 resit transaksi wang kepada wanita terbabit.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/08 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |