Harian Metro: Hati
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Hati |
Tidak semua gaun sesuai digayakan Posted: 05 Jul 2013 07:46 AM PDT Persekitaran semula jadi dengan tumbuhan hijau mampu membangkitkan aura kepada mempelai disebabkan hubung kait dengan alam menjadikan perasaan lebih ceria seterusnya terpancar menerusi wajah. Selain pakaian dan solekan pemilihan lokasi perkahwinan juga sangat penting kerana ia akan memberikan impak berbeza kerana akan mempengaruhi rona pakaian dan solekan. Untuk majlis berkonsepkan dalam taman misalnya pengantin Muslimah sesuai memperagakan busana daripada rangkaian rona lembut seperti ungu, putih, hijau, kelabu dan keemasan. Ini kerana semua warna ini mampu mewujudkan unsur keceriaan apabila bergabung dengan suasana semula jadi sekali gus menonjolkan keanggunan mempelai. Menurut pemilik D'Cinnamon Beauty House & Butik Pengantin yang hanya mahu dikenali sebagai Hanie, kebanyakan mempelai kini sering membuat rujukan menerusi majalah dan Internet mengenai konsep serta gaun yang akan digayakan pada hari persandingan. Namun apa yang dipamerkan di dalamnya mungkin tidak sesuai digayakan semua kerana bergantung kepada bentuk badan, warna kulit dan ketinggian ratu sehari. GAUN putih perincian mewah pada dada manakala lelaki segak dengan sut kelabu. Sesuai untuk majlis berkonsep dalam taman. SAMA cantik sama padan gaun dipadankan sut rona yang sama menyerlahkan keanggunan raja sehari. MEMPELAI menawan dengan busana daripada fabrik sifon dipadankan layah panjang tiga meter. RONA hijau zamrud sedondon dipakai mempelai sesuai untuk mereka yang inginkan kelainan.
"Misalnya mempelai berbadan comel mungkin tidak sesuai memakai rekaan gaun kembang kerana ia akan hanya menampakkan badan lebih besar. Sebaik pilih potongan kembang bawah serta mengikut bentuk tubuh," jelasnya. Selain potongan, warna juga memainkan peranan penting kerana ia akan menunjukkan sama ada konsep pilihan bersesuaian dengan karektor mempelai. Jika dulu pengantin gemar memilih warna merah kerana lebih menonjol tetapi kini rona pastel mewarnai konsep majlis. Kelabu, putih, krim, coklat dan kuning keemasan yang digabungkan dengan ungu lembut, merah jambu dan perak sesuai untuk mereka yang inginkan kelainan. "Pemilihan warna memainkan peranan penting kepada mempelai. Sebaiknya bertanya kepada perunding majlis mengenai konsep yang anda inginkan bagi mengelak anda mengenakan busana yang tidak sesuai dengan warna kulit dan bentuk tubuh," katanya. Hanis yang banyak menghasilkan rekaan potongan gaun kembang, memilih busana menggunakan fabrik renda Perancis atau Swiss, shantung, sutera Itali, organza atau sifon yang beralun cantik pada tubuh si pemakai. "Biasanya saya mencadangkan mempelai memilih tema moden atau kontemporari sesuai dengan arus fesyen semasa. Misalnya gaun berpotongan empayar yang akan menampakkan kelangsingan tubuh lebih sesuai digayakan untuk majlis dalam taman atau dewan," katanya. Butik D'Cinnamon Beauty House yang dibuka sejak 10 tahun lalu menyediakan kepelbagaian busana pengantin sama ada untuk majlis pertunangan, pernikahan atau persandingan. Untuk lelaki selain baju Melayu turut disediakan adalah sut lengkap berpotongan moden dan kontemporari bersama padanan gaun untuk wanita. Dikhususkan untuk pengantin bertudung dan tidak bertudung, pakej disediakan meliputi pelamin, solekan, katering dan sewa baju pengantin pada harga RM1,200 ke atas. Terima kasih Butik D'Cinnamon Beauty House 27M, Jalan Kosas 1/2, Taman Kosas Ampang, Selangor (012-9368598) Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/05 |
Posted: 05 Jul 2013 07:37 AM PDT Kajian menunjukkan pengembara hari ini mencari bagasi yang bukan saja lasak dan ringan tetapi secara aktif mengurangkan tekanan perjalanan serta kemungkinan caj bagasi berlebihan. Selain reka bentuk menarik, warna-warna menawan menjadi pilihan individu tanpa mengira usia dan jantina. Memahami keperluan ramai, jenama beg terunggul Samsonite memperkenalkan rekaan terbaru Firelite menggunakan teknologi revolusioner sebagai jaminan kualiti kepada pengguna. Bagi mereka yang gemar mengembara bagasi ini menyediakan ruang penyimpanan lebih besar dengan wetsuit tambahan bagi mengelak lebihan bagasi caj tambahan. REKAAN menawan bagasi Samsonite Firelite. Menggunakan fabrik tenunan polypropylene bagi membentuk cengkerang luar bagasi. Bahan curv digunakan sebagai penyerapan tenaga yang tinggi serta jauh lebih ringan. Tampil dalam empat warna menawan merah cili pastinya mereka yang sukakan cabaran dan keberanian, biru laut sesuai pengembara yang cintakan kedamaian, putih untuk yang elegan manakala hitam arang eksekutif muda yang yakin dan bergaya. Setiap satunya diilhamkan menerusi gaya hidup sukan ekstrem bagi mengetengahkan rekaan moden dan memikat. Ini dapat dilihat menerusi rekaan zip sama ada pada bahagian luar dan dalam yang begitu sporty. Roda ringan dan senyap antara ciri sempurna yang bakal menjadi tarikan. Bagasi Samsonite Firelite kini boleh didapati di kedai-kedai utama dan kedai-kedai Samsonite di Suria KLCC, Pavilion Kuala Lumpur, 1 Utama Shopping Centre dan Midvalley Megamall pada harga RM1950 hingga RM2450. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/05 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |