{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


Polis pantau penjualan mercun di pasar Ramadan

Posted: 14 Jul 2013 12:36 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu akan meningkatkan pemantauan penjualan mercun di bazar-bazar Ramadan di seluruh negeri ini sepanjang Ramadan ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, langkah itu bagi
memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan untuk menjual bahan larangan

itu di musim perayaan ini.

Katanya, pihaknya juga tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang

didapati terbabit dengan penjualan dan membiarkan anak-anak terus bermain
mercun.


"Saya ingin tegaskan dan memberi peringatan kepada semua masyarakat tentang
bahaya bermain mercun. Ibu bapa dan penjaga diminta mengawasi anak masing-masing
dan pastikan tiada kecelakaan berlaku," katanya.

Semalam media melaporkan tiga sahabat cedera apabila sejumlah mercun bola milik seorang daripada mereka meletup secara tiba-tiba dalam kejadian, Jumaat lalu.

Kejadian di Batu Buruk menyebabkan dua remaja lelaki berusia 14 dan 13 tahun parah manakala seorang lagi budak lelaki 12 tahun cedera.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/14

Usah abaikan kanak-kanak - MCPF

Posted: 14 Jul 2013 12:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menggesa anggota masyarakat, terutama ibu bapa dan guru agar turut memainkan peranan dalam melindungi kanak-kanak dan remaja daripada jenayah, keganasan dan segala bentuk penderaan.

Presidennya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, melindungi kanak-kanak daripada
perbuatan jenayah bukan hanya tugas pihak berkuasa tetapi tanggungjawab seluruh

masyarakat.

"Masanya sudah tiba untuk kerajaan melancarkan kempen di seluruh negara bagi

perlindungan dan keselamatan kanak-kanak melibatkan semua lapisan masyarakat.

"Sejak beberapa tahun ini, terdapat banyak kes kanak-kanak hilang dan didera
dan semua ini menunjukkan kita tidak boleh mengambil mudah mengenai keselamatan
golongan itu," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, perlindungan kanak-kanak mesti bermula daripada rumah dengan
ibu bapa perlu mengajar mereka bagaimana untuk bertindak balas ketika berhadapan
situasi bahaya dan sentiasa memantau di mana anak-anak mereka berada.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/14

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat