{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Langkah mencegah denggi

Posted: 13 Jul 2013 09:51 AM PDT

Oleh LUQMAN HAZIQ
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 13 Julai - Semua lapisan masyarakat diminta membersihkan kawasan persekitaran dan menguruskan pembuangan sampah dengan lebih baik bagi membanteras penularan demam denggi.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah tersebut penting bagi memastikan kawasan semak dan longgokan sampah-sarap terutama barangan yang boleh menakung air menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

"Bilangan kes denggi yang semakin meningkat hampir sekali ganda pada tahun ini dengan jumlah kematian yang amat membimbangkan, seharusnya memberi kesedaran kepada semua tentang bahaya nyamuk aedes dan kesan persekitaran yang kotor.

"Kerajaan negeri amat prihatin tentang keadaan ini dan menyeru masyarakat bersama-sama untuk mencegah dan menghalang penularan demam denggi yang banyak menyebabkan kematian itu," katanya dalam status terbaru di dalam laman sosial Facebooknya di sini hari ini.

Menteri Besar berkata, tindakan pencegahan denggi oleh masyarakat dengan memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes setiap minggu merupakan langkah paling efektif bagi menghindari denggi.

Bagi bersama-sama kerajaan menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) menangani penularan demam denggi, masyarakat setempat turut digalak mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran premis dan kediaman masing-masing.

Orang ramai juga dinasihat supaya memastikan pasu bunga dan tempat yang menakung air supaya sentiasa bersih dan bebas daripada jentik-jentik.

Masalah terminal bas Kota Tinggi diatasi

Posted: 13 Jul 2013 09:51 AM PDT

ABD. Latif Bandi (tengah) membuat lawatan kerja ke premis perniagaan di Terminal Bas dan Teksi Tun Sri Lanang, Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini.

KOTA TINGGI 13 Julai - Masalah kekurangan pengunjung di lot niaga tingkat atas Terminal Bas dan Teksi Tun Sri Lanang di sini, bakal diatasi oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) yang akan menempatkan unit-unit kerajaan untuk beroperasi di aras berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd. Latif Bandi berkata, pihaknya simpati dan memahami masalah yang dihadapi para peniaga di situ sejak dua tahun lalu dan akan berusaha mengatasinya.

"Kami akan merujuk perkara ini kepada pihak PBT supaya suasana di sekitar lot perniagaan terbabit dapat dinaik taraf serta diceriakan bagi menarik minat lebih ramai pengunjung ke situ," katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke terminal tersebut baru-baru ini.

Yang turut hadir Pegawai Daerah Kota Tinggi, Mohd. Noorazam Osman; Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT), Hasrin Kamal Hashim dan Ketua Whip Ahli Majlis Mesyuarat MDKT, Sarjikon Mojri.

Terdahulu, beliau bersama rombongan membuat lawatan di Pasar Awam Majlis Daerah Kota Tinggi dan meminta supaya PBT dapat memikirkan kaedah terbaik bagi mengatasi masalah yang dihadapi para peniaga di situ.

Abd. Latif turut mencadangkan supaya PBT mewujudkan mini Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di situ yang menempatkan beberapa pejabat seperti unit cawangan pelesenan, cukai pejabat tanah dan perumahan.

"Dengan adanya unit-unit ini, saya pasti pengunjung akan datang berurusan selain dapat memaju dan membantu peniaga supaya perniagaan mereka tidak terjejas.

"Sehubungan itu diharap PBT dapat segera mengadakan mesyuarat dan seterusnya merangka kertas kerja permohonan RTC di kawasan Parlimen Kota Tinggi," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat