Utusan Online - Feminin
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Feminin |
Posted: 14 Jul 2013 02:00 AM PDT Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH Zamzarina bersama anaknya, Adriana. KESEMPATAN menemubual Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce, Datuk Dr. Maznah Abd. Hamid memberi idea kepada saya untuk memulakan perniagaan dalam bidang kecantikan. Bidang ini sangat dekat dengan diri saya kerana saya seorang yang sangat mementingkan penampilan," ujar pengacara rancangan Apa Kata Wanita siaran RTM ini. Zamzarina Zambri mengambil positif nasihat Dr. Maznah supaya dia menghasilkan perniagaan yang berkait rapat dengan personaliti dan imejnya. Akhirnya, Zamzarina mengeluarkan produk kecantikan sendiri yang dinamakan Zarra. Bukan sekadar mahu mengaut keuntungan, Zamzarina mahu mendidik wanita perihal memilih produk kecantikan. "Ramai wanita hari ini ingin kelihatan cantik tanpa menghiraukan implikasi tersembunyi sesuatu produk itu. Saya mahu melihat golongan ini menggunakan produk tanpa was-was. "Alhamdulillah, produk ini telah pun mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kini kami dalam proses mendapatkan sijil halal daripada Jakim," ujarnya. Sebagai sebuah syarikat yang turut berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Zamzarina turut menyatakan pihaknya kini dalam proses menempatkan produk kecantikan tersebut ke dalam pasar raya besar di seluruh negara. Duta "Sebelum produk ini dijual kepada khalayak, saya terlebih dahulu telah mencuba produk tersebut selama satu setengah tahun. "Anak saya, Adriana, 19 turut menjadi duta dan testimoni rangkaian produk Zarra. Ini untuk membuktikan kepada pengguna bahawa produk keluarannya telah diuji keberkesanannya terlebih dahulu," katanya yang menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi dan diformulasi setaraf jenama antarabangsa untuk produk ini. Terbahagi kepada tiga kategori, Zarra terdiri daripada siri penjagaan harian, siri rawatan bulanan, dan siri awet muda. Harapan Zamzarina agar produk ini diterima di seluruh negara dan semua peringkat umur. Katanya, 'kecantikan adalah keyakinan yang tertinggi' (beauty is a highest confident). Sementara ilmu boleh dipelajari tetapi untuk mengekalkan kecantikan bukan mudah kerana proses ini perlu bermula daripada remaja lagi. "Pilihlah produk yang halal dan selamat digunakan. Dalam masa yang sama, jangan mengharapkan kesan yang serta merta tanpa menghiraukan kualiti bahan-bahan produk tersebut," katanya. Zamzarina berkata, syarikatnya telah mengadakan promosi untuk menambah ahli. Menurutnya, laman sosial Facebook akan menjadi antara saluran penting bagi syarikat untuk mencapai misi berkenaan. "Mereka yang berminat untuk menjadi pengedar Zarra khususnya melalui Facebook akan menerima dua set produk dan kad keahlian selain berpeluang menikmati diskaun 20 peratus untuk pembelian produk. "Rata-rata pengedar kami sebelum ini terdiri daripada ahli yang setia memakai Zarra dan mereka berpuas hati dengannya lalu bercadang untuk memasarkan kepada lebih ramai pengguna. "Sekali gus, usaha ini akan memberi peluang kepada golongan ibu tunggal, suri rumah dan mereka yang bekerja tetap menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan," katanya Membahagi masa Pada pertengahan tahun lalu, Zamzarina mengambil keputusan untuk berhenti menjadi kakitangan tetap Radio Televisyen Malaysia (RTM). Walaupun keputusan ini agak berat untuk dilakukannya, Zamzarina reda kerana dia ingin memberi fokus seratus peratus kepada perniagaan dan keluarga. "Setakat ini saya hanya menjadi pengacara Apa Kata Wanita yang disiarkan setiap Sabtu. "Selain dapat memberi tumpuan pada perniagaan, saya dapat memberi lebih masa bersama keluarga," katanya. Bercerita tentang penglibatannya dalam pengacaraan, katanya, kerjaya ini bukan sekadar memberi kepuasan kepada diri sendiri malah dapat memberi faedah kepada orang ramai. Nasihat Zamzarina kepada orang ramai yang ingin menceburi bidang ini supaya memasang niat dan objektif yang betul dan tetap. "Kita perlu ingat bidang ini bukan sekadar mencari populariti tetapi bagaimana kita membantu orang lain dengan memberi maklumat dan sebagainya. "Pengacara yang berjaya bukan sahaja diukur dari segi penampilan tetapi ilmu dan misi yang menjurus kepada mencari pahala yang penting," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |