{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


Ibu bapa cuai jaga anak boleh didakwa: Rohani

Posted: 20 Jul 2013 02:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ibu bapa atau penjaga yang cuai dalam penjagaan anak mereka boleh didakwa di mahkamah mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata sekiranya sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya.

"Sekarang ini sudah terlampau banyak kes kecuaian, tinggalkan anak di dalam kereta...ibu bapa tidak belajar daripada pengajaran, kita harap perkara ini akan jadi teladan dan tidak berulang lagi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 300 penghuni Rumah Anak Yatim dan Ibu Tunggal Rumah Perlindungan Nur Kasih di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas insiden seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun maut akibat lemas setelah ditinggalkan tanpa sengaja oleh ibunya selama lebih lima jam dalam kereta di tempat letak kereta sebuah sekolah di Subang Jaya di sini, Khamis.


Nawal Iris Samsudin, yang tertidur di kerusi belakang kereta, ditemui ibunya Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia.


Rohani berkata kejadian itu sepatutnya tidak berlaku kerana ia merupakan tugas dan tanggungjawab ibu dan bapa dalam memastikan anak mereka mendapat penjagaan yang baik.

"Kemalangan boleh berlaku di mana-mana dan oleh sesiapa sahaja, hal seperti ini perlu diingatkan selalu, saya berasa amat sedih dan bersimpati kerana kejadian ini merupakan satu kecuaian," katanya.

Justeru, beliau berkata kementerian akan berbincang dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk menambah modul baru di dalam kursus keibubapaan yang dianjurkan lembaga itu bagi mengelakkan insiden kecuaian berlaku lagi sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian anak.

Sementara itu, mengenai dua pasangan muda yang sanggup tinggal di bawah jejambat di tepi Sungai Klang bersama bayi perempuan berusia empat bulan, Rohani berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memberi bantuan RM300 kepada mereka serta sumbangan barangan keperluan bayi seperti lampin pakai buang, botol susu dan pakaian.

"Baitulmal juga telah menghulur wang pendahuluan RM5,000 sebagai deposit untuk menyewa rumah dan ibu bapa mereka juga sudah datang ke Kuala Lumpur bagi menjaga bayi mereka," katanya.

Majlis anjuran kementerian bersama Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Wilayah Persekutuan (WP) itu turut dihadiri Yang Dipertua Mubarak Tan Sri Abdul Aziz Yassin, Naib Presiden Mubarak Tan Sri Zaleha Ismail, Ketua Penerangan Mubarak Datuk Abdul Rahman Sulaiman yang juga Setiausaha Mubarak WP dan Pengerusi Bernama serta Pengerusi Panel Pembangunan Wanita dan Keluarga Mubarak WP Toh Puan Wan Asiah Ahmad. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/20

Remaja langgar pegawai polis trafik akan didakwa

Posted: 20 Jul 2013 02:30 AM PDT

KUALA BESUT: Remaja berusia 19 tahun yang dikatakan merempuh seorang pegawai polis trafik sehingga kehilangan kaki kanannya Rabu lalu akan didakwa dalam masa terdekat.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan kes tersebut dan akan merujuknya kepada Timbalan Pendawaraya secepat mungkin.

"Kita telah menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden itu dan hanya menunggu arahan untuk pendakwaan, sebaik menerima arahan daripada Timbalan Pendakwaraya," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Remaja itu diikat jamin sebanyak RM2,000 Khamis lalu.


Dalam kejadian itu, Inspektor Farid Hasni Mamat, 33, yang dipinjam dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka untuk bertugas sempena pilihan raya kecil Kuala Besut, parah setelah motosikal berkuasa tinggi polis yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta yang dipandu remaja berkenaan berhampiran Sekolah Kebangsaan Alor Peroi.


Ekoran itu kaki kanan beliau terputus dari paras bawah lutut. Beliau kini dilapor stabil dan masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi, Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian di Kota Bharu, Kelantan. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/20

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat