Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Kerajaan beri amaran keras kepada pengganas Sulu supaya jangan cuba ugut untuk masuk Sabah
- Labuan bantu salur bekalan tenaga ke Sabah
- Pasar raya, kedai runcit digalak sertai kempen penurunan harga
Kerajaan beri amaran keras kepada pengganas Sulu supaya jangan cuba ugut untuk masuk Sabah Posted: Kerajaan beri amaran keras kepada pengganas Sulu supaya jangan cuba ugut untuk masuk Sabah20/07/2013 9:47pm BAGAN DATOH - Kerajaan memberi amaran kepada pengganas Sulu supaya jangan cuba mengugut untuk masuk semula ke Sabah bagi tujuan membalas dendam selepas insiden pencerobohan Februari lepas. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pasukan polis dan tentera yang bertugas di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sentiasa dalam keadaan bersiapsiaga bagi menghadapi sebarang ancaman daripada kumpulan itu. "Jangan cuba mengugut kami. Jangan cuba untuk melakukan sesuatu kerana bukan sekadar pihak polis dan tentera malah rakyat Malaysia akan bangun menentang ancaman daripada pengganas Sulu," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 455 orang miskin dan orang kelainan upaya (OKU) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup di sini hari ini. Beliau mengulas mengenai tindakan Polis Sabah yang memulakan siasatan ke atas surat yang kononnya ditulis oleh militan Sulu yang mendakwa mereka akan datang ke Tambunan, Sabah untuk membalas dendam. - Bernama |
Labuan bantu salur bekalan tenaga ke Sabah Posted: Labuan bantu salur bekalan tenaga ke Sabah20/07/2013 9:46pm LABUAN - Bekalan tenaga elektrik Labuan mencukupi dengan lebihan sebanyak 50 peratus dan ini membolehkan ia mengeksport semula tenaga itu ke tanah besar Sabah. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, kapasiti pengeluaran bekalan tenaga dari loji tenaga Patau-Patau kira-kira 104 megawatt (MW) sehari dan keperluan pengguna di pulau itu hanya 50 MW. "Justeru, pulau ini mempunyai bekalan tenaga lebihan 50 peratus. Kita ada bekalan tenaga lebih daripada mencukupi pada masa ini untuk memenuhi keperluan pelbagai industri termasuk pengguna," katanya kepada pemberita selepas melawat loji tenaga Patau-Patau dan mendengar taklimat bekalan air di sini hari ini. Dalam meningkatkan kebolehpercayaan bekalan tenaga di Sabah, beliau berkata kementerian menerusi Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), akan menggandakan usaha memberi komitmen kepada pengguna dengan meningkatkan kecekapan operasi dan teknikalnya. - Bernama |
Pasar raya, kedai runcit digalak sertai kempen penurunan harga Posted: Pasar raya, kedai runcit digalak sertai kempen penurunan harga20/07/2013 9:45pm JELEBU - Kementeri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menggalakkan pasar raya dan kedai runcit yang mempunyai rangkaian di seluruh negara, agar menyertai kempen penurunan harga barangan. Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata pengguna dan peruncit sama-sama akan memperoleh manfaat daripada kempen tersebut. "Pengguna dapat menjimatkan belanja... manakala peruncit dapat menarik lebih lebih ramai pengguna ke kedainya sekali gus dapat meningkatkan jumlah jualan. "Situasi menang-menang ini juga membantu menggerakkan ekonomi negara," katanya kepada pemberita selepas pelancaran kempen penurunan harga di pasar mini 99 Speedmart Sdn. Bhd. di sini hari ini. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |