{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


Pemandu teksi maut kenderaan rempuh lori

Posted: 26 Jul 2013 03:07 AM PDT

IPOH: Seorang pemandu teksi maut apabila teksinya merempuh sebuah lori membawa muatan sampah di Kilometer 11.5 arah Jelapang menghala ke Chemor berhampiran Taman Hartawan di sini, hari ini.

A Santhanam, 64, dari Klebang Restu, mati di tempat kejadian manakala pemandu lori K. Gururaja, 45, dari Klebang Jaya cedera ringan.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh DSP Wan Sharuddin Wan Omar berkata dalam kejadian jam 11 pagi itu, teksi Proton Iswara itu melanggar lori berkenaan yang datang dari arah bertentangan.

Difahamkan pemandu teksi mahu memotong kenderaan yang berada di hadapan secara mengejut, sebelum merempuh lori itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/26

Usah buat pembelian panik, barang keperluan mencukupi: Ismail Sabri

Posted: 26 Jul 2013 12:21 AM PDT

PUTRAJAYA: Menjelang dua minggu sambutan Aidilfitri, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yakin barang keperluan makanan adalah mencukupi.

Sehubungan itu, menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata orang ramai tidak perlu risau atau membuat pembelian panik.

"Peniaga atau pemborong pula tidak perlu bertindak menyorokkan barang kerana kementerian sudah menjangkakan permintaan akan meningkat menjelang musim perayaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kementerian sudah meningkatkan jumlah import kelapa sebanyak 10 peratus lagi iaitu tiga juta biji kelapa daripada jumlah keseluruhan sebanyak 30 juta.


Terdahulu, beliau menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Agrofresh Holdings Berhad dan syarikat dari China Dashang Group untuk mengeksport pisang jenis Cavendish.


Beliau berkata menerusi perjanjian berkenaan, ia sekali gus memberi peluang kepada petani untuk mempertingkatkan keluaran pisang jenis itu memandangkan pasarannya semakin meluas.

"Diharapkan juga menerusi perjanjian itu akan membuka lebih banyak peluang untuk mengeksport buah-buahan tempatan kita ke China," katanya. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/26

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat