Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Senarai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri:
- Najib umum enam pengerusi baharu Badan Perhubungan UMNO negeri
- Anti-Syiah: Kedah kaji aspek penguatkuasaan, sebelum warta fatwa
Senarai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri: Posted: Senarai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri:26/07/2013 10:00pm PERLIS: Pengerusi - Datuk Seri Shahidan Kassim Timbalan - Azlan Man KEDAH: Pengerusi - Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir Timbalan - Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah KELANTAN: Pengerusi - Datuk Seri Mustapa Mohamed Timbalan - Datuk Dr. Awang Adek Hussain TERENGGANU: Pengerusi - Datuk Seri Ahmad Said Timbalan - Datuk Seri Idris Jusoh PULAU PINANG: Pengerusi - Datuk Zainal Abidin Osman Timbalan - Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya PERAK: Pengerusi - Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir Timbalan - Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah PAHANG: Pengerusi - Datuk Seri Adnan Yaakob Timbalan - Datuk Mohd Shakar Shamsudin SELANGOR: Pengerusi - Datuk Seri Noh Omar Timbalan - Abdul Shukor Idrus WILAYAH PERSEKUTUAN: Pengerusi - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Timbalan - Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin NEGERI SEMBILAN: Pengerusi - Datuk Seri Mohamad Hasan Timbalan - Datuk Seri Shaziman Abu Mansor MELAKA: Pengerusi - Datuk Idris Haron Timbalan - Datuk Ahmad Hamzah JOHOR: Pengerusi - Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin Timbalan - Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad SABAH: Pengerusi - Datuk Seri Musa Aman Timbalan - Datuk Seri Salleh Said Keruak |
Najib umum enam pengerusi baharu Badan Perhubungan UMNO negeri Posted: Najib umum enam pengerusi baharu Badan Perhubungan UMNO negeri26/07/2013 9:34pm KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan enam pengerusi baharu Badan Perhubungan Umno Negeri iaitu Perlis, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka dan Johor. Pelantikan dan pengumuman Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri dan Timbalannya diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini hari ini. Selain itu, beliau berkata MT bersetuju supaya pentadbiran UMNO bahagian Sungai Petani dan Padang Serai di Kedah dikembalikan semula kepada pentadbiran UMNO bahagian masing-masing. Keputusan itu berikutan permohonan Badan Perhubungan UMNO Kedah supaya pengurusan pentadbiran bahagian Sungai Petani diserahkan semula kepada ketuanya, Ali Yahya manakala Padang Serai kepada pemangku ketua bahagian, Halim Hassan. Bahagian Sungai Petani berdepan masalah dalaman sejak 2010 manakala Padang Serai mulai awal tahun lepas, menyebabkan pentadbiran kedua-duanya diambil alih badan perhubungan negeri. - Bernama |
Anti-Syiah: Kedah kaji aspek penguatkuasaan, sebelum warta fatwa Posted: Anti-Syiah: Kedah kaji aspek penguatkuasaan, sebelum warta fatwa26/07/2013 9:04pm KUALA LUMPUR - Kerajaan negeri Kedah akan mengkaji secara menyeluruh fatwa anti-Syiah termasuk dari aspek tindakan yang boleh diambil terhadap pihak yang cuba menyebarkan fahaman itu sebelum ia diwartakan. Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, kerajaan negeri telah mengarahkan penasihat undang-undang negeri meneliti fatwa yang dikeluarkan sebelum ini dan keputusannya akan diusulkan di sidang Dewan Undangan Negeri akan datang jika berkesempatan. "Terdapat beberapa ruang yang perlu diteliti lagi, setakat ini fatwa sedia ada cuma menyatakan Syiah bukan daripada Sunni dan semua fahaman selain sunnah wal jamaah adalah dilarang. "Tetapi ia tidak menggariskan mengenai tindakan yang akan diambil kepada sesiapa yang menyebarkannya,"katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, di Menara Dato' Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini. Khamis lepas, Mukhriz mengumumkan bahawa kerajaan negeri Kedah akan mewartakan fatwa yang telah diwartakan di peringkat kebangsaan itu bagi membanteras ajaran fahaman itu yang didapati semakin menular. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |