Harian Metro: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Mutakhir |
Posted: 26 Jul 2013 11:30 AM PDT Kuala Lumpur: Ketibaan Syawal dua minggu lagi disambut pengilang Revive Isotonik dan Pepsi, Permanis Sdn Bhd (Permanis) buat kesekian kalinya menerusi pemberian sumbangan kepada golongan sasar di bawah dana Merisik Khabar. Antara penerima bantuan termasuk Bidah Mat Ali, 71, dari Kg Padang Kiat, Pengkalan Datu, Kota Bharu, Kelantan yang kini menyara tiga cucu serta anak lelaki kelainan upaya (OKU) berusia 44 tahun.
Bermula 8 Julai lalu hingga 18 Ogos ini, Permanis akan mendermakan 10 sen daripada jualan setiap botol minuman Revive Isotonik atau Pepsi bersaiz 1.5 liter kepada tabung Merisik Khabar. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/27 |
Patah kaki, tangan rempuh lembu Posted: 26 Jul 2013 11:17 AM PDT Kuala Terengganu: Angkara seekor lembu, seorang juruteknik mungkin terpaksa melupakan hasrat menyambut Aidilfitri bersama keluarganya di rumah apabila dia patah kedua-dua belah tangan dan kaki kirinya akibat merempuh haiwan berkenaan di Kampung Ru Renggeh, Marang, di sini, kelmarin. Mangsa, Abdul Hafiz Mohd Aluwi, 25, berkata, dalam kejadian jam 7.30 malam, dia menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya di Kampung Padang Machang, Manir, di sini dan sebaik tiba di tempat kejadian, seekor lembu melintas menyebabkan dia tidak sempat membrek lalu merempuh haiwan itu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |