Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Piala Malaysia: Kelantan diundi dalam kumpulan maut bersama tiga bekas juara
- T-Team turun sebagai pasukan ’underdog’ pada Piala Malaysia
- Tengku Mahaleel Presiden BAM yang baharu
Piala Malaysia: Kelantan diundi dalam kumpulan maut bersama tiga bekas juara Posted: Piala Malaysia: Kelantan diundi dalam kumpulan maut bersama tiga bekas juara27/07/2013 9:41pm KUALA LUMPUR - Juara bertahan Piala Malaysia, Kelantan dijangka berdepan tugas getir untuk mengekalkan piala itu bagi tahun kedua berturut-turut apabila diundi dalam kumpulan maut bersama tiga bekas juara. Pada majlis undian yang diadakan di Pusat Konvensyen TM, di sini hari ini, juara Piala FA 2013 itu diundi dalam kumpulan C bersama dua jiran mereka iaitu Pahang dan Terengganu selain juara tiga kali, Negeri Sembilan. Juara Liga Super, Lions XII FC sebaliknya berpeluang cerah untuk menempah slot ke suku akhir berdasarkan faktor kelebihan beraksi di atas padang rumput tiruan di Singapura walaupun diletakkan dalam Kumpulan D bersama juara Liga Perdana, Sarawak serta Perak dan Kedah. Dalam saingan kumpulan A, juara 32 kali, Selangor, yang merupakan naib juara Liga Super musim ini, diundi bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Sime Darby FC dan Johor FA. Pasukan berstatus bintang, Johor Darul Takzim (Johor DT) yang meraih tangga ketiga dalam saingan Liga Super musim ini, bakal mengetuai cabaran dalam kumpulan B bersama tiga pasukan berstatus kelab iaitu Selangor PKNS FC, T-Team dan Felda United FC. Perlawanan pertama peringkat kumpulan Piala Malaysia hanya dijadualkan bermula pada 20 Ogos ini untuk memberi laluan kepada pasukan Kelantan dan ATM yang terlibat dalam Kejohanan Bola Sepak Kelab Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) - Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada 12 dan 13 Ogos. FAM masih mengekalkan format lama dengan dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan itu layak secara automatik ke peringkat suku akhir manakala perlawanan akhir dijangka berlangsung pada 3 November ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil. - Bernama |
T-Team turun sebagai pasukan ’underdog’ pada Piala Malaysia Posted: T-Team turun sebagai pasukan 'underdog' pada Piala Malaysia27/07/2013 8:57pm KUALA TERENGGANU - Pasukan berstatus kelab, T-Team akan turun selaku 'underdog' dalam saingan Piala Malaysia yang bermula selepas Aidilfitri. Penolong Pengurus Pasukan, Mohamad Sekanther Abdul Hamid berkata, ini kerana T-Team sedar semua yang bertanding hebat-hebat belaka. "Kami akan turun sebagai underdog kerana kami tidak mempunyai bintang seperti pasukan lain," katanya ketika dihubungi hari ini. Bagaimanapun, beliau berkata, pasukan bimbingan Che Ku Marzuki Che Mohd Nor itu berazam mengulangi pencapaian terbaiknya seperti pada 2011 iaitu berjaya melangkah ke separuh akhir. "Kita akan berusaha, walaupun untuk mencapai impian itu agak sulit dengan barisan pemain muda yang kurang berpengalaman," katanya sambil menambah senjata T-Team dalam mengharungi perlawanan ini ialah semangat pemain yang tinggi serta berkobar-kobar. Sekanther berkata, pemain juga menunjukkan komitmen serta semangat yang jitu tanpa mengeluh semasa berlatih dalam bulan puasa ini. "Kami terus menjalani latihan selama beberapa jam pada sebelah pagi bagi memastikan stamina pemain tidak luntur," katanya. - Bernama |
Tengku Mahaleel Presiden BAM yang baharu Posted: Tengku Mahaleel Presiden BAM yang baharu27/07/2013 8:54pm KUALA LUMPUR - Bekas ketua pegawai eksekutif Proton Holding Berhad, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff dipilih sebulat suara sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang baharu. Menyuarat agung tahunan (AGM) BAM di sini hari ini turut menyaksikan semua anggota gabungan badan sukan itu bersetuju mengekalkan Datuk Dr Ir Mohamed Al-Amin Abd Majid sebagai timbalan presiden I dan memilih Datuk Mohamad Norza Zakaria sebagai timbalan presiden II yang baharu, untuk penggal 2013/2017. Sementara itu, jawatan setiausaha kehormat dan bendahari BAM akan diputuskan kemudian oleh presiden. Tengku Mahaleel bukan muka baharu dalam dunia sukan kerana pernah menjadi juara badminton dalam acara perseorangan dan beregu serta menjadi kapten pasukan kriket Kolej Sultan Ismail Kelantan dan pasukan bola lisut pada tahun 1960-an dan awal tahun 70-an. Beliau turut menganggotai pasukan badminton Universiti Malaya bersama Tan Aik Huang yang merupakan juara All-England. Selain itu, Tengku Mahaleel merupakan seorang pelumba rali antarabangsa dan pernah muncul juara rali Malaysia pada 1989. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |