Harian Metro: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Mutakhir |
Dua kereta rosak akibat pokok tumbang di Jalan Parlimen Posted: 04 Jul 2013 05:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Dua buah kereta mengalami kerosakan kecil akibat dihempap dahan pokok tumbang berikutan angin kencang di Jalan Parlimen kira-kira 3 petang ini. Menurut jurucakap Bilik Gerakan Trafik Kuala Lumpur, pemandu kedua-dua kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Jurucakap itu berkata polis berjaya mengalih kenderaan itu yang kemek di bahagian bumbung dan sebuah lagi yang kemek di bahagian depan selain berjaya mengawal lalu-lintas kira-kira 15 minit kemudian. "Segala urusan pembersihan dahan pokok berkenaan dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta Alam Flora Sdn Bhd," katanya ketika dihubungi. - Bernama Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/04 |
500 rumah terlibat banjir kilat di Kuala Kedah Posted: 04 Jul 2013 04:19 AM PDT ALOR SETAR: Kira-kira 500 rumah di beberapa taman dan kampung sekitar Kuala Kedah dekat sini dilanda banjir kilat awal hari ini. Kawasan yang terlibat ialah di Taman Perumahan Awam, Taman Desarina, Taman Sri Putra, Kampung Peremba dan Kampung Sungai Sebatang.
Kejadian kira-kira pukul 2 pagi ekoran hujan lebat itu dipercayai berpunca daripada longkang serta tali air berhampiran kawasan berkenaan tersumbat dan tidak mampu menampung air hujan yang banyak. Seorang penduduk di Taman Perumahan Awam, Abu Hasan Nor, 54, berkata kira-kira 80 peratus daripada 109 rumah di kawasan taman itu terlibat dalam kejadian banjir kilat itu.
Sharifah Noor Hafiza Syed Md Tahir, 38, berkata setiap kali hujan lebat, air akan melimpah masuk ke rumah mereka. "Kadang-kadang tengah malam pun kena bangun kemaskan barang untuk elak daripada ditenggelami air. Habis rosak perabot dan barang-barang lain kalau tak sempat nak selamat," katanya. Sharifah Noor Hafiza yang tinggal di taman itu sejak 30 tahun lepas berkata sebelum ini penduduk telah meminta pihak bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah itu namun tiada perkembangan. "Kami harap masalah banjir kilat yang sering berlaku ini dapat diselesaikan dengan kadar segera bagi memastikan kehidupan penduduk di kawasan ini tenteram," katanya. - Bernama Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/04 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |