Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Lebih 50 keluarga dipindah berikutan banjir di Langkawi
- Rampasan kuasa di Mesir stu tindakan lapuk - ABIM
- Swaziland berminat belajar daripada kejayaan Malaysia
Lebih 50 keluarga dipindah berikutan banjir di Langkawi Posted: Lebih 50 keluarga dipindah berikutan banjir di Langkawi04/07/2013 9:56pm LANGKAWI - Sebanyak 59 keluarga membabitkan 152 orang dari beberapa kawasan di Langkawi dipindah ke dua pusat penempatan sementara berikutan banjir kilat hari ini. Sehingga 5 petang, sejumlah 43 keluarga dipindah ke Dewan As-syifa, Padang Matsirat manakala 16 lagi ke Sekolah Menengah Kedawang. Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Langkawi Che Ahmad Che Noor berkata kejadian banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat sejak semalam hingga hari ini, yang melibatkan beberapa kampung di empat mukim. Antara kawasan yang terlibat ialah Kedawang, Temoyong, Kampung Belak, Ulu Melaka, Kampung Titi Chankung, Kampung Limbong Putra dan Kampung Bukit Kemboja. Beliau berkata mangsa banjir akan dibenar pulang jika tiada hujan malam ini. - Bernama |
Rampasan kuasa di Mesir stu tindakan lapuk - ABIM Posted: Rampasan kuasa di Mesir stu tindakan lapuk - ABIM04/07/2013 9:55pm KUALA LUMPUR - Rampasan kuasa di Mesir, yang menyaksikan Presiden Mohamed Morsi diguling, adalah satu tindakan lapuk dan terkebelakang dalam landskap politik dunia hari ini, kata Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Mohamad Raimi Ab Rahman. Mohamad Raimi dalam satu kenyataan hari ini berkata, tindakan itu tidak menjamin kestabilan Mesir untuk tempoh jangka panjang. "Morsi seharusnya diberi peluang untuk memimpin Mesir dalam tempoh sekurang-kurangnya satu penggal sehingga pilihan raya akan datang bagi menstabilkan kerajaan pimpinannya. "Rampasan kuasa ini secara langsung menafikan keinginan rakyat Mesir untuk menentukan masa depan mereka sendiri sebagaimana yang dilaungkan sejak 2011 dan kemudian diterjemah melalui proses pilihan raya," katanya. ABIM turut meminta pelajar Malaysia di Mesir agar sentiasa berwaspada serta peka terhadap perkembangan semasa. Pada masa sama, ABIM meminta Wisma Putra menyalurkan maklumat serta perkembangan terkini berkaitan situasi di Mesir. - Bernama |
Swaziland berminat belajar daripada kejayaan Malaysia Posted: Swaziland berminat belajar daripada kejayaan Malaysia04/07/2013 9:11pm CYBERJAYA - Raja Mswati III dari Swaziland berkata negaranya berminat belajar daripada kejayaan Malaysia beralih daripada sebuah ekonomi berasaskan pertanian kepada ekonomi perindustrian. "Melihat Malaysia, kami percaya ia telahpun mencapai status negara maju, walaupun rakyatnya menyatakan mereka masih berusaha untuk mencapai ke arah itu," katanya pada majlis penganugerahan doktor falsafah kehormat kepada beliau oleh Universiti Limkokwing, di sini, hari ini. Beliau berkata, Swaziland juga mahu berjaya seperti Malaysia, dan berharap dapat menjalin perkongsian kukuh dengan Malaysia dan institusinya seperti Limkokwing. "Kami mahu kerajaan Eswatini beralih daripada bergantung kepada komoditi utama dan menambah nilai kepada komoditi-komoditi ini seperti yang berjaya dilakukan Malaysia bertahun-tahun lalu," katanya. Beliau berkata, dengan Malaysia berjaya membina ekonomi berdaya tahan, banyak yang boleh dipelajari oleh negara-negara membangun daripadanya, termasuk pembangunan taman sains dan teknologi. "Di Swaziland, kami sedang dalam proses membangunkan taman bioteknologi dan teknologi sains. "Terdapat ruang pengembangan dan kami merancang membangunkan lebih banyak taman seumpama itu untuk menyediakan kepada negara pelbagai pengetahuan dan teknik yang berguna kepada rakyat kami," katanya. Beliau berharap Limkokwing boleh menimbang untuk menjalin lebih banyak perkongsian dengan negara tersebut dan membangunkan lagi taman sains yang akan menjadi penyumbang utama kepada transformasi teknologinya. Beliau juga mengumum memperuntukkan sebidang tanah di negaranya bagi Limkokwing untuk membina sebuah universiti tetap serta struktur-struktur lain kemudiannya. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |